Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 30, 2010

Maajun Anggun Bestari (MAB)


gambar dicilok dengan jayanya dari website k.julia..hehe

sekarang secara rasminya saya telah menjadi sub dealer untuk MAB..sesape yang berminat boleh hubungi saya..hati saya tergerak untuk jadi subdealer ni sebab percayakan kemujarabannya..hehe..1st taim period memang banyak keluar masa mula makan..tapi lepas je period stop,keputihan semua hilang..saya rekomen kan pada kawan2,alhamdulillah ada sambutan.sebab tu terus buat keputusan untuk jadi subdealer memandangkan area taiping/kamunting ni belum ada subdealer..harap2 MAB akan lebih dikenali ramai dan memberi banyak manfaat kepada pengamalnya...

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI
***MAB mmg mbantu mrawat dalaman kita spt bersihkan darah kotor spt period atau nifas yg x keluar dgn lancar ms kita pantang atau gugur begitu jg period yg x lancar ia kan lancarkan.
Bila MAB Bertindak Balas?
Ia bgantung pada body masing ada yg 1 pertama period dah jadi kelam kabut spt keluar dgn banyak/sikit atau dlm tempoh yg panjang jg keluar dgn jumlah yg byk spt berketul2.Ramai jg yg dtg 2 kali sebulan.Warna darah kotor ni jg keluar dlm pelbagai color spt hitam,coklat atau x merah terang.Proses tindak bls ni jg bgantung pd body masing ada hanya 2 bln, 3 bln ada sehingga 6 bln dan ada yg lebih..


KOMPOSISI
~
Kacip Fatimah
Serapat
Senduduk
Inai
Madu
Manjakani
Habbatus Sauda/jintan hitam

Khasiat & Kegunaan MAB

Merancang Keluarga
Merawat keputihan
Awet muda
Memelihara peranakan
Membuang darah kotor melalui period
Menambah tenaga
Teraturkan period
Mencantikkan kulit/menegangkan payudara
Mengawal berat badan
Melawaskan buang air besar
Memulihkan/melambatkan monopaus
Menstabilkan hormon wanita
Melancarkan peredaran darah
Mengawal kolestrol dalam darah
Ikhtiar utk mendapatkan zuriat

LAIN-LAIN KEGUNAAN MAB
maksud kegunaan multi purpose

MELAMBATKAN MONOPAUS/MENGEMBALIKAN PERIOD BAGI ORANG YANG TELAH MONOPAUS
Dengan mengamalkan MAB, anda tidak akan monopaus di usia yang terlalu awal aiatu sekitar 40an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah sekitar usia 30an, disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup, otak kita menjadi kurang berkupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan, jika masalah ini tidak diatasi dengan baik kita menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan monopaus.Keadaan ini akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumahtangga. Hubungan seksual juga menjadi tidak harmoni. InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah tersebut dapat di atasi dengan baik

MAB UNTUK IKHTIAR ANAK
Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung. berkemungkinan orang seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti period tak keluar habis/keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan. Dengan mengamalkan MAB, ianya mengeluarkan blocking tersebut supaya perjalanan sperma menjadi lancar. Dengan itu proses penghamilan akan lancar.

SESUAI UNTUK PEREMPUAN BERUMUR/WARGA EMAS
MAB ini bukan sahaja untuk wanita muda malah ianya sesuai kepada waita yang berumur 50an ke atas. Bagi golongan berumur/warga emas ianya tidak dapat mengembalikan period lagi, cuma hanya boleh mendapat khasiat2nya seperti melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan kebas2 dan sebagainya.

MAB SEBAGAI FAMILY PLANNING SEMULAJADI

Dari segi saintifiknya bagaimana MAB boleh bertindak sebagai family planning........

1) Apabila kita makan MAB ianya ia akan meningkatkan temparature (suhu) badan dalam tempoh 24 jam. Suhu ini akan membuat satu invironment pada sekitar rahim kita (tempat pertemuan benih lelaki n perempuan) dimana pada suhu ini ianya akan membuatkan benih lelaki dan perempuan tidak aktif untuk bercantum (persenyawaan) untuk membentuk embrio (janin). Dengan kata lain chances utk pregnt adalah zero pada suhu ini.

2) Untuk pengetahuan dari ilmu kajian biologi benih(ovum) yg dihasilkan cuma ada hayatnya (umur) sehingga 24 jam sahaja. Jika benih ini tidak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam ini maka ianya akan mati sendiri. Ini ada ketetapan umur benih sejak azali lagi yang Allah jadikan.

3) Jadi relate dgn maklumat diatas sebabt u lah MAB hanya dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Jadi dlm zon yang tidak selesa tu ia tidak berupaya utk combine dgn couplenya maka lepas tempoh 24 jam ia pun matilah sendiri n pada hujung bulan (time rest 7 hari) ia akan direduce melalui period. Jadi kalau dalam tempoh 24 jam tu kalau ia berjaya combine maka proses persenyawaan akan berlaku dan akhirnya membentuk embrio (janin).... so pregnt lah tu. Coz inilah MAB ni kena makan ikut aturan dgn gap masa yg betul. +/- 2 jam adalah dikira 100% selamat. Jika tak ikut displin ni maka selepas 24 jam suhu badan akan normal dan benih akan kembali aktif n dlm zon yang selesa maybe ia berupaya untuk melakukan persenyawaan maka terpregntlah bagi org yg makan main2/lupa/tak ada displin.

4) So satu biji itulah dose yang betul utk membuat temperature yang tepat. Jika dilebihkan dose nnt blh membawa risiko lain pula kecuali kes lupa shj.So... itulah konsep family planning yg mudah utk difahami. Tidak ada chemical dlm membuat protek just ramuan rempah2 n herba tertentu sudah memadai.


tunggu apalagi??jom try!!dah try baru tau...

Monday, June 28, 2010

1st project begin...


entry kali ni,saya nak ceritakan pasal bisnes yang saya bgtau pada entry yg dulu tentang projek saya nak buat bisnes biskut raya..malam ni,dengan jayanya,saya dah siapkan lebih kurang 100 biji biskut Almond London untuk diedarkan sebagai tester..sape yang berminat bolehlah mula membuat tempahan..Tempahan akan diedarkan lebih kurang minggu ke-2 kita sebagai umat islam menyambut Ramadhan Mulia..Harga yang saya tawarkan..jeng..jeng..jeng..hanya RM40 untuk 100 biji...harap-harap adalah orang yang sudi nak beli biskut raya saya ni..doakan ye kawan2 semoga murah rezeki saya..kalau tahun ini sambutan menggalakkan,tahun depan boleh buat lagi...

Sebenarnya,niat saya untuk buat bisnes ni dari tahun 2008 lagi..tapi mungkin M lebih banyak menguasai diri..heheheh...tahun ni baru boleh mula memandangkan Alya pun dah besar ckit..(ckit je..)hehe.Doakan saya ye kawan2...

Saturday, June 26, 2010

ikan masak cuka


Dh banyak hari tak de idea nak update blog..hari ni nak update pasal resipi..resipi kali ni masak cuka ikan..saya dan suami memang suka sangat makan masak cuka ni..kalau kenduri kecik- kecik kat tempat saya memang akan ada masakan ni..Untuk masak cuka ni,banyak jenis ikan kita boleh pakai..antaranya ikan seludu,ikan tenggiri,ikan tongkol,ikan sela,ikan kembong pun boleh..kalau ada jenis ikan yang lain lagi tak tahu pula saya..jom kita tengok resipinya macamana...

Bahan-bahannya
2 biji bawang besar ...
5 batang serai
halia sebesar & sepanjang ibu jari saya
(semua bahan ni dimayang)
6-7 ulas bawang putih (belah 2 je, tak pun takyah langsung pun ok)
1 sudu besar halba campur
1-2 batang cili hijau
Cuka makan..ops,bukan cukagetah tau!!cuka getah tak boleh makan..
4 ekor ikan
Garam dan gula secukup rasa

1. Tumis je semua bahan yang dimayang termasuk bawang putih dan juga halba sampai naik bau.

2. Masukkan cuka secukup masam la. Jangan terlebih masam nanti rasa tengik plak. Boh air. Ikut suka jugak nak boh berapa banyak.

3. Masukkan cili hijau. Patutnya cili hijau ni hiris menegak. Tapi saya taram saja sebab ada sebiji je.

4. Masukkan ikan. Boh garam, boh gula. Saya boh gula 2 sudu besar. Garam satu sudu teh.

5. Balik²kan sat. Biar mendidih. Tutup api.


ok..selamat mencuba...

Tuesday, June 22, 2010

Ganti puasa

minggu ni start puasa ganti..7 hari semuanya..kalau ikutkan yang tinggal thn lps 3 hari je..lagi 4 hari yag thn sebelumnya yang tak sempat ganti lagi..(2008)punya puasa..tahun 2008 la tahun yang paling banyak sy kena ganti sebab time tu baru 3 bulan mengandungkan alya..17 hari saya tinggal puasa..Fidyah saya dah selesaikan tahun lepas..Alhamdulillah...tahun lepas la fidyah yang paling banyak saya kena bayar seumur hidup saya sebab risaukan kemudharatan anak di dalam kandungan..harap2 tahun ni dapat langsaikan semuanya..kepada sesaper yang belum ganti tu,moh kiter ganti cepat2..bila habis cepat,boleh buat puasa sunat pulak..banyak ganjaran pahala kalau berpuasa sunat di bulan rejab dan syaaban ni..
Rutin harian pun berubahla skit..bangun awal pagi pukul 4.30.masak sahur n skali untuk husband bawa bekal..tengahari relaksla skit..layan fb.hehe..petang baru masak semula untuk berbuka..kalau tak puasa,xde la bekal untuk husband sebab kadang2 tu malas sangat nak bangun masak untuk dia..dia selalu beli je..memandangkan dlm 2 bulan ni dia kena balik pukul 5 sebab memangku sebab GB pencen..Gb baru dijangka masuk pada Julai ini..so,2 in 1 la..Husna pun,sebelum pegi sekolah,awal2 lagi nak makan nasi..(tau ibu dia dah siap masak)..sekian..

Monday, June 21, 2010

Happy Father's Day....

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat Hari Bapa kepada semua bapa2 especially kepada suami yang tercinta..
satu kisah saya nak kongsikan tentang pemergian arwah bapa saya ke Rahmatullah iaitu pada 8 Mac 2002..seminggu sebelum Arwah dijemput Ilahi,Bapa saudara saya menyahut seruannya dahulu..Untuk pengetahuan semua..Ibu saya adalah isteri ke2 ayah saya..Isteri pertama di Kampung Gajah,perak.Jadi Arwah memang selalu berulang Dari Batu Kurau ke Kampung Gajah(menaiki motosikal ye..)jauh sangat saya rasa...Pada masa bapa saudara saya meninggal,Arwah ayah sempat balik dan mengiringi jenazah ke kubur..petang selepas pengebumian Arwah balik semula ke kampung Gajah..baru pagi balik,petang balik kesana semula..sebelum ni,tak pernah dia balik hari macam tu..Sebabnya satu keesokannya dia akan mengikuti rombongan ke Betong..Duit dah bayar katanya,rugi pulak kalau tak pegi..
Isnin dia balik semula ke Batu kurau dengan membawa sedikit buah tangan yang dibeli di Betong..selasa esoknya Arwah ada mesyuarat di batu Kurau(Arwah suka masuk koperasi n persatuan).Sebelum ke Mesyuarat ada dia berpesan pada mak.."saya tak pasti mesyuarat ni ada ke batal..kalau ada,saya balik semula ke rumah lepas mesyuarat,kalau xde,saya terus balik ke Kampung Gajah.."Tunggu punya tunggu,Arwah tak juga balik.mak menganggap Arwah balik terus ke Kampung Gajah..Pada pagi Jumaat di sekolah,saya terlibat dengan ceramah kerjaya.Waktu tu saya Form 5..Datang Ustazah Aqilah dekat tempat saya duduk..Awak Halimatun saadiah 5SC2??dia meminta kepastian..saya mengiyakan dan tertanya2 kenapa ustazah mencari saya??Ustazah pun menarik tangan saya masuk ke bilik guru.."saya ada berita untuk Halimatun..Ayah tinggal di kampung gajah ke??saya mengiyakan..Ustazah baru dapat panggilan telefon dari Balai Polis mengatakan Ayah Halimatun meninggal..saya memang tak percaya sangat masa tu sebab ayah saya baru je balik..Ustazah cakap,sabar ye...lastly,saya pun terima kenyataan dan air mata gugur tiada hentinya..saya terus ke kelas untuk ambil beg..jumpa guru bertugas(cikgu Rosnan)kebetulan cikgu ni saudara saya..cikgu pun ikut saya balik rumah dan ambil mak untuk ke Kampung Gajah..Kami pun bertolak ke kampung gajah dengan sebuah kereta cikgu dan sebuah van Maklong saya..memandangkan van masih kosong,beberapa orang jiran turut serta..
Kami sampai ke Kampung Gajah jam 3 petang..jenazah pun sudah selamat dikebumikan memandangkan hari itu adalah hari jumaat maka dikebumikan sebelum waktu zuhur.takde rezeki kami untuk menatap jenazah buat kali terakhir..Hanya doa kami sahaja dapat mengiringi..Menurut kata isteri pertama Ayah,selepas Arwah pulang dari surau pagi tadi,Arwah mengadu sakit kepala..kemudian badan Arwah berpeluh seperti orang baru lepas mandi..Arwah sempat beritahu mak cik yang dia dah nak habis umur..Mak cik pun mengajar mengucap dan Arwah menutup mata untuk kali yang terakhir..Betapa mudahnya dia dijemput Ilahi..Semoga Arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman dan diampunkan segala dosanya...Saya berasa sangat terkilan kerana tidak sempat memohon ampun daripadanya..Setiap kali lepas solat,tak jemu saya berdoa umtuknya...Pemergiannya amat mengejutkan kerana Arwah tidak menderita sebarang penyakit...sekian..

Saturday, June 19, 2010

patut ke??


petang tadi tiba2 je Husna bersuara "tak seronokla duk rumah..duk umah cik ta ke,umah Arif ke,lagi seronok..."terus saya angin bila dengar dia cakap macam tu..sy pun bukak pintu depan n suruh dia keluar.."nak pergi sangat?pergi..jangan balik dah.."terus saya tutup pintu n biarkan dia duduk luar..time tu dah petang dalam pukul 5.30..Pintu pagar memang tertutup masa tu..geram sangat bila dengar dia cakap macam tu..memang Husna kadang2 ada ke rumah arif(kawan sepermainan)...sejam saya biarkan dia kat luar sampai suami balik pukul 6.30..masa Husna duk kat luar,menjerit2 la dia suruh bukakan pintu,dia nak masuk..saya berkeras tak buka pintu..lepas Abah dia balik,baru saya buka pintu..time tu sedap je tengok dia main air katluar dok basuh basikal dia...ewah-ewah..sempat lagi dia main air sambil menangis..dulu memang dia rapat dengan cik ta,tapi itu sebelum c.ta ambil anak angkat..sekarang,memang dah jarang dah dia tegur husna pun..tapi Husna tetap ingat dia juga..susah betulla...sekarang Husna dah tidur..sebelum dia masuk tidur tadi,saya bercakap2 dengan dia...kenapa saya buat macam tu??saya terasa hati sangat bila dia cakap macam tu...saya pun ingatkan dia,lain kali dengar cakap ibu..kalau ibu larang,adalah sebabnya..saya pun rasa menyesal sebab kunci dia kat luar tadi..apa pendapat u alls tentang apa yang berlaku ni??thanks di atas pandangan anda semua...

Thursday, June 17, 2010

Mission accomplish

kali ni saya nak kongsikan tentang Husna..sejak husna lahir saya dah memasang niat supaya Husna dapat membaca sebelum usianya 4 tahun..Alhamdulillah sekarang Husna dah dapat membaca perkataan dengan 2 sukukata..walaupun ada lagi kanak2 lain yang lebih hebat tapi saya rasa amat berbangga dengan pencapaian anak sulung saya ini..sebelum Husan masuk ke Taski Abim,saya memang ada menjajarnya menggunakan buku Bacalah Sayang.Bila dia kesekolah,buku Bacaan Bestari digunakan.Untuk mengelakkan husna dari keliru,saya guna buku yang digunakan di sekolah sahaja..
Buku yang Husna gunakan untuk bacaan di sekolah

Untuk Qiraati juga Alhamdulillah,dah masuk jilid 2 dah..Masa mula2 hanta husna ke Taski,ramai yang cakap terlalu awal saya hantar Husna ke sekolah.Disebabkan Husna lahir pada Disember sebab tulah saya nekad hantar awal.Takut dia ketinggalan.kalau tak hantar sekarang,dah tentu sempat setahun tadika je sebelum masuk prasekolah..Tapi terus terang saya katakan,memang sangat berpuas hati dengan pencapaian Husna..beberapa surah juga dah dihafal berkat bimbingan cikgu2..Pengetahuan Bahasa Inggeris nya pun agak baik..kesimpulannya,misi saya untuk Husna pandai membaca sebelum umur 4 tahun tercapai...Alhamdulillah...

Tuesday, June 15, 2010

Istihadhah

kali ni saya nak kongsikan pula tentang Istihadhah..saya sedang mengalami masalah ini sekarang..kadang2 risau juga sebab terlalu lama.hari ni dah mencapai 32 hari...saya tak tahu ianya disebabkan IUD yang saya baru pasang pada mac lalu atau sebab saya amalkan MAB.Saya baru habiskan sebotol MAB..

TA’RIF/PENGERTIAN ISTIHADHAH

Di kalangan wanita ada yang mengeluarkan darah dari farji-nya di luar kebiasaan bulanan dan bukan karena sebab kelahiran. Darah ini diistilahkan darah istihadlah. Al Imam An Nawawi rahimahullah dalam Syarah-nya terhadap Shahih Muslim mengatakan : “Istihadlah adalah darah yang mengalir dari kemaluan wanita bukan pada waktunya dan keluarnya dari urat.” (Shahih Muslim bi Syarhin Nawawi 4/17. Lihat pula Fathul Bari 1/511)

PERBEDAAN ANTARA DARAH HAID DAN DARAH ISTIHADHAH
1. Perbedaan warna. Darah haid umumnya hitam sedangkan darah istihadlah umumnya merah segar.

2. Kelunakan dan kerasnya. Darah haid sifatnya keras sedangkan istihadlah lunak.

3. Kekentalannya. Darah istihadlah mengental sedangkan darah haid sebaliknya.

4. Aromanya. Darah haid beraroma tidak sedap/busuk.

HUKUM-HUKUM ISTIHADLAH

Hukum wanita yang istihadlah sebagaimana hukum wanita yang suci, tidak ada bedanya kecuali pada hal berikut ini :

Pertama : Wanita istihadlah bila ingin wudlu maka ia mencuci bekas darah dari kemaluannya dan menahan darahnya dengan kain berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada Hamnah.

Kedua : Dalam hal senggama dengan istri yang sedang istihadlah, ulama telah berselisih tentang kebolehannya, namun tidak dinukilkan dari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam adanya larangan, padahal banyak wanita yang ditimpa istihadlah pada masa beliau. Dan juga Allah Ta’ala berfirman :

“Maka jauhilah (jangan menyetubuhi) para istri ketika mereka sedang haid.” (Al Baqarah : 222)

Dalam ayat di atas, Allah Ta’ala hanya menyebutkan haid, yang berarti selain haid tidak diperintahkan untuk menjauhi istri. (Risalah fid Dimaa’ halaman 50)

APAKAH WAJIB MANDI SETIAP AKAN SHALAT ?

Aisyah radhiallahu ‘anha mengatakan bahwa Ummu Habibah istihadlah selama 7 tahun dan ia menanyakan perkaranya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Maka beliau memerintahkan kepada Ummu Habibah untuk mandi dan beliau mengatakan : “Darah itu dari urat.” Adalah Ummu Habibah mandi setiap akan shalat. (HR. Bukhari dalam Shahih-nya nomor 317 dan Muslim halaman 23)

Al Imam Muslim meriwayatkan hadits ini dari jalan Al Laits bin Sa’ad dari Ibnu Syihab dari Urwah dari Aisyah. Dan pada akhir hadits, Al Laits berkata : “Ibnu Syihab tidak menyebutkan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan Ummu Habibah bintu Jahsyin untuk mandi setiap akan shalat, akan tetapi hal itu dilakukan atas kehendak Ummu Habibah sendiri. Dengan demikian Al Laits berpendapat mandi setiap akan shalat bagi wanita istihadlah bukanlah dari perintah Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Dan apa yang dipandang oleh Al Laits ini juga merupakan pendapatnya Jumhur Ulama sebagaimana dinukilkan dari mereka oleh Al Imam An Nawawi dalam Syarhu Muslim (4/19) dan Al Hafidh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 1/533. Al Imam An Nawawi berkata : “Ketahuilah tidak wajib bagi wanita istihadlah untuk mandi ketika akan mengerjakan shalat, tidak pula wajib mandi dari satu waktu yang ada kecuali sekali saja setiap berhentinya haid. Dengan ini berpendapat Jumhur Ulama dari kalangan Salaf
dan Khalaf.” (4/19-20)

Adapun hadits yang ada tambahan lafadh :

“Nabi memerintahkannya (Ummu Habibah) untuk mandi setiap akan shalat.”

Adalah tambahan yang syadz karena Ibnu Ishaq –seorang perawi hadits ini– salah dalam membawakan riwayat sementara para perawi lainnya yang lebih kuat, meriwayatkan hadits ini dari Ibnu Syihab dengan lafadh : “Adalah Ummu Habibah mandi setiap akan shalat.” Dan perbedaan antara kedua lafadh ini jelas sekali. Bahkan Laits bin Sa’ad dan Sufyan Ibnu ‘Uyainah –dua dari perawi yang kuat– jelas-jelas mengatakan dalam riwayat Abu Daud bahwasannya Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak memerintah Ummu Habibah untuk mandi. (Lihat Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/220-221)

As Syaikh Shiddiq berkata dalam Syarah Ar Raudlah : “Tidak datang dalam satu hadits pun (yang shahih) adanya kewajiban mandi untuk setiap shalat (bagi wanita istihadlah), tidak pula mandi setiap dua kali shalat dan tidak pula setiap hari. Tapi yang shahih adalah kewajiban mandi ketika selesai dari waktu haid yang biasanya (menurut ‘adat) atau selesainya waktu haid dengan tamyiz sebagaimana datang dalam hadits Aisyah dalam Shahihain dan selainnya dengan lafadh : “Maka apabila datang haidmu, tinggalkanlah shalat dan bila berlalu cucilah darah darimu dan shalatlah.” Adapun dalam Shahih Muslim disebutkan Ummu Habibah mandi setiap akan shalat maka ini bukanlah hujjah karena hal itu dilakukan atas kehendaknya sendiri dan bukan diperintahkan oleh Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, bahkan yang ada, Nabi mengatakan kepadanya : “Diamlah engkau (tinggalkan shalat) sekadar hari haidmu kemudian (bila telah suci) mandilah.” (Lihat Bulughul Maram halaman 53 dengan catatan kaki pembahasan As Syaikh
Al Albani dan lain-lain)

Mandi setiap akan shalat bagi wanita istihadlah merupakan suatu kesulitan sementara kita tahu bahwa syariat ini mudah. Allah Ta’ala berfirman :

“Allah tidak menjadikan bagi kalian dalam agama ini suatu kesulitan.” (Al Hajj : 78)

Ibnu Taimiyyah berpendapat sebagaimana dinukil dalam kitab Bulughul Maram (halaman 53 dengan catatan kaki) bahwasannya mandi setiap shalat ini hanyalah sunnah tidak wajib menurut pendapat imam yang empat, bahkan yang wajib bagi wanita istihadlah adalah wudlu setiap shalat lima waktu menurut pendapat jumhur, di antaranya Abu Hanifah, Malik, dan Ahmad.

APAKAH WAJIB WUDLU SETIAP AKAN SHALAT ?

Al Imam Al Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada Aisyah radhiallahu ‘anha bahwasannya Fathimah bintu Abi Hubaisy datang kepada Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan mengadukan istihadlah yang menimpanya dan ia bertanya : “ ‘Apakah aku harus meninggalkan shalat?’ Maka Nabi mengatakan :

‘Tidak itu hanyalah urat bukan haid, maka apabila datang haidmu tinggalkanlah shalat dan jika berlalu maka cucilah darah haidmu kemudian shalatlah.’ “ (HR. Bukhari : 228)

Hadits di atas dalam riwayat Nasa’i dari jalan Hammad bin Zaid ada tambahan lafadh :

“Berwudlulah”

Setelah lafadh :

“Cucilah darah haidmu”

Sehingga dalam riwayat Nasa’i, lafadh hadits di atas adalah :

“Cucilah darah haidmu, wudlulah, dan shalatlah.” (HR. Nasa’i 1/185)

Al Imam Muslim ketika meriwayatkan hadits ini dalam Shahih-nya (4/21) tanpa tambahan di atas sebagaimana Al Imam Al Bukhari membawakan tanpa tambahan dan Al Imam Muslim memberikan isyarat lemahnya tambahan tersebut dengan ucapannya : “Dalam hadits Hammad bin Zaid ada tambahan yang kami tinggalkan penyebutannya.”

Kata Al Imam An Nawawi rahimahullah dalam Syarah Muslim mengutip ucapan Qadli ‘Iyyadl : “Tambahan yang ditinggalkan penyebutannya oleh Al Imam Muslim adalah :2. An Nasa’i dan lainnya menyebutkan tambahan ini, sedangkan Imam Muslim membuangnya karena Hammad, salah seorang perawi hadits ini, bersendiri dalam menyebutkan tambahan tersebut (adapun perawi-perawi lain tidak menyebut tambahan : ‘Berwudlulah’ pent.). An Nasa’i sendiri mengatakan : “Kami tidak mengetahui adanya seorang pun selain Hammad yang mengatakan/menyebutkan : ‘Berwudlulah’ “ (Syarah Muslim 4/22)

Demikian pula Imam Tirmidzi, Darimi, Ahmad, dan Nasa’i sendiri dari jalan Khalid Ibnul Harits dan Malik meriwayatkan tanpa tambahan di atas. (Lihat Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/224, 226)

Dengan demikian jelaslah perintah wudlu bukanlah datang dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan perintah yang datang dalam masalah ini adalah lemah sebagaimana dilemahkan oleh Ahli Ilmu. Namun jangan sampai dipahami bahwa yang wajib adalah mandi setiap shalat dan sudah lewat penyebutan kami tentang masalah mandi bagi wanita istihadlah ini. Walhamdulillah.

HUKUM JIMA’ (SENGGAMA) DENGAN ISTRI YANG SEDANG ISTIHADLAH

Dalam hal ini ada perselisihan pendapat. Jumhur memandang boleh, sementara ada ulama yang berpendapat tidak boleh kecuali bila masa istihadlahnya panjang. Dan ada yang tidak membolehkannya sama sekali karena menyamakan istihadlah dengan haid. Namun yang kuat dalam hal ini adalah pendapat jumhur karena jelas wanita istihadlah beda dengan wanita haid dengan dalil yang ada dan tidak ada larangan dari Nabi untuk jima’ dengan istri yang istihadlah. Dan juga ada ayat umum :

“Istri-istri kalian adalah ladang bagi kalian.” (Al Baqarah : 223)

Al Imam Al Bukhari membawakan ucapan Ibnu Abbas dalam kitab Shahih-nya dengan tanpa sanad yang maknanya wanita istihadlah boleh digauli oleh suaminya sebagaimana ia dibolehkan untuk shalat sementara shalat itu perkara yang agung. (Shahih Bukhari. Kitabul Haid bab ‘Apabila wanita haid melihat dirinya suci’)

Dalam Syarah-nya terhadap ucapan Ibnu Abbas di atas, Al Hafidh Ibnu Hajar berkata : “Yakni bila wanita istihadlah dibolehkan shalat maka kebolehan jima’ dengannya lebih utama karena perkara shalat lebih agung dari perkara jima’.” (Fathul Bari 1/535)

Ibnu Qudamah rahimahullah berkata dalam Al Mughni (1/339) : “Diriwayatkan dari Ahmad bolehnya menggauli istri yang istihadlah secara mutlak tanpa syarat dan ini merupakan pendapat kebanyakan ahli fiqih.”

Al Imam An Nawawi rahimahullah mengatakan dalam Al Majmu’ Syarhil Muhadzdzab (2/372) : “Boleh dalam madzhab kami untuk jima’ dengan istri yang sedang istihadlah pada saat dihukumi sebagai suci, sekalipun darah (istihadlah) dalam keadaan mengalir. Dan hal ini tidak ada perselisihan di sisi kami… .”

Al Imam As Shan’ani menyatakan boleh jima’ dengan istrti yang sedang istihadlah menurut pendapat jumhur ulama karena wanita yang istihadlah sama dengan wanita yang suci dalam kebolehan shalat, puasa dan selain keduanya, maka demikian pula dalam perkara jima’. Dan jima’ tidak diharamkan kecuali ada dalil, sementara tidak ada dalil dalam perkara ini.” (Subulus Salam 1/157)

Al Imam As Syaukani juga menyebutkan pendapat jumhur ini dalam kitabnya Nailul Authar (1/392)

semoga perkongsian artikel ni dapat memberi faedah untuk kita semua..sebelum ni,xambik tahu pun,dah kena batang hidung sendiri,barulah nak ambil tahu..huhu

Monday, June 14, 2010

Nakal baik Vs nakal buruk

saya nak kongsikan 1 artikel yang saya jumpa tentang anak nakal..baru sya tahu rupanya ada nakal baik dan nakal buruk.jom kita baca...

Nakal dikalangan kanak-kanak bukan semuanya negatif. Dan sebaliknya kalau kanak-kanak bersifat pendiam dan tidak nakal maka ianya bukan semua petanda positif. Oleh itu jangan terlalu risau kalau kanak-kanak nakal sekiranya berusia dibawah tujuh tahun. Ini kerana kenakalan kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun itu adalah tanda cerdik. Kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun, nafsu negatifnya masih terpendam. Kenakalan itu adalah kerana akalnya yang aktif bukan fizikalnya..

Namun demikin apa yang perlu difahami dan di beri perhatian ialah apakah kenakalan kanak-kanak itu bernatijah baik atau buruk. Maksudnya kalau nakalnya sekadar terlalu aktif, tidak mahu duduk diam, suka bermain, banyak bertanya, banyak bercakap termasuk bercakap sendirian, banyak benda yang dia mahu, suka menconteng kertas, banyak benda yang dia usik, ini adalah lumrah kepada kanak-kanak yang cerdik. Bahkan kadang-kadang suka memanjat atau melompat dan jatuh hingga kesakitan. Namun kalau ada sedikit akibat buruk hanyalah kepada diri sendiri. Tidak kepada benda atau orang lain. Ini yang dimaksudkan nakal bernatijah baik.

Kanak-kanak begini lazimnya akan menjadi hiburan kepada keluarga. Biarkan saja, hanya perlu dikawal agar tidak melampau sehingga bertukar menjadi nakal buruk. Jangan disekat dan dihalang tetapi salurkan kepada berbagai aktiviti. Rajin-rajinlah melayaninya termasuk melayaninya bercakap dan menjawab soalan. Rajin-rajinlah membawa keluar seperti pergi zoo, taman reakrasi, pantai dan seumpamanya. Melalui cara ini akan mempercepatkan lagi perkembangan akalnya, semakin cepat mematangkan akalnya. Juga dia akan rasa terisi akalnya yang cerdik itu.

Kenakalan buruk pula dibezakan pada natijah atau akibat. Aktifnya sama seperti diatas tetapi banyak membawa kerosakan kepada harta benda atau kepada orang lain. Contohnya memecahkan gelas minuman, memecahkan cermin almari, merosakan barang-barang permainanya sendiri. Memukul adiknya sendiri. Kalau dibawa ke Pasaraya umpamanya, barang-barang di rak akan dijatuhkan. Menyepak anak kucing, mencakar muka orang lain, suka melempar atau membaling benda kepada orang lain, suka mendesak untuk kemahuan dirinya dan kalau tidak dilayan akan menangis meraung. Menconteng dinding, menggores kereta, mematahkan pokok bunga.

Biarpun saya katakan bahawa nafsunya masih terpendam, perlu juga diingat bahawa benih telah sedia ada.

Nakal bernatijah memusnahkan atau merosakan ini tidak boleh dibiarkan, kerana ianya akan menjadi tabiat yang sukar dibuang. Sebab itu dalam Islam akhlak mesti dibimbing semenjak awal usia. Yakni akhlak baik mesti dibiasakan hingga akhirnya menjadi pakaian yang sukar ditanggalkan. Atau menjadi darah daging yang sudah sebati dengan dirinya. Nakal jahat atau nakal buruk ini mesti dihadapi dengan sabar, kasih sayang, lemah lembut, lunak dan mesra. Hingga akhirnya layanan yang kita berikan itu menjadi ikutan kepada kanak-kanak.

Semua ahli saikoloji bersetuju bahawa bagaimana cara dan pendekatan orang dewasa kepada kanak-kanak maka begitulah perangai dan tabiat yang menjadi ikutan mereka. Kalau cara dan pendekatan dalam menangani kanak-kanak nakal dengan marah, kasar, keras, tengking, herdik, sergah, maka perangai itulah yang mereka akan warisi. Mungkin pada satu peringkat lantaran ketakutan maka mereka pendamkan saja. Namun bila diperingkat mereka berpeluang nascaya akan teserlah dan menonjol perangai kasar dan bengisnya.

2nd Award


Yeay!!! dapat award dari k.Ayu..trillion thanks to k.Ayu sbb bg Atun award ni...
Tapi kena jawab soalan dari k.ayu la...dah dapat award,kena la buat homework skitkan??ok,apa yang saya dapat dari blog k.Ayu..Firstly dapat mengenali k.Ayu dengan lebih rapat lagi dan dapat maklumat pasal penyusuan susuibu...banyak sangat ilmu penyusuan yang k.Ayu kongsikan..terima kasih kepada k.Ayu atas perkongsian ilmu yang tak ternilai harganya....:)

Thursday, June 10, 2010

Tag dari k.Ayu:Penyusuan susu ibu

Entry kali ni sy nak jawab Tag dari k.Ayu..thanks ye k.Ayu..
1.Apakah yang anda faham mengenai Penyusuan Susu Ibu?
-Penyusuan susu ibu ialah seorang ibu yang menyusukan anaknya samada secara eksklusif atau tidak..susu ibu juga merupakan susu terbaik bagi bayi.Tiada yang setanding dengan susuibu..
2.Berapa lamakah anda menyusukan anak anda?
-Anak sulung lbh kurang sebulan sahaja sbb ms tu atun masih stady n masa dengan baby memang kurang..sampai sekarang atun rasa menyesal sangat sebab terlalu cepat berhenti bagi susuibu pada Husna..lagipun ilmu memang kurang so,xtahu langsung ada supplement utk banyakkan semula susuibu..
-anak ke-2 ni Alhamdulillah,Atun masih menyusu sampai sekarang.kalau rasa susu semakin kurang,cepat2 makan apa2 utk banyakkan semula susu..sblm preggy yg ke2 lg dah ada niat nak susukan baby sampai 2 tahun Insyaallah..
3.Dimanakah anak anda dilahirkan ? Adakah di Hospital Rakan Bayi ? Apakah yang anda faham mengenai Hospital Rakan Bayi?
-Husna:Hospital taiping.ya.hospital Taiping merupakan sebuah Hospital Rakan Bayi
-Alya:Hosp Columbia Asia Taiping.Bukan Hospital Rakan Bayi.
-Hospital rakan bayi merupakan hospital yang diberi pengiktirafan oleh pihak kerajaan untuk memberi sokongan kepada ibu2 untuk memberikan bayi mereka susuibu..sebab tu la bila kat hospital rakan bayi ni,botol susu pun,kalau nurse nampak,dia akan marah..
4.Apa yang anda tahu mengenai 1 jam pertama selepas dilahirkan & "rooming in"?
-1 jam pertama sebaik bayi dilahirkan merupakan detik yang terpenting untuk siibu memberikan bayi mereka susuibu.Pada waktu ini,bayi mula belajar untuk mengenali payudara ibu dan belajar menyusu dengan betul
5.Ceritakan pengalaman penyusuan anda dalam tempoh 3 hari selepas anda melahirkan bayi anda..
Semasa di hospital,saya dah pesan pada nurse supaya tidak memberikan anak saya susu formula tetapi mereka tetap bagi.Apalagi yang perlu saya cakap,sebab,dah bagi barula nurse bagitahu saya..padahal saya ah berpesan dari awal..lepas balik dari hospital,memang saya tak campur langsung dengan FM sehinggalah hari ke 5 Admit ward sebab baby kena kuning..Nurse memang bagi FM campur BF sebab nak bagi kuning baby cepat turun..
6.Apakah cabaran yang anda lalui sepanjang tempoh penyusuan anda?
-Masa awal penyusuan biasalah,kena juga luka kat nipple sbb baby hisap sangat kuat..tapi xlama,sekejap je dah baik
7.Dari manakah anda mengetahui mengenai Penyusuan Susu Ibu? Apakah sumber2 anda ?
-Internet,majalah,forum n sembang kawan2..
8.Bagaimana pula sekiranya anda bekerja selepas habis tempoh berpantang? bagaimana anda menguruskan bekalan susu anak anda?
-Saya suri rumah..
9.Kenapa anda menyusukan anak anda ?
-susuibu lengkap dengan nutrien yang diperlukan dan ada antibodi
-sebab susuibu adalah anugerah yang tidak ternilai harganya
-saya sayangkan anak saya
-nakkan ganjaran yang akan diterima dari ALLAH S.W.T
-Mudah.tak perlu nak bancuh terutama pada waktu Malam
-mengeratkan lagi hubungan dengan baby

10.Adakah anda merasakan penyusuan itu sangat mudah? Mengapa ?
Ya.sangat mudah kerana tak perlu mengangkut bakul susu kalau nak keluar..

Wednesday, June 9, 2010

Bersilaturrahim dengan keluarga

Abu Laits Assamamrqandi berkata:

Jika seseorang itu dekat dengan ahli keluarganya maka ziarahilah mereka, tidak dapat membantu dengan harta, memadai dengan tenaga dan jika berjauhan utusilah surat dan yang terbaik ialah menziarahi mereka.

Mari rakan2 pembaca yang dirahmati Allah kita cari tahu apakah kelebihan bersilaturahim dengan ahli keluarga sendiri iaitu:

1. Mendapat keredhaan Allah swt

2. Dapat mengembirakan mereka, menurut sebuah hadis yg bermaksud “amal yang paling utama ialah menyenangkan hati orang mukmin”

3. Malaikat juga turut bergembira dengan orang yang suka bersilaturahim

4. Mendapat pujian dari kaum muslimin

5. Iblis berdukacita ( padan muko iblis laknatullah tu kan..)

6. Allah swt akan memanjangkan umur kita

7. Rezeki diluaskan dan diberkati Allah swt

8. Melapangkan roh ahli keluarga yang telah meninggal dunia

9. Dapat memupuk rasa kasih sayang, saling bantu membantu dikalangan ahli keluarga

10. Apabila ia meninggal dunia, ahli keluarga akan sentiasa ingat dan mendoakan kebaikan untuknya. Pahalanya akan bertambah InsyaAllah

Begitulah bagusnya jika kita selalu bersilaturrahim tidak kira dengan sesiapa pun, terutama keluarga kita.. Dan dalam kitab yang pernah ustazah baca ada menyebutkan setiapkali kita bersalam apabila bertemu sesiapa tak kira saudara, rakan2 dosa2 kecil kita kan terhapus dengan sambung ikatan silaturahim itu. Hebatkan.. !

Monday, June 7, 2010

Una rindu Abah....


Entry kali ni nak bercerita pasal husna plak..pagi tadi,sy balik umah mak ngan Alya skali.Balik kami bertiga je sbb husband seperti biasala,ada tuisyen.tapi tuisyen 1 kelas je hari ni.dalam kul 1,dia balik.memandangkan abang saya yang mengajar di sarawak ada balik,saja bawak husna balik untuk dia main ngan sarah(my niece).balik tadi,mak tengah bersiap nak pergi makan kenduri.ada 2 buah kenduri.husna nak ikut sbb tengok sarah pun ikut.dahla pakai baju duk umah je..tak bawak baju tukar.jenuhla pujuk dia,tak bagi ikut.nak jugak dia ikut.sekejap2 cakap kat opah:Una nak ikut..(biasa memang perangai mcm tu,selagi xdapat apa yang dia nak,selagi tu la dok sebut..)

Time tu dah pukul 12.saya memang nak balik pukul 12 sbb nak masak utk husband.lastly,mak berkeras jugak nak bawak dia.pdhal sy dah ckp,nanti abah nak pegi belajar,kakak xsempat nak jumpa abah..dia ignore je..xpe...
lepas mak pergi kenduri mak plan nak pergi taiping untuk beli barang sikit..cadangnye nak pegi dalam kul 4..ingat kot sempatla una jumpa abah.Abah nak bertolak pukul 5.memang mak nak bawak husna sekali tapi nak singgah umah saya dulu untuk una tukar baju..kul 4.30 lbh tengok xde sampai2 lagi..abah una call umah mak nak ckp ngan una,tapi una refuse..sedih abah...lastly,abah pegi tanpa jumpa husna..kesian...
pukul 6 baru la terjengul una bersama opah,sarah,makngah n pakngah una(abang saya..hehe).masuk tukar baju je sbb dh mandi kat umah opah katanya..langsung tak tanya pasal abah..sebelum keluar,sempat saya pesan,ikut opah,nanti lepas ikut opah,balik umah ibu(takut dia nak tidur umah mak pula..haru dibuatnye..)mak ajak jugak keluar sekali,tapi rasa sangat malas nak keluar.bawak alya main kat depan rumah jela..
lebih kurang pukul 9,baru husna balik dengan cornetto kat tangan.nasib baik dia nak balik..masuk je umah,terus tanya kenapa abah bawak keta ibu??itu ayat dia..bertuahnya anak..ingatkan nak tanya abah..elok dia masuk,makan aiskrim,mandi ala kadar n tukar baju tidur.saya terus ajak masuk bilik untuk tidur..sesi kaunseling pun bermula.ini dialog saya ngan husna.. saya:husna pegi mana tadi??
husna:pegi beli barang..kat econsave.Abah mana mak??
saya:Abah dah pegi belajar,abah sedih sbb kakak xnak jumpa abah.abah cakap abah tak nak balik dah sebab kakak tak sayang abah..
husna:makngah yang nak bawak kakak(pandai dia bg alasan,pdhal dia yg beria nak ikut..)
saya:(buat ayat sedih lagi)abah cakap abah xmau balik sampai bila2 dah.kalau abah balik pun,abah nak balik umah wan simpang je..(my MIL)..
Husna:(dh mula nampak muram)..
Saya:kakak tak sayang ibu ngan adik.adik,meh tido kat ibu jangan tido kat kakak,kakak tak sayang adik sbb kakak tinggal adik..(sambil tarik Alya jauh dari husna).Alya tido cepat ibu nak packing baju kakak,kaka nak duk ngan makngah...nanti kakak ikut makngah balik perlis..
Husna:(dah mula teresak-esak..)
saya:kakak duk ngan makngah ye,ibu duk ngan abah ngan adik je..abah pun taknak ngan kakak sbb kakak taknak cakap ngan abah tadi..
Husna:(dah tak dapat dibendung lagi dah..hujan selebat-lebatnya..)Ibu,una taknak duk ngan makngah..una taknak ikut makngah dah...
saya:(dalam hati..yes!! dapat jugak memujuk husna)
husna:(dalam menangis teresak-esak)ibu,nak telefon abah...una rindu abah... saya pun bawak husna keluar dan telefon suami..teresak- esak dia ckp rindukan abah n macam2 lg..lepas husna cakap telefon,barula merungut lapar..saya pun lepas bagi nasihat pada dia,terus masakkan dia nasi goreng..tahupun lapar..berjalan tak ingat..saya bukan apa,memang tak suka ajar anak ikut orang lain selain saya ngan suami..malas nak ajar.nanti terbiasa plak..lagipun,saya tau anak saya ni buas macamana..semoga apa yang berlaku hari ni dapat memberi pengajaran pada husna n husna tak nak ikut orang lagi..lgi 1,husna ni memang penyedih orangnyer..pernah 1 hari,dia dengar lagu dari kumpulan Hijjaz,sampai teresak-esak dia menangis..ingatkan kenapala husna menangis..bersungguh betul dia menangis..

Thursday, June 3, 2010

Dah mula terasa


Hari ni dah khamis.esok jumaat.Ahad suami dah kena masuk maktab..adui...mula dah terasa dah ni..boring sangat2 bila suami xde...tapi saya faham,dia pergi pu,tak lama...
Biasanya kalau dia pergi,saya mulala tak lalu makan,xde mood..harap2 kali ni boleh jaga anak dengan baik tanpa suami di sisi..
Suami akan balik semula isnin sebab selasa ada exam PTK.masuk maktab balik rabu..dahla cuti kali ni,2 minggu..cepatla masa berlalu..tak sanggup berjauhan...

Tuesday, June 1, 2010

tag from umisofie

Sementara xtau nak buat apa ni,nak jawab tag dari k.fiza ni dulu.nanti tangguh2 tak dan plak nak wat..len kali k.fiza xnak bg dah..hehe..apepun thanks k.fiza sbb bg tag ni kat saya..
1. Apa yang anda buat bila dapat tahu member anda tikam anda dari belakang?

-Rasa geram yang teramat sangat..sedih pun ada..tapi mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..baru ni pernah terjadi pada diri saya(refer entry lepas kalau terlebih rajin)..pengalaman ni jugak akan mematangkan saya..alhamdulillah,atas dugaan ini..

2.
6 orang di hati anda...
-diri sendiri

-suami tersayang
-anak-anak

-mak

-arwah bapak

-PIL
-abang n kakak

3.
Anda rasa anda comel
-dulu masa anak dara comella kot..skrg ni,kurang dah rasanya...ye ke??hmmm,tak tau la nk cakap...yg penting,comel di mata suami tersayangggg!!!

4. Single or taken?
-taken by my lovely hubbyla...

5. Blog yang anda suka
-blog member RH n yg dh ada kat bloglist sy..pantang nampak ada entry baru,mesti nak baca(walaupun kdg2 xtertinggal jejakku..hehe

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
owh!!secara jujurnya tak..hubby sy dah tau memang sy paling xsuka kemas bilik..biasa hubby yg buat sblm gi keje..hehe

7. Lagu terakhir yang anda dengar
-when u tell me that u love me from diana Ross feat westlife..suka sgt lag ni..terasa romance sesangatttt!!!

8. Last text message
-pagi tadi..next week kena pi kursus takaful..2 hari plak tu..tengokla blh pi ke tak..hubby masuk maktab..

9. Last phone call
-call hubby masa kat tesco tadi..anak2 tido.so,sy wait kat parking lot..

10. Hari terakhir anda menangis
-anniversary baru ni..rasa terharu sgt sebab dh 6 tahun kawen,hubby leh terima perangai sy yang buruk ni...

11. 5 favourite colour
-merah
-pink
-silver
-hitam
-purple

12. Orang terakhir YM
-pagi tadi ngan abang saya

13. Game paling anda suka.
-ape2 je bentuk puzzle game..(tapi dh lama xmain,xdan nak main.kalau main,mesti ralit)

14. Apa perasaan anda menjawab tag ini?
-Bangga..ada orang ingat saya..yeay!!!

15. Anda rasa tag ini best?
-best sangat!!sbb 1st time dapat tag!

16. Tag lagi 10 orang....
1.Rozy
2.saSha a.K.a MumYalya
3.Datin El
4.izahdaut
5.suria
6.
fisa
7.
ayu
8.
ummu
9.
suealeen
10.wina