Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 31, 2010

ke busy an melampau

lama tak update blog yang tak seberapa..sibukkkkk sangat 2-3 hari ni utk siapkan tempahan biskut raya..Alhamdulillah,berjaya juga siapkan akhirnya..sekarang tengah pulun buat biskut raya untuk rumah plak..4 rumah tau nak kena supply..huhu..
next week hubby dah kena masuk maktab.nasib baik 3 hari je..ahad smpai selasa..Insyaallah rabu boleh balik kampung kat ipoh..balik awal ni sempatla kot shopping kali terakhir..hikhik..bukan utk saya ye..utk alya n Husna..kasut Alya belum cari lagi..Utk Una plak nak tambah lagi 2-3 pasang lagi jeans n t shirt..
ok..jumpa lagi ye..actually,banyak nak update sebenarnya tapi tak de masa ma...babai...

Wednesday, August 25, 2010

jom beli minyak wangi

yang terbaru,saya bantu husband plak jual minyak wangi ni...



Terdapat 18 jenis haruman inspirasi dalam botol tunggal 8ML yang boleh dibawa solat.

FOR HIM
M1-INSPIRASI OLEH CALVIN KLEIN-CK ONE
M2-INSPIRASI OLEH CHANEL-ALLURE MEN
...M3-INSPIRASI OLEH DUNHILL-DESIRE RED
M4-INSPIRASI OLEH GIORGIO ARMANI-ACQUA DI GIO
M5-INSPIRASI OLEH HUGO BOSS-ENERGISE

FOR HER
W1-INSPIRASI OLEH BS-MIDNIGHT FANTASY
W2-INSPIRASI OLEH BODY SHOP-APPLE BLOSSOM
W3-INSPIRASI OLEH CALVIN KLEIN-EUPHORIA
W4-INSPIRASI OLEH CHRISTIAN DIOR-MIDNIGHT POISON
W5-INSPIRASI OLEH CHARACEL-AMOR AMOR
W6-INSPIRASI OLEH CHRISTIAN DIOR-JADORE
W7-INSPIRASI OLEH ESTEE LAUDER-PLEASURE
W8-INSPIRASI OLEH HUGO BOSS-WOMEN BOSS
W9-INSPIRASI OLEH JL-LIVE
W10-INSPIRASI OLEH LAMCOME-MIRACLE
W11-INSPIRASI OLEH PH-HEIRES
W12-INSPIRASI OLEH RALPH LAURANCE-ROMANCE

HARGA:
1 KOTAK :RM22

POS LAJU RM6

Disebabkan keterujaan beliau tengok syoknya saya berniaga,dia pun nak jugak..xpe,bagi dia peluang..sambil2 saya promote barang saya,saya promote la barang dia skali..ok tak??heee(kena mintak komisen ni..)

so,pada sesape yang berminat boleh call saya ok..salam ramadhan...

Sunday, August 15, 2010

Premium beautiful

2 minggu lepas saya be li ni
korset premium beautiful

Actually dr 2008 lagi suami dah suruh beli ni tapi saya rasa xperlu kot masa tu sbb saya lebih pentingkan penapis air dari yang ni..sekarang dah ada penapis air,ada rezeki tu yang beli ni plak..kat sini saya share kan sikit pasal korset ni

(FIR) terbukti memberi nafas baru dalam kesihatan, kecantikan dan keanggunan. membentuk kontur keseluruhan bentuk badan yang menarik, langsing dan seimbang.

Membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang.

Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.

Kelebihan kualiti kain Premium Beautiful :-

Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.

Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.

Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.

Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.

Testimonial yang menunjukkan telah memulihkan/ memperbaiki keadaan segugut, gastrik, sakit tulang belakang, dan penyakit perempuan yang lain.

Wanita masa kini telahpun menapak lebih jauh sejajar dengan arus pembangunan. Kalau dulunya surirumah, tetapi kini rata-ratanya bekerja, malah memegang jawatan tinggi setanding dengan kaum lelaki.

Kesibukan kaum wanita terhadap tugasan harian kadangkalanya boleh menyebabkan penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan terabai. Inilah puncanya tubuh nampak tidak bermaya, pucat, lemah, lesu dan sebagainya.

Saya percaya setiap wanita pasti inginkan tubuh badan yang sihat dan menarik. Sememangnya itu adalah sifat dan fitrah kaum wanita. Walaubagaimanapun, bukanlah semua wanita itu cantik dan menarik, tetapi sebaliknya. Ada saja yang tak kena, ada yang langsing, tetapi rupa paras yang penuh jerawat, pucat, kulit kering dan berminyak atau sebagainya. Ada yang cantik rupa parasnya tetapi masalah berat badan berlebihan pula. Ada yang kurus, tetapi aset yang ada tidak menarik. Lebih-lebih lagi yang sudah melahirkan anak. Contohnya, payu dara yang dahulunya montok, kini “jatuh”, pinggul yang dahulunya mengancam, kini “jatuh“, perut yang dahulunya kempis, kini berlapis-lapis, “jatuh“. Adakah kita nak biarkan ianya jatuh...jatuh dan jatuh tanpa diangkat kembali? Sudah pastinya tidak.

Sedarlah wahai kaum wanita, betapa pentingnya penjagaan kesihatan tubuh badan. Bukan sekadar untuk badan yang cantik sahaja, malah penyakit kronik juga harus di cegah sebelum parah. Tahukah anda penyakit barah payu dara adalah pembunuh nombor 1 kaum wanita?

Apa yang ingin saya ketengahkan ialah produk kesihatan dan kecantikan “Premium Beautiful” yang merupakan set pakaian dalam wanita yang boleh mendatangkan seribu satu macam kebaikan. Ianya terdiri dari coli panjang, bengkung pinggang, dan seluar dalam panjang. Set ini juga telah digilai ramai memandangkan keberkesanannya serta harganya yang berpatutan.

Selain itu juga, “Premium Beautiful” diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan berteknologi tinggi sehingga mendapat pengiktirafan daripada badan kesihatan dunia, antaranya The American Chiropractic Association, The Canadian Chiropractic Association dan The Chiropractic Association of Quebec.

Alamilah pembaharuan pembentukan badan dengan pakaian dalam terhebat dan terlaris di Malaysia.

korset ni memang sesuailah dengan saya yang tengah berdiet sekarang..suami pun pakai bengkung..hehehe..memang bestla..gemuk pun xpe,janji ada shape..

p/s:kalau ada sesape yang berminat blh contact saya ye..adik saya buat bisnes ni..hehe.ada diskaun menarik menanti..

Menghilangkan sifat marah

SIFAT pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair “Takdir Allah telah putus dan keputusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata “Barangkali” dan “Kalau”.

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan “Inna lillahi wainna lillahi raji’un”.

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : “Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qais, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.

Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman ” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim”, kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia “tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Di antara langkah-langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
1.Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
2.Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
3.Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
4.Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
5.Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
6.Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
7.Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
8.Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
9.Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk mempertahankan diri dan untuk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dengan fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yang membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yang marah adalah laksana gua batu yang terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpul di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara. Meskipun diusahakan menyiram, maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.

Perbanyakkanlah beristighfar, itulah senjata orang2 mukmin.


so,bulan puasa ni jangan marah2 ok..hiks

Monday, August 9, 2010

Ramadhan

Alhamdulillah kita masih diberi nafas untuk terus merasai nikmat Ramadhan bulan yang mulia pada tahun ini..saya rasa sangat bersyukur kerana pada tahun ini telah habis semua puasa ganti saya..tak macam 2-3 tahun lepas,ada je yang tak sempat ats sebab2 ttertentu..tahun ni takyah kena denda dah..Alhamdulillah..

azam baru

semoga pilihanku ini adalah tepat..Ya Allah..kau berilah aku petunjuk unuk aku memilih jalanku yang benar..Berkatilah apa yang akan kulakukan ini..murahkanlah rezekiku..kuatkanlah imanku..jika ku berjaya berikanlah aku Hidayah dan petunjuk supaya aku tidak lupa diri..permudahkanlah segala urusanku..Amin....

Friday, August 6, 2010

rambutan punya pasal...

nak gelak dulu..hahahahhaa.........
layan gambar ni..jangan tak percaya aaaa

bertungkus lumus mengerat dahan pokok rambutan..

sekarang kan musim buah..balik kampung baru ni,sempatla ambik buahnya..disebabkan pokok agak tinggi,penat nak kait..jadi,saya panjat n kerat dahan..senangkan??dapat banyak..dah lama saya tak panjat pokok..rasanya semenjak ada anak ni,ni la 1st taim saya panjat pokok..tapi lepas panjat je,ketaq lutut..xtau la apsal...takkanla nak suruh asben yang panjat plak..elok pijak dahan,patah abih dahan..hikhik..jangan marah aaa dear..hahha

gambar buahnya tak sempat nak snap sebab dah abis kena ngap..heheh..Alya yang paling suka makan buah ni...

Monday, August 2, 2010

Kamus Bergambar



Akhirnya dapat juga buku yang saya cari2 selama ni untuk Husna..Kamus bergambar..sangat bagus buku ni..dapat mengkayakan lagi kosa kata Husna..layan apa antara yang ada dalam buku ni..








Buku ni ada 4 bahasa.Inggeris,melayu,Arab n jawi..sangat bagus untuk saya juga..hehe..kadang2 Husna slalu tanya apa perkataan dalam bahasa Arab..diakan blaja kat skolah..lepas ni,leh la rujuk buku ni kalau dia tanya..huhu...

Alya pun bukan main suka lagi dengan buku ni..bukak je.."wah...ibat..."(wah..hebat..)huhu..asyik tu jela perkataan yang kuar dari mulut dia..

Sunday, August 1, 2010

no title

kenapa???????????????
sampai bila?????????????
akukah yang bersalah????????
sebab tu lah aku sangat malas nak ***** **** *** ******............
huh!!!!!!!
kenapa tak pernah nampak apa kebaikan yang aku buat????????????????????
semoga Allah memberiku kesabaran yang tinggi..Amin.....