Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 30, 2010

cocoa collagen power plus

saya tengah mencari2 supplement utk cergaskan badan di samping makan MAB.baru ni ada la sembang ngan kawan n dia bgtau yg dia amalkan makan CCPP ni..teringin plak nak try..lepas saya baik demam ni,badan terasa sangat cepat letih n tak bermaya..nanti dah mula skolah balik,takut penat..kat sini saya nak syer tentang kebaikan CCPP ni..kalau ada sesaper penah try,jomla share ngan saya..

Sesuai diminum untuk:
*ibu-ibu selepas bersalin(untuk penyembuhan dalaman-cepat kecut)
*wanita yang sudah berkahwin
*wanita yang belum berkahwin
*wanita yang mementingkan kecantikan dalaman dan luaran
*wanita yang mementingkan kesihatan


P/S dilarang sama sekali untuk wanita yang mengandung dan kaum lelaki.



Kembalikan Keremajaan Wanita
Produk terbaru dan paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman. Koko Pracampuran adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat.

Kandungan Cocoa Collagen Power Plus
1. Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.

2. Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.

3. Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.

4. Krimer Bukan Tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.

5. Dextrose Monohydrate - Melambatkan proses penuaan

6. Oligo Saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.

Kebaikan dan Khasiat
1. Membantu mengimbangi hormon
2. Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
3. Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
4. Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
5. Melambatkan proses penuaan
6. Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
7. Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
8. Mencerahkan kulit secara semulajadi
9. Memberikan tenaga
10. Membantu mengurangkan keguguran rambut
11. Melancarkan peredaran darah dalam badan
12. Mengimbangi berat badan
13. Meningkatkan daya penghadaman
14. Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot

Cara Pengambilan
- Cocoa Collagen hendaklah di sediakan atau di bancuh dengan air panas/air suam supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut.
- Minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam.
- Seeloknya makan malam pada jam 6.30 petang
- Boleh juga diminum 2 kali sehari. Tetapi sudah memadai hanya satu sachet sehari untuk merasai perbezaannya.

Penggunaan
1. Semua wanita berumur dari 20 tahun ke atas (sudah berkahwin/belum berkahwin) boleh mengamalkan pengambilan cocoa collagen ini.
2. Ibu-ibu lepas bersalin (amat digalakkan untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman)
3. Dilarang sama sekali untuk wanita yang mengandung & juga lelaki


Maklumbalas Pengguna Selepas Mencuba CCPP
Minggu Pertama : Badan lebih bertenaga & cergas, kulit muka yang kering menjadi lembab & pengecutan jerawat, tumit kaki yg pecah kembali pulih, denyutan di payudara, susu badan bertambah (bagi ibu yg menyusukan anak).


Minggu Kedua : Kulit muka menjadi kemerahan & berseri, payudara lebih tegang, terletak & bulat, susuk tubuh lebih kemas & tidak menggelebeh


Minggu Ketiga : Berat badan berkurangan (bagi pengguna jenis gemuk air), wajah kelihatan lebih muda & kulit lebih anjal, faraj lebih ketat & rapat.


** Kesan yang diterima adalah berbeza mengikut individu

Thursday, October 28, 2010

Demam Virus

seperti yang telah saya ceritakan sebelum ni,kami 3 beranak demam..balik je dari Ipoh lepas interview,saya pulak yang demam..mula2 ingatkan sebab saya tak makan nasi haritu..cuma makan laksa..kot je la kan..sbb laksa kan tak berapa elok..urat kembang..

keesokan paginya,saya cadangkan pada suami untuk bawak anak buat blood test kat klinik kesihatan..sebab saya pun memang nak ke klinik untuk dapatkan M.C..suami pun setuju untuk bawa n dia terpaksa ambil cuti rehat sbb dh m.c 2 hari..

agak awal kami sampai kat klinik.tapi orang dah ramai dah..3 nombor ambik sebab 3 orang nak jumpa Doktor..2-2 anak saya suruh Dr buat blood test sbb Husna dari isnin lagi demam n Alya sejak selasa..menjerit2 Husna bila M.A ambik darah..sakit agaknya sebab jarum yang diorang gunakan sangat besar..orang tua punyer jarum ok..Alya nangis jugak tapi xsekuat Husnala.walaupun tempat keempat ambil,baru dapat.kesiannya Alya..kuat sungguh dia tahan sakit..agaknya mengada je lebih dak Husna ni..result darah Husna punyer ok..tapi Alya...






kalau anda perasan,dekat platlete darah tu kurang.sepatutnya 150 ke atas..Dr pun buat surat refer untuk masuk wad..tengok suami pun diam je.saya terus bersuara untuk hantar anak ke hospital private..xnak meyesal untuk kali ke 2 masa alya kena jaundice haritu..Dr pun tak kisah n terus cancel panggil ambulance..sempat dulu kami balik rumah n ambil apa barang yang patut..

sampai ke Hospital,Dr ambil keputusan untuk buat lagi skali blood test.Dr cakap klinik buat tadi,tak detail.kami pun ikut je apa yang terbaik..n keputusannya....




tengahari tu juga dapat result..memang detail resultnya.tak macam yang dah ambik kat klinik sebelum ni..Dr sahkan Alya kena virus Influenza A+..tersentap saya mendengar keputusan tu..seterusnya,Dr nak ambil ujian Swab(guna cecair hidung)untk confirmkan samada H1N1 atau pun tidak..esoknya(sabtu)baru dapat result..memang berdebar je jantung nak menunggu keputusan ujian tu..

Sabtu tu,dapat result...sah!!H1N1 positif..rasa macam nak pengsan pun ada bila dengar Dr bagitau..tapi apapun,saya dan suami redha..memang tak sangka langsung Alya boleh dapat jangkitan..entahlah..Blur...

hari tu jugak Dr mulakan ubat untuk H1N1..ubat tu kena makan selama 5 hari..dalam pada jaga alya kat wad,saya pun demam juga..esok nya saya pun ambil juga ubat untuk tu sebab simptom2 memang ada..Husna saya minta suami hantar ke rumah MIL.takut berjangkit(walaupun Dr dah cakap,sbnrnya,1 family saya dah kena)suami saya maintain je sebab dia ada ambil vaksin untuk H1N1..memandangkan Husna dah tak demam,saya biarkan dulu..hari ahad,Alya dah dibenarkan discaj..

Isnin,demam saya bertambah teruk walaupun saya dah mulakan ubat..rasa sangat sakit demam ni..1 badan terasa panas yang amat sangat.panas tu sampai melekat haba pada baju yang kita pakai..nak tidur tak boleh sebab kepala sakit yang amat sangat.time tu plak terfikir.kuat Alya boleh tanggung sakit ni..Dia tidur je..tak banyak merengek..bangun sekejap,makan n tidur balik.Bila tidur plak nak kita peluk n tepuk.baru lena dia tidur..

Isnin petang,Husna demam balik,cepat2 suruh suami bawa jumpa Dr untuk mulakan ubat.Dr check,banyak kahak n buat X-Ray..alhamdulillah xde apa2 pada peparu dia..teruskan ubat je kat umah n kami bertiga kena kuarantin selama seminggu..Harini,khamis Alhamdulillah,kami bertiga dah beransur sihat cuma kepala saya masih ada pening.mungkin kesan demam yang terlalu panas haritu..masih terasa lagi...nasib baik juga dapat M.c seminggu.dapat la rehat..

Alya n Husna pun dah main macam biasa..aktif sangat..Alhamdulillah...fobia rasanya nak bawa anak berjalan ke luar lepas ni..2 minggu Husna cuti skolah..Ahad ni dia ada konvokesyen..esok boleh la dia ke sekolah..kesiannya dia..badan dah makin susut..Alya pulak walaupun sakit,badan dia tak susut sebab lalu makan..suap je apa,semua dia makan..

bila anak2 sakit,rasa sedih sangat tengok mereka terbaring je..sunyi je rumah..lalu kat taman,nangis teringat diorang..kalau sihat,mesti bising suruh berenti nak main..tapi xpelah,saya redha dengan ujian tuhan ni..ada hikmahnya..sayang saya pada anak2 makin kuat..Alhamdulillah....layan gambar Alya





Monday, October 25, 2010

interview

macam saya dah cite kat entry sebelum ni,khamis lepas saya dah menghadiri temmuduga untuk dapatkan KDC..harap2 berjayalah..kalau tak berjaya,bukan rezeki lah namanya kan..so,kena redha walau apa pun keputusannya.yang penting,saya dah berusaha sedaya upaya saya untuk menjawab yang terbaik..

sesi pertama bermula pukul 9 pagi.Soalan Insak.ada 135 soalan dan perlu menjawab dalam masa 30 minit..soalan ni agak susah pada saya sbb selalunya jawapan A dan B hanya setuju n Tidak setuju.tapi yang ni,dia tanya situasi plak..adoiii

contoh soalan:anda terjumpa duit di tepi jalan,apa yang akan anda lakukan??
A)anda menyimpan dulu duit itu
B)anda terus menyerahkan ke rumah kebajikan

haaaa.kan susah tu nak jawab..jawapan anda bagaimana???seingat saya soalan ni memang ambik soalan Mtest mac lepas..saya ingatla sbb saya pun ambik mtest ni haritu..heheh...

sesi ke 2 plak perbincangan berkumpulan.1 kumpulan ada 7 orang.sorang je lelaki.tajuk perbincangan yang kami dapat ialah Guru umpama lilin menerangi dan guru ibarat kasturi yang mengharumi..so,kami semua pakat goreng jela..Alhamdulillah,semua ahli kumpulan dapat bekerjasama dengan baik..sampai terlebih masa kami ambil..haha

sesi ke 3 plak,individu..mula2 masuk dia tanya anak dah brapa org??kawen umur brapa..sempat plak dia membebel sbb saya kawen muda..(dalam hati,suka hati la penemuduga tu nak cakap apapun..haha)so,dia tanya macamana uruskan masa belajar semasa dah berkahwin..n utk english dia tanya what the meaning of pollution,type of pollution,how pollution effect our live..tu je...penat je saya baca pasal bajet,NKRA bagai..tak tanya langsung..

lagi 1,mungkin sebab hari tu hari terakhir temuduga..dia dah malas ke apa...kita tunggu result je nanti ye..tunggu....

banyak nyer nak update...

lama tak update blog ni..sblm ni sibuk study utk interview..sambil sibuk sibuk study tu sambil duk melayan Husna dan Alya yang demam..hari ahad Husna start demam..hari selasa plak Alya plak demam panas..memang dugaan sungguh.mana nak study lagi,nak melayan anak lagi..nasib baik lah suami sangat membantu..terima kasih abang...

hari rabu,anak2 masih demam dan muntah2.saya tak boleh nak cuti sebab baru sangat lagi.so,suami yang ambik cuti utk jaga anak2 n bawa ke klinik..1st time tau suami bawak anak2 pegi klinik tanpa saya..Dr pun tanya,mana ibu??heheh..rasa macam tak percaya pun ada sbb dia boleh bawa anak2 ke klinik tanpa saya..can't imagine...

Hari khamis,awal2 lagi dah anta Husna ngan Alya ke rumah mak pah sbb saya nak ke ipoh untuk interview..walaupun budak2 masih demam..petang baru balik n ambik diorang..balik petang tu plak,saya demam sampai ke malam..jumaat,apalagi M.C la...masa ambik M.c tu,saya bawa anak2 skali utk buat blood test..risau jugak sbb lama sangat diorang demam..sblm ni tak pernah pun lama macam ni..

bedasarkan blood test tu,Husna punya ok..Alya yg ada masalah..so,dr bagi surat utk admitted ke hospital.saya terus bawak alya ke hospital columbia n dr buat blood test skali lagi..memang kpts blood test berbeza dr yg klinik kerajaan buat tadi..

sabtu,berkampung di hospitalla...ahad petang baru balik..ok.dah update secara ringkas..nanti sy detailkan ye..babai...

Friday, October 8, 2010

dah takdir dia jadi pendidik...

entry ni bukan untuk saya tau..tapi untuk encik suami..masa kat sekolah dia tadi,jumpalah dengan bekas guru2 suami dulu..ada la 2-3 orang.ada sorang ni,bila sembang ngan dia,rupanya dialah cikgu yang suatu ketika dulu memujuk suami sampai datang kerumah sebab nak pujuk suami masuk matrik..lps SPM,suami dapat 2 tawaran.ke matrikulasi n maktab perguruan..suami pilih masuk maktab sebabnya bila keluar,dah tentu ada kerja n 1 lagi,memang minat dia n MIL nak sangat dia jadi cikgu..

menurut cikgu tu tadi,dia nak azlan cepat naik gred ke gred 52 katanya..kalau ke matrik,cepatla naik..kalau maktab,memang lambat la naiknya..tapi,dah rezeki dia untuk jadi pendidik..redha je la.....

Thursday, October 7, 2010

Alhamdulillah..berjaya akhirnya

Alhamdulillah..esok dah kena lapor diri kat SMK Simpang..gembira sebab dapat juga keje ngan gomen..tak gembiranya sebab dah tak leh lepak2 macam dulu kat umah dah..huhu..anak pun lepas jugak ke tangan pengasuh...

ingatkan akan dapat SMK redang Panjang sbb area umah saya dekat sini je..lagipun dapat 1 skolah ngan abang sulong..hehe.xpelah,SMK simpang pun ok sbb sek lama suami dulu2..hehe

Rasa bertuah pun ada sebab daerah LMS ni uma 10 orang je yang berjaya..Alhamdulillah...dalam 10 orang tu,sorang je lelaki..tengok betapa kecilnya nisbah kaum lelaki sekarang..

satu cabaran lagi yang kena tempuh Pendidikan Khas kat sekolah ni baru nak wujud,so,everything kena buat baru..harap2 dapatla saya bekerja dengan jayanya..

kawan2 doakan saya ye...

Wednesday, October 6, 2010

sanggup kah aku???

tak tahu nak luahkan macamana..tapi dalam hati kecil,nak sangat kerja ni memandangkan memang cita2 sejak kecil lagi..tapi sanggupkah aku berpisah dengan anak2 ku yang selama ini tak pernah berpisah tidur..terutamanya Alya...tiap kali tidurkan dia,air mata ni mengalir.bagaimana nanti kalau aku tidak disisinya di kala waktu Alya nak tidur..anak yang menyusu ibu ni lain sikit gayanya...Husna dah besar,dah faham..tapi Alya macamana??uwaaaa

walaupun belum tentu dapat..tapi rasa macam akan dapat je..huhuhu..kalau ada rezeki,adala...tapi seandainya tiada rezeki,pasti ada hikmah disebaliknya...

semoga dipermudahkan segalanya..amin...

esok kena panggil lagi..semoga dipermudahkan segalanya..Amin..semoga tercapai cita2 ku selama ini...