Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 24, 2011

Tak lama lagi dah....

petang tadi sambil2 nak pegi beli barang ajak incik hubby pusing2 tengok rumah....
layan jelah gambar ni...











menurut pemaju,bulan 3 ni leh dapat kunci dah...xsabarnya nak duk umah sendiri...sangatttttt xsabar..huhu

Monday, January 17, 2011

lamanya xupdate blog ni...
bz...bz dengan buat kek n cheese tart..
alhamdulillah...rezeki jugak tu...
sapa yang nak order kek coklat,kek karamel n brownies cheese blh emel saya...
tapi untuk di kawasan berhampiran je...
pos tak boleh,nanti rosak..
jumpa lagi...

Sunday, January 9, 2011

wajik

Bahan2
300 gm beras pulut
150 gm gula nisan
150 gm gula pasir
2 biji kelapa diparut
1 helai daun pandan
Secubit garam
Secubit kapur (dilarutkan dengan 1 sudu teh air)



Cara
Pulut direndam selama tiga jam sebelum di toskan. Kemudian pulut dikukus dalam kukusan selama 40 minit sebelum di sejukkan di dalam talam. Kelapa parut diperah patinya dengan kain jarang.
Perah santan keduanya dengan empat cawan air. Masak gula nisan dengan satu cawan air. Manakala gula larut tapis. Secubit garam. Masak air gula merah bersama gula putih dan santan kedua. Masak sehingga air gula pekat dan berbenang, angkat dengan sudip.
Masukkan pati santan. Ketika mendidih masukkan pulut. Kacau selama 1/2 jam lagi dengan api perlahan. Masukkan 1 sudu teh kapur. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam talam yang dialas dengan daun pisang.

kuih puteri ayu


Bahan2nya

2 caw tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalatte
1 caw santan
3 biji telur
1 caw gula
sedikit esen vanila(sekiranya takda daun pandan)
pewarna
kelapa putih(digaul dgn sedikit garam)
sedikit tepung ubi(utk digaul dengan kelapa supaya tak berderai)

caranya

1.gula dan telur dipukul hingga kembang(guna mixer)
2. ayak tepung gandum dan baking powder
3.kemudian masukkan santan,tepung gandum yg telah diayak dan ovalette.
4.pukul lagi dan gaul bagi sebati.
5. masukkan kelapa kedlm acuan dan tekan sedikit.kemudian masukkan adunan kedlm acuan.
6.kukus selama 10-15min.

#sapukan sdikit minyak pd acuan supaya tak melekat
#bungkus penutup pengukus

Saturday, January 8, 2011

Mitos Kanak-kanak Stress

saya nak kongsikan 1 artikel

“Tak payah la hantar dia masa kecil ke mana-mana sekolah atau kelas. Kesian dia, nanti dia tertekan, biar la dia main seronok-seronok dulu”

Saya masih ingat ketika ayah dan ibu saya membuat keputusan untuk menghantar adik bongsu daya ke tahfiz ketika umurnya 6 tahun. Itulah ayat yang ramai orang perkatakan. Tertekan atau stress pada bayi atau kanak-kanak sebernarnya bukanlah seperti stressnya seorang dewasa. Ia adalah suatu yang jauh bezanya.

Jika anak anda berumur 4-6 tahun dan anda telah merancang untuk menhantarnya ke kelas-kelas tertentu seperti kelas renang, Mental Arithmetic, taekwondo dan sebagainya, ia sangat bagus dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang diminatinya adalah sangat digalakkan. Bukanlah bermakna anda tidak menyediakan waktu rehat yang secukupnya untuk anda dan anak anda kerana waktu rehat itu sangat penting dan sangat membantu proses perkembangan.

Orang dewasa akan stress ketika terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan, akan tetapi seorang kanak-kanak akan stress ketika tiada aktiviti atau kerja yang hendak dilakukannya. Ibu bapa harus kreatif dalam menghubungkan minat anak dengan aktivitinya.

Kadangkala kanak-kanak stress dengan aktiviti yang banyak. Hal ini kerana aktiviti yang disediakan baginya tiada kesinambungan dengan minat dan kecenderungannya. Atau aktiviti yang dijalankannya dipaksa oleh ibu bapa. Peranan ibu bapa dalam menentukan aktiviti anak sangat memainkan peranan penting kerana perkembangan anak bergantung kepada ibu bapa.

Ibu bapa yang sensitif dengan perkembangan anaknya akan sentiasa memperhatikan setiap tindak balas anaknya samada anaknya bosan, tidak suka atau anaknya berkembang pesat berbanding orang lain. Kerana semua ini sangat terkait dengan aktiviti yang bakal ditentukan oleh ibu bapa.

Aktiviti yang saya maksudkan bukanlah hanya menghantar anak ke kelas-kelas formal, akan tetapi aktiviti bersama-sama dengan anak-anak juga penting. Samada pergi melawat zoo atau bersiar-siar di luar rumah. Malah aktiviti mewarna, melukis dan membaca di dalam rumah juga boleh menjadi sangat menarik jika ibu bapa pandai memanipulasikannya.

Oleh itu, tindakan ibu bapa memenuhkan jadual anak seharian perlu dirancang dengan baik dan teliti. Anak-anak tidak tertekan atau stress dengan aktiviti yang banyak, akan tetapi mereka akan stress sekiranya tiada aktiviti atau menyediakan aktiviti yang tidak diminatinya. Maka, bertindaklah sewajarnya demi perkembangan anak anda.

dulu masa 1st time anta husna ke Taski Abim,ada juga yang bercakap2 pasal tindakan saya tu...tapi saya tengok Husna enjoy pergi sekolah..dia lebih pandai berdikari...
anda pula bagaimana??komen jangan tak komen..heheh

Thursday, January 6, 2011

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

Tuesday, January 4, 2011

Kek pisang

KEK PISANG
Bahan:
6 biji telur
1½ cawan gula halus
3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil bikarbonat soda
2 cawan pisang yang dilecek-sy guna dalam 13-15 biji pisang emas
½ sudu kecil esen pisang
1 cawan minyak

Cara membuatnya:
Pukul telur dengan gula hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan pisang sambil dikacau rata.
Akhir sekali masukkan minyak dan esen pisang sambil dikacau sebati.
Tuang dalam loyang yang disapu majerin & tabur sedikit tepung terlebih dahulu & bakar pada suhu 175C sampai masak (40-50min).

Brownies lapis cheese


resipi
*500g campuran brownies kukus
*4 biji telur gred B
*100ml minyak masak
*200ml air
*5g baking powder
*5g soda bikarbonat

**inti cream cheese**
250g cream cheese
60g gula castor
1 biji telur gred A
50ml air

Cara-cara

campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit

**untuk inti**
campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)

##cara lapis##
masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar.



bahagi 4..1 untuk hubby bwak skolah,Hussna bawak skolah,abang nak balik kl hari ni,saya ngan alya sikit..mak??mak xsuke kek ni..kek biasa je dia..yg lain xlayan...
memang maveles!!!
hubby pun duk sebut2 ja
sedap!!!

Monday, January 3, 2011

Berkelah di Telok Batik


semalam,kami sekeluarga,mak n abang saya berkelah kat telok Batik
memang dh lama nak bawak anak2 mandi laut
selalu xjadi
puas hati semalam dapat pegi jugak
hehe
saya yg masak tau
sambal sotong,telur dadar,kubis goreng,gulai nangka,ikan goreng,petai n sambal tempoyak
memang maveles
abis 1 periuk nasi kotorang bedal
heheh
lupa nak snak picture sbb dh lapor sangat
dahla sesat..3x berpatah balik
lama sungguh tak pegi.last pegi thn 2006,balik dr situ,preggykan Husna...hurmmm
orang tak berapa ramai.mungkin cuti sekolah dah di penghujung..
orang duk lepak kat umah je
kitorang je jalan time ni..Hiks!!
sempat jugak rembat berhelai-helai t-shirt..hehe



Saturday, January 1, 2011

Penang lagi!!!

urghhhh!!!
xde tempat len kan??
asyik penang je..huhu
ms on the way balik,hubby pun cakap,dah jemu la.asyik penang..
so,next vacation Insyaallah bulan 2 nanti...
ada rezeki sampaila kitorang kat sana k....
jalan2 dlm malaysia dulu..xmampu nak jalan2 oversea nun...hehe
layan....