Wednesday, July 27, 2011

perkembangan Husna

nak update blog tapi xtau nak update pasal apa
since dah lama tak ceita pasal alya n husna
cerita pasal diorang lah plak
Husna dah makin besar
tapi makin cengeng bak kata kak fiza aka umisofie
silap sikit suka menangis
xtau la kenapa...
tapi agak berdikari jugak...
pantang nampak saya nak solat,cepat2 dia pegi ambil wuduk.nak ikut solat..
semoga berkekalan sampai bila2...
periksa baru ni..alhamdulillah 4 paper dapat 100%.lagi 4 paper tak dapat..paling rendah bahasa arab.84%
xpelah,usaha lagi...
kedudukan kelas dapat no 9 dari 23..ok lah tu
periksa tak baca apa,gitulah.saya saja tak train dia buat latihan.saja nak tengok macammana..
lps ni kalau nak periksa,saya akan train dia betul2..
tengok plak result macammana...
membaca buku cerita dah makin lancar..pantang dapat buku,asyik betul dia baca..
buku iqra' plak dah masuk iqra'3.kadang2 lps maghrib ngaji kat umah.pagi setiap hari sekolah ngaji kat sekolah..
baru2 ni batuk teruk
mula2 demam.lepas demam batuk plak.sampai xleh tido
saya dah risau takut dia kena asthma..alhamdulillah xde
saya bawak dia terus jumpa paed kat columbia asia hospital
thn lps dia kena batuk macam ni jugak.ubat klinik biasa kami pegi Az-zahra,tak jalan
so,kali ni,terus bawak dia jumpa paed
dapat 3 jenis ubat
alhamdulillah xsampai seminggu makan ubat,dah tak batuk dah..

Sunday, July 24, 2011

kelas cupcake n pelbagai tartlert

kesampaian jugak hasrat hati saya nak pi kelas cupcake tart
walaupun dh biasa abik tempahan tart,teringin nk blajar buat tart lain
mcm fruit tart,choc tart..
alang2 dah pi kelas,sambar jelah 2-2 kelas..
start 9 pagi sampai pukul 1.30 kelas cupcake
cupcake fondant,coklat,buttercream
rehat setengah jam untuk makan n solat
thanks kak dila..siap sediakan makan tengahari n minum petang lagi untuk kami semua...
3 orang je pelajar
kelas hands on memang xleh ramai.nanti cikgu tak boleh fokus..
layan jelah gambar cupcake ye...
dah mahir nanti,bolehla ambik tempahan plak...




Saturday, July 23, 2011

polka dot....

semalam selesai jugak tempahan apam polka dot..paling banyak saya buat sejak bisnes kecil-kecilan ni...700 biji
600 order dari bekas cikgu saya
untuk kenduri adik angkat beliau di negeri sembilan
mula mula nak tolak.tapi,tak sampai hati plak sebab cikgu ni regular customer saya
selalu order n rekomen kawan2 dia untuk order kek,apam n cheesetart dari saya
terima kasih banyak2 cikgu...bagi sokongan pada saya...
lagi 100 biji tempahan dari jiran
ada potluck kat sekolah n bawak untuk makan makan..
dengan 2 orang pembantu,alhamdulillah
terima kasih pada pembantu2 saya..
puas hati dengan hasil kerja mereka..
lepas ni boleh ajak lagila...
pembantu2 saya ni sebenarnya jiran2 saya je..kebetulan suri rumah jugak..
selalu kami bersembang pagi2 sambil sidai kain n tunggu ikan
dah macam satu keluarga dah...
harap2 hubungan kami baik sampai bila2...
lepas ni,boleh dah ambik tempahan dalam kuantiti yang banyak..sebab ada pembantu..
layan jelah gambar polka dot ye...





Thursday, July 21, 2011

biskut raya-order order..

nak update pasal biskut raya yang saya jual tahun ni..

biskut mini cheese tart.ada inti nenas kat dalam

tat nenas..

almond london

biskut semperit

biskut golden nestum-paling dapat sambutan

alhamdulillah..walaupun xde banyak sangat tempahan.tapi dah cukup memadatkan jadual harian saya...
sesiapa yang berminat nak order biskut,tempahan masih dibuka...
biskut dijamin sedap,berkualiti n bersih..tanpa penggunaan pengawet n perasa tiruan..hehe

ops!!sebelum terlupa,kepada sesiapa yang belum like page Alya Delight,jom meriahkan lagi page saya..thanks 4 ur support

Thursday, July 14, 2011

kelas kek secret recepe

lepas kenduri 9hb tu,iaitu pada 10hb,sempat jugak saya attend class secret recepe.sape lagi kalau buka chef zubaidah yang ajar...
kelas berlangsung kat kedai bakery sunflower kamunting.
3 jenis kek yang diajar.yuran cuma rm100
kelas ni hanya kelas demo,bukan kelas hands-on
layan gambar kek ya...
lapisan kek choc butterscotch cheese
kek butterscotch cheese
lapisan vanilla cheese cake
vanilla cheese cake
kek chocolate indulgence

ni gambar2 kek masa kat kelas tu.


kek yang saya buat pulak...




tengok tu alya makan sampai tak angkat kepala dah..sedap sangat la tu...

tak sabar nak gi kelas personal cake plak 23 hb ni insyaallah...

kenduri kesyukuran

alhamdulillah,selesai jugak kenduri kesyukuran sempena masuk rumah pada 9 julai lepas...dah lama plan nak buat,tapi asyik tak jadi je atas sebab kesibukan suami saya
bila suami free sikit,kena curi masa jugak untuk buat.
alhamdulillah,sempurna sudah majlis tersebut..
tak banyak gambar yang sempat di snap sebab masing2 sibuk.suami sibuk menguruskan anak2.saya pulak sibuk dengan kerja rumah
majlis dimulakan dengan bacaan Yassin,doa selamat n tahlil untuk arwah ayah n muslimin muslimat
selesai majlis bacaan yassin,jamuan tengahari
nasi putih berlaukkan daging masak merah,gulai nenas ikan masin,masak cuka ikan,ulam kangkung,pucuk ubi,silum n jantung pisang.ikan masin n sambal belacan
last minit ada plak sponsor dari jiran lama kat rumah sewa dulu.diorang sponsor bubur gandum.sangat sedap bubur cikmah buat
terima kasih cik mah n k.syah.sudi sponsor bubur untuk majlis saya
lak saya upah dari rumah lama jugak.saya masak lauk masak cuka,ikan masin n rebus ulam.sambal belacan,cik mah jugak buat...terima kasih....
tak semua adik beradik yang dapat datang
kawan2 pun ada yang tak datang
xpelah,masing masing ada urusan.yang tak datang tu,xde rezeki lah nak merasa lauk pauk kenduri ni.
yang datang tu,terima kasih banyak2 sebab sudi datang...


sekitar majlis bacaan yassin.adalah dalam 20 orang...

cenderamata untuk tetamu yang baca yassin.ada surah Yassin n gula2

selesai sudah majlis..alhamdulillah..semoga keluarga kami akan hidup dengan limpahan kegembiraan dan kebahagiaan serta diberkati Allah S.W.T.semoga murah jugak rezeki saya untuk dapat pekerjaan tetap.kalau tak dapat pun,semoga tuhan permudahkan urusan perniagaan kecil-kecilan saya..amin...