Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Apam beras Terbaekkkk!!!



nak share resipi apam soda ni..
petang tadi nampak kawan siber saya post gambar
puasa plak harini.terus rasa teringin nak buat..
mauripan xde..tadi pi kedai bakeri lupa nak beli plak...
anak2 plak tengah tidur.apalagi,start moto satla pi beli...
memang tak rugi saya try..
sangattt sedapppp
tak sedar dah sepiring habis saya makan sorang je..
punahlah diet saya harini..heheh
jom kita tengok resipinya ye...

Bahan2:-
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara:

1.masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.

2.gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.

3.blender nasi dengan air sampai betul2 hancur.

4.campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.

5.biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...

6.selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit.

7.PERINGATAN: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

*saya buat separuh adunan je..banyak dapat...
*saya tambah esen ros utk sedapkan lagi bau n letak pewarna

Wednesday, May 11, 2011

chocolate chip cookies


Bahan-bahan ( 100 biji )

* 450g tepung gandum
* 1 biji telur
* 250g mentega
* 115g gula halus
* 110g gula perang
* 100g chocolate chips
* 3 sudu besar cocoa powder
* 250g gajus(panggang dan cincang halus)
* 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
2. Masukkan telur dan pukul lagi
3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
4. Masukkan gajus dan kacau lagi
5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

biskut badam cherry

gambar xde sebab belum buat..ingat petang ni or malam ni nak buat
saya makan kat umah jiran,n rasa sedap.saya tukarla resipi ngan dia..heheh
saya pate kat sini resipinya...

bahan A
240g mentega
120g gula kastor
2 biji telur kuning
2 camca teh esen vanila

bahan B
300g tepung naik sendiri
30g tepung kastard

utk hiasan-badam nibs n ceri merah

cara membuatnya:
1.putar A hingga kembang.masukkan B dan sebatikan
2.bulatkan adunan menjadi bola kecil,coat dengan badam nib.letak atas tray n hiaskan dengan ceri merah
bakar pada suhu 170 selama 20-25 minit

selamat mencuba...

Saturday, April 9, 2011

1st class-roti

alhamdulillah,harini dapat juga pergi kelas.kebetulan harini buat roti-sweet bun
asyik terlepas je nak pegi kelas sebab xde orang yang nak tolong jaga anak.harini saya hantar anak ke umah MIL..hehe
minggu yang saya pegi cameron tu ada kelas jugak tapi xdapat pegi la kan..
yang tu kelas cupcake..
rugi betul rasa sebab tak dapat pegi
seronok jugak kelas ni..
dapat jumpa kawan2 baru
ada surirumah yang buat bisnes sambil-sambilan
ada jugak surirumah yang saja belajar untuk masak2 makan sekeluarga
ni gambar roti yang saya belajar tadi...


Saturday, February 26, 2011

kek pandan marble

lama dah tak buat entry resipi..kali ni saya nak kongsikan resipi kek marble pandan
sebenarnya jiran saya yang teringin nak makan kek ni
dia dh cuba buat tapi xjadi
so hasil carian saya kat My resipi,saya jumpa resipi kek ni..
kat sini saya paste kan resipinya..

Bahan-bahan ( 1 loyang ukuran 20cm )

* 4biji telur
* 1sdt serbuk coklat,ayak.
* 100gr gula pasir
* 1sdt ovallate
* 25ml santan pekat,saya guna santan kara dalam kotak
* 1sdt perisa pandan
* 50gr minyak masak
* 100gr tepung gandum }ayak
* 1/2sdt sebuk penaik }bersama
* beberapa titik pewarna hijau

Cara-cara

1. Pukul telur,gula pasir,&ovallate hingga kembang.
2. Masukkan ayakan tepung gandum & serbuk penaik.Kacau rata.
3. Masukkan minyak masak,kacau ra ta.
4. Masukkan santan & perisa pandan, Kacau rata.
5. Ambil 2 senduk adunan & beri serbuk coklat.Kacau rata.
6. Masukkan beberapa titik pewarna hijau pada adunan yg selebihnya. Kacau rata.
7. Masukkan adunan hijau ke dalam loyang yg dah digris.Masukkan adu nan coklat,marblekan.
8. Bakar pada suhu 180c atau bergantung pada kepanasan oven masing -masing selama 30 minit.

Sunday, January 9, 2011

wajik

Bahan2
300 gm beras pulut
150 gm gula nisan
150 gm gula pasir
2 biji kelapa diparut
1 helai daun pandan
Secubit garam
Secubit kapur (dilarutkan dengan 1 sudu teh air)



Cara
Pulut direndam selama tiga jam sebelum di toskan. Kemudian pulut dikukus dalam kukusan selama 40 minit sebelum di sejukkan di dalam talam. Kelapa parut diperah patinya dengan kain jarang.
Perah santan keduanya dengan empat cawan air. Masak gula nisan dengan satu cawan air. Manakala gula larut tapis. Secubit garam. Masak air gula merah bersama gula putih dan santan kedua. Masak sehingga air gula pekat dan berbenang, angkat dengan sudip.
Masukkan pati santan. Ketika mendidih masukkan pulut. Kacau selama 1/2 jam lagi dengan api perlahan. Masukkan 1 sudu teh kapur. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam talam yang dialas dengan daun pisang.

kuih puteri ayu


Bahan2nya

2 caw tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalatte
1 caw santan
3 biji telur
1 caw gula
sedikit esen vanila(sekiranya takda daun pandan)
pewarna
kelapa putih(digaul dgn sedikit garam)
sedikit tepung ubi(utk digaul dengan kelapa supaya tak berderai)

caranya

1.gula dan telur dipukul hingga kembang(guna mixer)
2. ayak tepung gandum dan baking powder
3.kemudian masukkan santan,tepung gandum yg telah diayak dan ovalette.
4.pukul lagi dan gaul bagi sebati.
5. masukkan kelapa kedlm acuan dan tekan sedikit.kemudian masukkan adunan kedlm acuan.
6.kukus selama 10-15min.

#sapukan sdikit minyak pd acuan supaya tak melekat
#bungkus penutup pengukus

Tuesday, January 4, 2011

Kek pisang

KEK PISANG
Bahan:
6 biji telur
1½ cawan gula halus
3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil bikarbonat soda
2 cawan pisang yang dilecek-sy guna dalam 13-15 biji pisang emas
½ sudu kecil esen pisang
1 cawan minyak

Cara membuatnya:
Pukul telur dengan gula hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan pisang sambil dikacau rata.
Akhir sekali masukkan minyak dan esen pisang sambil dikacau sebati.
Tuang dalam loyang yang disapu majerin & tabur sedikit tepung terlebih dahulu & bakar pada suhu 175C sampai masak (40-50min).

Brownies lapis cheese


resipi
*500g campuran brownies kukus
*4 biji telur gred B
*100ml minyak masak
*200ml air
*5g baking powder
*5g soda bikarbonat

**inti cream cheese**
250g cream cheese
60g gula castor
1 biji telur gred A
50ml air

Cara-cara

campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit

**untuk inti**
campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)

##cara lapis##
masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar.



bahagi 4..1 untuk hubby bwak skolah,Hussna bawak skolah,abang nak balik kl hari ni,saya ngan alya sikit..mak??mak xsuke kek ni..kek biasa je dia..yg lain xlayan...
memang maveles!!!
hubby pun duk sebut2 ja
sedap!!!

Sunday, December 26, 2010

Nasi Tomato


dah lama teringin nk masak nasi tomato.dh lama jugak beli tomato soup tu..
harini baru berkesempatan nak masak
saya tepek resipinya ye:

1kg beras
4sd plnta

bhn2 A
2inci kulit kyu manis**
1kntm bnga lawang*
2bj buah pelaga*
8kntm bnga cengkih*
1nci halia d'ketuk*
setengah tin tomato soup heinz
air secukupnya
1/2 tin susu krimer sejat/susu cair
1/2 labu bwng bsr d'hrs*
garam sckpnye~


cara mnbyat:
pnskn plnta,tumiskn bhn A* smpai naik bau..
mskkn bhn A~ biarkn smpai mnddih
mskkn beras,msk smpai msk

ayam msk merah yg smple

7ktl ayam(gaul knyt n garam-goreng dl)
2labu bwng bsr*
2ulas bwng pth*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*-xde jadi tak letak jugak
3btng serai*(blend bhn *)
3sd cili giling
setengah tin tomato soup heinz(habiskan baki yang guna untuk nasi tadi
panskn myk n
tumis bhn2* n cili giling smpai garing
mskkn ayam,sos,cket air n perasakan dengan garam n gula..msk smpai msk.
angkat n hidang.

nasi tomato+ayam masak merah+jelatah

''slmt mncuba''

Friday, December 24, 2010

masak lemak labu + kangkung



tak tahu nak masak labu ni..google2,p.cik google bwk ke http://hanieliza.blogspot.com/.
saya paste kat sini resipinya...

MASAK LEMAK LABU & KANGKUNG

Bahan
500 gm labu kuning berkulit hijau [muda]
500 gm sayur kangkung
1 s/b udang kering
2 tangkai cili merah
2 cawan air
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 labu bawang besar
garam

Cara
1. Labu dibuangkan biji dalamnya. Potong kecil. [Sekiranya labu tua kulitnya hendaklah dibuangkan]
2. Kangkung dibersihkan dan potong pendek.
3. Masukkan labu, bawang, udang kering, air dan garam dalam periuk. Masakkan sehingga mendideh dan labu lembut.
4. Masukkan santan pekat dan cili merah.
5. Masakkan sehingga mendideh sambil mengacau kuahnya perlahan-lahan.
6. Tutup api dan hidangkan dengan nasi.

Sunday, November 21, 2010

apam pelangi




Bahan-bahan


2 biji telur
1 sudu teh ovellet
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum
150 gm gula halus - hana cume buh 90g je
125 ml santan kara
1 sudu teh baking powder
garam secubit
pewarna


Cara-cara
Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.

Thursday, November 4, 2010

choco cheese marble cake



Resepi:

Bahan A
180 gram mentega
170 gram gula kaster
3 biji telur
20 gram serbuk koko, diayak
120 gram tepung naik sendiri, diayak (saya guna tepung gandum)
1 sudu teh baking powder, diayak (saya tambah lagi sesudu sebab tak guna tepung naik sendiri)

Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara:

1. Pukul butter and gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Gaul rata. Adunan dibahagikan kpd 2 bahagian. (derhaka, sebab suka hati tambah 100ml susu segar masa memukul adunan & tak bahagi kepada 2 bahagian :P)

2. Dalam bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.

3. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang. Tuangkan baki adunan A. (derhaka lagi, saya selang-selikan adunan ni :P). Perlu diingat bahawa loyang perlu dilengserkan terlebih dahulu. Kalau tak mau, sila letak baking paper.

4. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang. (saya guna kaedah steam bake yang saya suka tu :))


resipi ni saya dapat dari kak Suealeen..kawan dari RH..memang sedap kek ni..rasanya lemak2 gitu..dapat seketul bahagi 3 untuk rumah,anak bawak ke taska n bagi BS sikit..kejap je licin..

p/s:corak marble yang saya dapat ni tak secantik yang kak su buat..kena praktice lagi ni..

Saturday, July 10, 2010

best muffin blueberry


resipi kali ni lg sedap dari haritu..senang juga nak buat..

Ingredients :

3 cups flour
1 tablespoon baking powder
1/2 teaspoon bicarbonate soda
1/2 teaspoon salt
5 oz butter, softened (lebih kurang 75gm)
1 cup sugar
2 large eggs
1 1/2 cup plain yoghurt
1 teaspoon grated lemon peel (I didn't put)-tak letak jugak
1 1/2 cups frozen blueberries (I used blueberries fruity)

Method :

1. Preheat oven to 175C.
2. Whisk together the flour, baking powder, bicarbonate soda, salt and set aside.
3. In a large mixing bowl, cream butter and sugar together until fluffy. Add eggs one at a time. Mix in grated lemon peel.
4. Into the cream mixture, add the dry ingredients alternately with the yoghurt until just incorporated.
5. Fold in the berries.
6. Bake until muffins are golden brown, about 25 to 30 minutes.
7. Set on wire rack to cool for 5 minutes. Remove muffins from the tin and serve warm.

selamat mencuba...

Saturday, June 26, 2010

ikan masak cuka


Dh banyak hari tak de idea nak update blog..hari ni nak update pasal resipi..resipi kali ni masak cuka ikan..saya dan suami memang suka sangat makan masak cuka ni..kalau kenduri kecik- kecik kat tempat saya memang akan ada masakan ni..Untuk masak cuka ni,banyak jenis ikan kita boleh pakai..antaranya ikan seludu,ikan tenggiri,ikan tongkol,ikan sela,ikan kembong pun boleh..kalau ada jenis ikan yang lain lagi tak tahu pula saya..jom kita tengok resipinya macamana...

Bahan-bahannya
2 biji bawang besar ...
5 batang serai
halia sebesar & sepanjang ibu jari saya
(semua bahan ni dimayang)
6-7 ulas bawang putih (belah 2 je, tak pun takyah langsung pun ok)
1 sudu besar halba campur
1-2 batang cili hijau
Cuka makan..ops,bukan cukagetah tau!!cuka getah tak boleh makan..
4 ekor ikan
Garam dan gula secukup rasa

1. Tumis je semua bahan yang dimayang termasuk bawang putih dan juga halba sampai naik bau.

2. Masukkan cuka secukup masam la. Jangan terlebih masam nanti rasa tengik plak. Boh air. Ikut suka jugak nak boh berapa banyak.

3. Masukkan cili hijau. Patutnya cili hijau ni hiris menegak. Tapi saya taram saja sebab ada sebiji je.

4. Masukkan ikan. Boh garam, boh gula. Saya boh gula 2 sudu besar. Garam satu sudu teh.

5. Balik²kan sat. Biar mendidih. Tutup api.


ok..selamat mencuba...

Monday, May 31, 2010

Muffin Blueberry

hari ni nak buat entry resipi plak..maklumla housewife kan,kalau tak mencuba resipi baru rugila kan??lgpun,Almaklumla dh ada oven baru ni,kenala rajin skit..nak tambat hati suami..hehe.Jom check it out..

Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4.Bahagikan bancuhan kepada 2 bahagian.1 bahagian campurkan dengan blueberry filling
5. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin

Resipi diambil dari sis izzah daud.thank u ye sis atas tunjuk ajar..lps ni ingat nk try kek lapis kopi lak.nampak mcm best..
taraa,dah siap pun..nampak sedap tak??
Budak mucuk baru bangun tido..terus nak mamam..

Anak2 saya ni memang kuat makan.kena sentiasa ada makanan..tambah kalau baru bangun tido,memang nak mamam je..terutama si Alya.tengok badan kecik,tapi makan kuat..sekian..