Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 21, 2010

apam pelangi




Bahan-bahan


2 biji telur
1 sudu teh ovellet
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum
150 gm gula halus - hana cume buh 90g je
125 ml santan kara
1 sudu teh baking powder
garam secubit
pewarna


Cara-cara
Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.

Thursday, November 4, 2010

choco cheese marble cake



Resepi:

Bahan A
180 gram mentega
170 gram gula kaster
3 biji telur
20 gram serbuk koko, diayak
120 gram tepung naik sendiri, diayak (saya guna tepung gandum)
1 sudu teh baking powder, diayak (saya tambah lagi sesudu sebab tak guna tepung naik sendiri)

Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara:

1. Pukul butter and gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Gaul rata. Adunan dibahagikan kpd 2 bahagian. (derhaka, sebab suka hati tambah 100ml susu segar masa memukul adunan & tak bahagi kepada 2 bahagian :P)

2. Dalam bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.

3. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang. Tuangkan baki adunan A. (derhaka lagi, saya selang-selikan adunan ni :P). Perlu diingat bahawa loyang perlu dilengserkan terlebih dahulu. Kalau tak mau, sila letak baking paper.

4. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang. (saya guna kaedah steam bake yang saya suka tu :))


resipi ni saya dapat dari kak Suealeen..kawan dari RH..memang sedap kek ni..rasanya lemak2 gitu..dapat seketul bahagi 3 untuk rumah,anak bawak ke taska n bagi BS sikit..kejap je licin..

p/s:corak marble yang saya dapat ni tak secantik yang kak su buat..kena praktice lagi ni..

award from k.izzah



thanks pada kak izahdaut sebab sudi bagi award ni..yeay!!bertambah lagi koleksi blog saya..yeeha!!!so,saya nak jemput pada blogger2 yang follow blog saya untuk ambil award ni..sudi2 kan ye...

Tuesday, November 2, 2010

handphone baru..yeay!!!

weekend lepas setelah 2-3 kali survey,akhirnya handphone ni jadi milikku jugak..ngeeee

model C6-Nokia

husband punya plak

model Nokia E5

huhu..habis duit kutu aku selama setahun..xpela,next year main lagi untuk beli benda len plak..hehe

Saturday, October 30, 2010

cocoa collagen power plus

saya tengah mencari2 supplement utk cergaskan badan di samping makan MAB.baru ni ada la sembang ngan kawan n dia bgtau yg dia amalkan makan CCPP ni..teringin plak nak try..lepas saya baik demam ni,badan terasa sangat cepat letih n tak bermaya..nanti dah mula skolah balik,takut penat..kat sini saya nak syer tentang kebaikan CCPP ni..kalau ada sesaper penah try,jomla share ngan saya..

Sesuai diminum untuk:
*ibu-ibu selepas bersalin(untuk penyembuhan dalaman-cepat kecut)
*wanita yang sudah berkahwin
*wanita yang belum berkahwin
*wanita yang mementingkan kecantikan dalaman dan luaran
*wanita yang mementingkan kesihatan


P/S dilarang sama sekali untuk wanita yang mengandung dan kaum lelaki.



Kembalikan Keremajaan Wanita
Produk terbaru dan paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman. Koko Pracampuran adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat.

Kandungan Cocoa Collagen Power Plus
1. Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.

2. Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.

3. Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.

4. Krimer Bukan Tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.

5. Dextrose Monohydrate - Melambatkan proses penuaan

6. Oligo Saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.

Kebaikan dan Khasiat
1. Membantu mengimbangi hormon
2. Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
3. Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
4. Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
5. Melambatkan proses penuaan
6. Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
7. Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
8. Mencerahkan kulit secara semulajadi
9. Memberikan tenaga
10. Membantu mengurangkan keguguran rambut
11. Melancarkan peredaran darah dalam badan
12. Mengimbangi berat badan
13. Meningkatkan daya penghadaman
14. Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot

Cara Pengambilan
- Cocoa Collagen hendaklah di sediakan atau di bancuh dengan air panas/air suam supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut.
- Minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam.
- Seeloknya makan malam pada jam 6.30 petang
- Boleh juga diminum 2 kali sehari. Tetapi sudah memadai hanya satu sachet sehari untuk merasai perbezaannya.

Penggunaan
1. Semua wanita berumur dari 20 tahun ke atas (sudah berkahwin/belum berkahwin) boleh mengamalkan pengambilan cocoa collagen ini.
2. Ibu-ibu lepas bersalin (amat digalakkan untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman)
3. Dilarang sama sekali untuk wanita yang mengandung & juga lelaki


Maklumbalas Pengguna Selepas Mencuba CCPP
Minggu Pertama : Badan lebih bertenaga & cergas, kulit muka yang kering menjadi lembab & pengecutan jerawat, tumit kaki yg pecah kembali pulih, denyutan di payudara, susu badan bertambah (bagi ibu yg menyusukan anak).


Minggu Kedua : Kulit muka menjadi kemerahan & berseri, payudara lebih tegang, terletak & bulat, susuk tubuh lebih kemas & tidak menggelebeh


Minggu Ketiga : Berat badan berkurangan (bagi pengguna jenis gemuk air), wajah kelihatan lebih muda & kulit lebih anjal, faraj lebih ketat & rapat.


** Kesan yang diterima adalah berbeza mengikut individu

Thursday, October 28, 2010

Demam Virus

seperti yang telah saya ceritakan sebelum ni,kami 3 beranak demam..balik je dari Ipoh lepas interview,saya pulak yang demam..mula2 ingatkan sebab saya tak makan nasi haritu..cuma makan laksa..kot je la kan..sbb laksa kan tak berapa elok..urat kembang..

keesokan paginya,saya cadangkan pada suami untuk bawak anak buat blood test kat klinik kesihatan..sebab saya pun memang nak ke klinik untuk dapatkan M.C..suami pun setuju untuk bawa n dia terpaksa ambil cuti rehat sbb dh m.c 2 hari..

agak awal kami sampai kat klinik.tapi orang dah ramai dah..3 nombor ambik sebab 3 orang nak jumpa Doktor..2-2 anak saya suruh Dr buat blood test sbb Husna dari isnin lagi demam n Alya sejak selasa..menjerit2 Husna bila M.A ambik darah..sakit agaknya sebab jarum yang diorang gunakan sangat besar..orang tua punyer jarum ok..Alya nangis jugak tapi xsekuat Husnala.walaupun tempat keempat ambil,baru dapat.kesiannya Alya..kuat sungguh dia tahan sakit..agaknya mengada je lebih dak Husna ni..result darah Husna punyer ok..tapi Alya...






kalau anda perasan,dekat platlete darah tu kurang.sepatutnya 150 ke atas..Dr pun buat surat refer untuk masuk wad..tengok suami pun diam je.saya terus bersuara untuk hantar anak ke hospital private..xnak meyesal untuk kali ke 2 masa alya kena jaundice haritu..Dr pun tak kisah n terus cancel panggil ambulance..sempat dulu kami balik rumah n ambil apa barang yang patut..

sampai ke Hospital,Dr ambil keputusan untuk buat lagi skali blood test.Dr cakap klinik buat tadi,tak detail.kami pun ikut je apa yang terbaik..n keputusannya....




tengahari tu juga dapat result..memang detail resultnya.tak macam yang dah ambik kat klinik sebelum ni..Dr sahkan Alya kena virus Influenza A+..tersentap saya mendengar keputusan tu..seterusnya,Dr nak ambil ujian Swab(guna cecair hidung)untk confirmkan samada H1N1 atau pun tidak..esoknya(sabtu)baru dapat result..memang berdebar je jantung nak menunggu keputusan ujian tu..

Sabtu tu,dapat result...sah!!H1N1 positif..rasa macam nak pengsan pun ada bila dengar Dr bagitau..tapi apapun,saya dan suami redha..memang tak sangka langsung Alya boleh dapat jangkitan..entahlah..Blur...

hari tu jugak Dr mulakan ubat untuk H1N1..ubat tu kena makan selama 5 hari..dalam pada jaga alya kat wad,saya pun demam juga..esok nya saya pun ambil juga ubat untuk tu sebab simptom2 memang ada..Husna saya minta suami hantar ke rumah MIL.takut berjangkit(walaupun Dr dah cakap,sbnrnya,1 family saya dah kena)suami saya maintain je sebab dia ada ambil vaksin untuk H1N1..memandangkan Husna dah tak demam,saya biarkan dulu..hari ahad,Alya dah dibenarkan discaj..

Isnin,demam saya bertambah teruk walaupun saya dah mulakan ubat..rasa sangat sakit demam ni..1 badan terasa panas yang amat sangat.panas tu sampai melekat haba pada baju yang kita pakai..nak tidur tak boleh sebab kepala sakit yang amat sangat.time tu plak terfikir.kuat Alya boleh tanggung sakit ni..Dia tidur je..tak banyak merengek..bangun sekejap,makan n tidur balik.Bila tidur plak nak kita peluk n tepuk.baru lena dia tidur..

Isnin petang,Husna demam balik,cepat2 suruh suami bawa jumpa Dr untuk mulakan ubat.Dr check,banyak kahak n buat X-Ray..alhamdulillah xde apa2 pada peparu dia..teruskan ubat je kat umah n kami bertiga kena kuarantin selama seminggu..Harini,khamis Alhamdulillah,kami bertiga dah beransur sihat cuma kepala saya masih ada pening.mungkin kesan demam yang terlalu panas haritu..masih terasa lagi...nasib baik juga dapat M.c seminggu.dapat la rehat..

Alya n Husna pun dah main macam biasa..aktif sangat..Alhamdulillah...fobia rasanya nak bawa anak berjalan ke luar lepas ni..2 minggu Husna cuti skolah..Ahad ni dia ada konvokesyen..esok boleh la dia ke sekolah..kesiannya dia..badan dah makin susut..Alya pulak walaupun sakit,badan dia tak susut sebab lalu makan..suap je apa,semua dia makan..

bila anak2 sakit,rasa sedih sangat tengok mereka terbaring je..sunyi je rumah..lalu kat taman,nangis teringat diorang..kalau sihat,mesti bising suruh berenti nak main..tapi xpelah,saya redha dengan ujian tuhan ni..ada hikmahnya..sayang saya pada anak2 makin kuat..Alhamdulillah....layan gambar Alya





Monday, October 25, 2010

interview

macam saya dah cite kat entry sebelum ni,khamis lepas saya dah menghadiri temmuduga untuk dapatkan KDC..harap2 berjayalah..kalau tak berjaya,bukan rezeki lah namanya kan..so,kena redha walau apa pun keputusannya.yang penting,saya dah berusaha sedaya upaya saya untuk menjawab yang terbaik..

sesi pertama bermula pukul 9 pagi.Soalan Insak.ada 135 soalan dan perlu menjawab dalam masa 30 minit..soalan ni agak susah pada saya sbb selalunya jawapan A dan B hanya setuju n Tidak setuju.tapi yang ni,dia tanya situasi plak..adoiii

contoh soalan:anda terjumpa duit di tepi jalan,apa yang akan anda lakukan??
A)anda menyimpan dulu duit itu
B)anda terus menyerahkan ke rumah kebajikan

haaaa.kan susah tu nak jawab..jawapan anda bagaimana???seingat saya soalan ni memang ambik soalan Mtest mac lepas..saya ingatla sbb saya pun ambik mtest ni haritu..heheh...

sesi ke 2 plak perbincangan berkumpulan.1 kumpulan ada 7 orang.sorang je lelaki.tajuk perbincangan yang kami dapat ialah Guru umpama lilin menerangi dan guru ibarat kasturi yang mengharumi..so,kami semua pakat goreng jela..Alhamdulillah,semua ahli kumpulan dapat bekerjasama dengan baik..sampai terlebih masa kami ambil..haha

sesi ke 3 plak,individu..mula2 masuk dia tanya anak dah brapa org??kawen umur brapa..sempat plak dia membebel sbb saya kawen muda..(dalam hati,suka hati la penemuduga tu nak cakap apapun..haha)so,dia tanya macamana uruskan masa belajar semasa dah berkahwin..n utk english dia tanya what the meaning of pollution,type of pollution,how pollution effect our live..tu je...penat je saya baca pasal bajet,NKRA bagai..tak tanya langsung..

lagi 1,mungkin sebab hari tu hari terakhir temuduga..dia dah malas ke apa...kita tunggu result je nanti ye..tunggu....

banyak nyer nak update...

lama tak update blog ni..sblm ni sibuk study utk interview..sambil sibuk sibuk study tu sambil duk melayan Husna dan Alya yang demam..hari ahad Husna start demam..hari selasa plak Alya plak demam panas..memang dugaan sungguh.mana nak study lagi,nak melayan anak lagi..nasib baik lah suami sangat membantu..terima kasih abang...

hari rabu,anak2 masih demam dan muntah2.saya tak boleh nak cuti sebab baru sangat lagi.so,suami yang ambik cuti utk jaga anak2 n bawa ke klinik..1st time tau suami bawak anak2 pegi klinik tanpa saya..Dr pun tanya,mana ibu??heheh..rasa macam tak percaya pun ada sbb dia boleh bawa anak2 ke klinik tanpa saya..can't imagine...

Hari khamis,awal2 lagi dah anta Husna ngan Alya ke rumah mak pah sbb saya nak ke ipoh untuk interview..walaupun budak2 masih demam..petang baru balik n ambik diorang..balik petang tu plak,saya demam sampai ke malam..jumaat,apalagi M.C la...masa ambik M.c tu,saya bawa anak2 skali utk buat blood test..risau jugak sbb lama sangat diorang demam..sblm ni tak pernah pun lama macam ni..

bedasarkan blood test tu,Husna punya ok..Alya yg ada masalah..so,dr bagi surat utk admitted ke hospital.saya terus bawak alya ke hospital columbia n dr buat blood test skali lagi..memang kpts blood test berbeza dr yg klinik kerajaan buat tadi..

sabtu,berkampung di hospitalla...ahad petang baru balik..ok.dah update secara ringkas..nanti sy detailkan ye..babai...

Friday, October 8, 2010

dah takdir dia jadi pendidik...

entry ni bukan untuk saya tau..tapi untuk encik suami..masa kat sekolah dia tadi,jumpalah dengan bekas guru2 suami dulu..ada la 2-3 orang.ada sorang ni,bila sembang ngan dia,rupanya dialah cikgu yang suatu ketika dulu memujuk suami sampai datang kerumah sebab nak pujuk suami masuk matrik..lps SPM,suami dapat 2 tawaran.ke matrikulasi n maktab perguruan..suami pilih masuk maktab sebabnya bila keluar,dah tentu ada kerja n 1 lagi,memang minat dia n MIL nak sangat dia jadi cikgu..

menurut cikgu tu tadi,dia nak azlan cepat naik gred ke gred 52 katanya..kalau ke matrik,cepatla naik..kalau maktab,memang lambat la naiknya..tapi,dah rezeki dia untuk jadi pendidik..redha je la.....

Thursday, October 7, 2010

Alhamdulillah..berjaya akhirnya

Alhamdulillah..esok dah kena lapor diri kat SMK Simpang..gembira sebab dapat juga keje ngan gomen..tak gembiranya sebab dah tak leh lepak2 macam dulu kat umah dah..huhu..anak pun lepas jugak ke tangan pengasuh...

ingatkan akan dapat SMK redang Panjang sbb area umah saya dekat sini je..lagipun dapat 1 skolah ngan abang sulong..hehe.xpelah,SMK simpang pun ok sbb sek lama suami dulu2..hehe

Rasa bertuah pun ada sebab daerah LMS ni uma 10 orang je yang berjaya..Alhamdulillah...dalam 10 orang tu,sorang je lelaki..tengok betapa kecilnya nisbah kaum lelaki sekarang..

satu cabaran lagi yang kena tempuh Pendidikan Khas kat sekolah ni baru nak wujud,so,everything kena buat baru..harap2 dapatla saya bekerja dengan jayanya..

kawan2 doakan saya ye...

Wednesday, October 6, 2010

sanggup kah aku???

tak tahu nak luahkan macamana..tapi dalam hati kecil,nak sangat kerja ni memandangkan memang cita2 sejak kecil lagi..tapi sanggupkah aku berpisah dengan anak2 ku yang selama ini tak pernah berpisah tidur..terutamanya Alya...tiap kali tidurkan dia,air mata ni mengalir.bagaimana nanti kalau aku tidak disisinya di kala waktu Alya nak tidur..anak yang menyusu ibu ni lain sikit gayanya...Husna dah besar,dah faham..tapi Alya macamana??uwaaaa

walaupun belum tentu dapat..tapi rasa macam akan dapat je..huhuhu..kalau ada rezeki,adala...tapi seandainya tiada rezeki,pasti ada hikmah disebaliknya...

semoga dipermudahkan segalanya..amin...

esok kena panggil lagi..semoga dipermudahkan segalanya..Amin..semoga tercapai cita2 ku selama ini...

Thursday, September 23, 2010

buat hal pulak....

tengok tajuk suspen je....
ingatkan mende la buat hal plak ye..
mesin basuh yang buat hal..baru guna 3 tahun lebih..agaknya ganas sangat kot tangan yang menggunanya..heheh..nak putar ok je tapi tak boleh nak spin.susahla nak basuh CD alya..lambat kering walaupun panas terik.panggil tukang repair,tukang repair cakap getah apa ntah rosak.kena tukar.kalau tukar mahal then akan rosak balik nanti..kesimpulannya,tukar baru jela...

ni la model yang rosak tu..SHARP..

replace dengan yang ni


ambik yang fully auto n 15 kg..puas hati..lepas ni 3 hari skali basuh baju..hiks.nak basuh toto pun xde masalah dah..brand toshiba.brand ni jimat letrik 40%.kalau brand panasonic panggil inverter la.yg ni panggil ape ntah tak ingat dah..harap2 lepas ni xdelah barang rumah yang akan rosak lagi sebab nak simpan duit utk masuk rumah lagi nanti...kalau tak nanti botak kepala encik hubby..hehe

alhamdulillah..dh ok sikit dah..



ni gambar terbaru una..nampak dah ok sikit dah...

Wednesday, September 22, 2010

happy birthday to me n hubby

hari ni genap umur saya 25 tahun...muda lagi..hehe.dah setengah abad dah pun..terima kasih mak kerana melahirkan saya kedunia ini..terima kasih juga pada hubby kerana sudi menjadi sebahagian dari hidup saya..love u so much!!!
Biasanya tak celebrate kat umah.makan2 kat luar je.birthday hubby 18 hb lepas.so,memang blh sambut skalila..kali ni sambut kat umah..beli kek,masak pulut kuning n rendang..

Tuesday, September 21, 2010

kuarantin

lbh kurang 3 hari lepas,husna mengadu gatal2 kat belakang tengkuk.ingatkan gatal2 biasa je..sapu cream.lama kelamaan naik macam ni

Nampak terukkan??tak tahu kenapa.tapi saya rasa sebab buah rantai bila husna tidur,melekap dikulit.bila husna garu,lama2 tu yang jadi macam tu..HUsna ni memang kulit dia sensitif sikit.petang semalam bawak pegi klinik,klinik plak dah tutup.bawak ke farmasi je...dapat ubat ni..

dapat ubat cuci luka,cream sapu plus antibiotik n ubat makan utk tahan sakit.nampaknya harini dah kering n nampak ok sikit dah...

disebabkan tu,saya terpaksa kuarantinkan husna dari kawan2 sekolah dia..bukan apa,takut berjangkit nanti naya plak budak2 lain..HUsna belajar kat umah je la sayang.tunggu baik dulu,baru pegi sekolah semula...

Monday, September 6, 2010

What happen to me????

dah lama tak update blog..tension sebenarnya dengan template blog ni..nyesal sungguh tukar template haritu..bila tengok blog kawan2 rasa saaaangatttt jeles..mcmana nak letak gambar kat atas tu>>tu pun masih tak pandai..dah cuba belajar nak buat tapi tak jadi..itula sebabnya xde mood nak update blog..kalau dulu setiap kali on9 mesti nak bukak blogv..sekarang ni malas sangat dahhhh...anyone can help me to change back my template n backgrond blog tu the new one like yours..huhuhu..cedihnyeeee

Tuesday, August 31, 2010

ke busy an melampau

lama tak update blog yang tak seberapa..sibukkkkk sangat 2-3 hari ni utk siapkan tempahan biskut raya..Alhamdulillah,berjaya juga siapkan akhirnya..sekarang tengah pulun buat biskut raya untuk rumah plak..4 rumah tau nak kena supply..huhu..
next week hubby dah kena masuk maktab.nasib baik 3 hari je..ahad smpai selasa..Insyaallah rabu boleh balik kampung kat ipoh..balik awal ni sempatla kot shopping kali terakhir..hikhik..bukan utk saya ye..utk alya n Husna..kasut Alya belum cari lagi..Utk Una plak nak tambah lagi 2-3 pasang lagi jeans n t shirt..
ok..jumpa lagi ye..actually,banyak nak update sebenarnya tapi tak de masa ma...babai...

Wednesday, August 25, 2010

jom beli minyak wangi

yang terbaru,saya bantu husband plak jual minyak wangi ni...



Terdapat 18 jenis haruman inspirasi dalam botol tunggal 8ML yang boleh dibawa solat.

FOR HIM
M1-INSPIRASI OLEH CALVIN KLEIN-CK ONE
M2-INSPIRASI OLEH CHANEL-ALLURE MEN
...M3-INSPIRASI OLEH DUNHILL-DESIRE RED
M4-INSPIRASI OLEH GIORGIO ARMANI-ACQUA DI GIO
M5-INSPIRASI OLEH HUGO BOSS-ENERGISE

FOR HER
W1-INSPIRASI OLEH BS-MIDNIGHT FANTASY
W2-INSPIRASI OLEH BODY SHOP-APPLE BLOSSOM
W3-INSPIRASI OLEH CALVIN KLEIN-EUPHORIA
W4-INSPIRASI OLEH CHRISTIAN DIOR-MIDNIGHT POISON
W5-INSPIRASI OLEH CHARACEL-AMOR AMOR
W6-INSPIRASI OLEH CHRISTIAN DIOR-JADORE
W7-INSPIRASI OLEH ESTEE LAUDER-PLEASURE
W8-INSPIRASI OLEH HUGO BOSS-WOMEN BOSS
W9-INSPIRASI OLEH JL-LIVE
W10-INSPIRASI OLEH LAMCOME-MIRACLE
W11-INSPIRASI OLEH PH-HEIRES
W12-INSPIRASI OLEH RALPH LAURANCE-ROMANCE

HARGA:
1 KOTAK :RM22

POS LAJU RM6

Disebabkan keterujaan beliau tengok syoknya saya berniaga,dia pun nak jugak..xpe,bagi dia peluang..sambil2 saya promote barang saya,saya promote la barang dia skali..ok tak??heee(kena mintak komisen ni..)

so,pada sesape yang berminat boleh call saya ok..salam ramadhan...

Sunday, August 15, 2010

Premium beautiful

2 minggu lepas saya be li ni
korset premium beautiful

Actually dr 2008 lagi suami dah suruh beli ni tapi saya rasa xperlu kot masa tu sbb saya lebih pentingkan penapis air dari yang ni..sekarang dah ada penapis air,ada rezeki tu yang beli ni plak..kat sini saya share kan sikit pasal korset ni

(FIR) terbukti memberi nafas baru dalam kesihatan, kecantikan dan keanggunan. membentuk kontur keseluruhan bentuk badan yang menarik, langsing dan seimbang.

Membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang.

Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.

Kelebihan kualiti kain Premium Beautiful :-

Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.

Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.

Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.

Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.

Testimonial yang menunjukkan telah memulihkan/ memperbaiki keadaan segugut, gastrik, sakit tulang belakang, dan penyakit perempuan yang lain.

Wanita masa kini telahpun menapak lebih jauh sejajar dengan arus pembangunan. Kalau dulunya surirumah, tetapi kini rata-ratanya bekerja, malah memegang jawatan tinggi setanding dengan kaum lelaki.

Kesibukan kaum wanita terhadap tugasan harian kadangkalanya boleh menyebabkan penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan terabai. Inilah puncanya tubuh nampak tidak bermaya, pucat, lemah, lesu dan sebagainya.

Saya percaya setiap wanita pasti inginkan tubuh badan yang sihat dan menarik. Sememangnya itu adalah sifat dan fitrah kaum wanita. Walaubagaimanapun, bukanlah semua wanita itu cantik dan menarik, tetapi sebaliknya. Ada saja yang tak kena, ada yang langsing, tetapi rupa paras yang penuh jerawat, pucat, kulit kering dan berminyak atau sebagainya. Ada yang cantik rupa parasnya tetapi masalah berat badan berlebihan pula. Ada yang kurus, tetapi aset yang ada tidak menarik. Lebih-lebih lagi yang sudah melahirkan anak. Contohnya, payu dara yang dahulunya montok, kini “jatuh”, pinggul yang dahulunya mengancam, kini “jatuh“, perut yang dahulunya kempis, kini berlapis-lapis, “jatuh“. Adakah kita nak biarkan ianya jatuh...jatuh dan jatuh tanpa diangkat kembali? Sudah pastinya tidak.

Sedarlah wahai kaum wanita, betapa pentingnya penjagaan kesihatan tubuh badan. Bukan sekadar untuk badan yang cantik sahaja, malah penyakit kronik juga harus di cegah sebelum parah. Tahukah anda penyakit barah payu dara adalah pembunuh nombor 1 kaum wanita?

Apa yang ingin saya ketengahkan ialah produk kesihatan dan kecantikan “Premium Beautiful” yang merupakan set pakaian dalam wanita yang boleh mendatangkan seribu satu macam kebaikan. Ianya terdiri dari coli panjang, bengkung pinggang, dan seluar dalam panjang. Set ini juga telah digilai ramai memandangkan keberkesanannya serta harganya yang berpatutan.

Selain itu juga, “Premium Beautiful” diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan berteknologi tinggi sehingga mendapat pengiktirafan daripada badan kesihatan dunia, antaranya The American Chiropractic Association, The Canadian Chiropractic Association dan The Chiropractic Association of Quebec.

Alamilah pembaharuan pembentukan badan dengan pakaian dalam terhebat dan terlaris di Malaysia.

korset ni memang sesuailah dengan saya yang tengah berdiet sekarang..suami pun pakai bengkung..hehehe..memang bestla..gemuk pun xpe,janji ada shape..

p/s:kalau ada sesape yang berminat blh contact saya ye..adik saya buat bisnes ni..hehe.ada diskaun menarik menanti..