Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 13, 2011

Lost world

sabtu baru ni saya n suami bawa anak jalan2 ipoh
tak de hari lain dah nak pegi selain hari tu
lagipun cuti skolah pun dah nak habis
mula2 shopping kain pasang untuk baju raya kat Riamoda
saya beli 4 pasang kain untuk saya
salah satu nya,belikan untuk anak sekali
tahun ni nak pakai sedondon
2 pasang plak baju melayu untuk incik suami
boleh lah tempah awal2
takut nanti taylor dah taknak terima
sebelum ni saya dah beli 4 pasang kat Nagoya n 3 pasang online
bagi kat mak 2 pasang.untuk baju raya mak
ada jugak yang saya jahit untuk pakai sebelum raya
hehe..kotla,nak pi kenduri ke apa,bolehla pakai..
lepas shopping2 bawak plak anak2 mandi kat Lost world
tempat yang sangat2 anak2 suka
mak n abahnya pun suke jugak..hiks
sampai taknak baliklah budak2 tu..
janji pukul 5 mesti keluar dari situ
tapi pukul 6 baru keluar
dengan husna menangis2 tak nak balik
alya pun sama tapi tak nangis plak budak tu sebab dia ngantuk..
sebelum balik,pusing2 lagi plak.nak beli pasu
nak pindahkan pokok duit2 yang saya beli kat cameron haritu
jumpalah kedai tu
beli 2 biji je
pasu ni berat,so beli sikit2 je
nanti bila2 datang,boleh beli lagi
ingat nak cari bunga untuk hiasan kat rumah.
tapi,dah lewat.xsempatlah
lain kali je la...
saya kena balik awal sebab ada tempahan kek n apam nak kena buat
sampai rumah dalam pukul 9 lebih
kemas2 sikit,uruskan anak2,terus masuk dapur
siapkan tempahan...
layan jelah gambar budak2 tu ye..hehe

baru sampai n dah siap tukar baju siap2.alya lgsg xnak pandang kamera..duk asyik tengok air..

baru masuk lam air..alya macam takut2 lagi..
alya ngan abah

alya tengah tengok tiger.tapi bila nak snap,dia malu2 miau le plak..

Husna sedih nak tinggalkan tempat mandi..hehe

Wednesday, June 8, 2011

my world

Dunia surirumah macam saya ni,mestilah family n rumah kan..
tempat lepak-surf internet,tengok resipi..semua resipi saya ada dalam pc..ada jugak kat fb.tak copy pun kat tempat lain..tengok tv3 je..sbb pakai area dalam..dengar radio..hehe.kdg2 sy tengah masak,anak2 beraktiviti kat sini.tengok buku,tengok vcd or apa2 jelah

ni plak tempat saya membaking..heheh.mencuba resipi baru..dalam kabinet tu penuh dengan barang eletrik untuk membaking macam oven kecik,breadmaker,mixer blender,toaster n macam2 ada..hehe

ni plak dapur basah...untuk memasak..

abaikan susunan rumah yang tak berapa teratur tu ye..
reriously,memang saya tak pandai nak mengemas.huhu
asal nampak besih,ok dah..hehe
kalau ada idea untuk ngubah apa2,bagitau je ye..
hehe

Friday, June 3, 2011

kek birthday-order from cikgu Ros



malam tadi,dapat call dari cikgu Hasnida,cikgu saya dulu.minta buatkan kek harijadi untuk anak kawan dia
nak tolak pun,tak sampai hati
sbb malam tadi saya dah ada 3 biji kek nak buat
so,barang pun dah ada.saya pun buat jela..
pelanggan setia saya cikgu hasnida ni..hehe
terima kasih cikgu,tolong support..
nanti bagi upah rasa kek lain plak na..
heheheh
anak Cikgu Ros ni dah besar.
so,dia tak nak tulis
dia mintak letak buah strawberry je kat atas tu
nasib baik petang semalam masa pi tesco,beli extra...
bolehla letak...
kek ni adalah kek brownies lapis cheese..
memang sedap kek ni..
tak jemu makan..heheh
sesape yang nak order,boleh contact atun ye...
thanks pada cikgu Ros..
belum tanya komen dia lagi..sedap ke tak???

Tuesday, May 31, 2011

last week order








order sabtu lepas...150 biji apam polka dot n 250 biji cheesetart

Saturday, May 28, 2011

baru dan lama

ni oven lama saya.pemberian hubby masa 6th anniversary tahun lepas..
ni plak hubby bagi awal bulan haritu..lepas pindah masuk rumah ni...

Hubby cakap hadiah sebab penat lelah saya kemas barang2 pindah..dia tak banyak tolong sangat sebab sibuk..
xpelah..asalkan dah selesai pindah..rumah lama pun dah ada penyewa baru..baru masuk semalam..
nak cerita pasal oven plak..
oven yang lama tu masa hubby beli dulu 128.tu time tak offer.kalau offer,dalam 109 je..
dah beli baru perasan.xpelah..nak buat macammana..dah beli dah...
disebabkan oven tu kecik je,tu yang hubby offer yang baru ni
rezeki jangan ditolak ye tak??
alhamdulillah
sekarang ni nak bacar cistat cepat dah..
skali masuk 80 biji dapat..
oven kecik tu tetap saya guna..
untuk bakar sebiji kek
ada jugak tanya saya,taknak jual ke??
hohooo...memang takkan jual..sayanglah
pemberian hubby tersayang kan..
selagi boleh guna,guna jelah..
banyak berjasa sangat dah
bisnes biskut raya tahun lepas pakai oven tu je...
pada sesape yang nak beli ovcen untuk buat bisnes memang berbaloi-baloilah beli oven ni..
jenama Zanussi 550L.harga saya beli rm1150
oven lama tu Pensonic AE19N

Friday, May 27, 2011

terharunya...sob sob...

pagi ni tak on9...sibuk masak pulut kuning ngan ayam rendang..
4kilo beras pult n 3 ekor ayam..
nasib baik mak ada..so,mak tolong masak jugak..hehe
bila on9 je,bukak fb tengok ada private msg dar my hubby...
rasa macam nak nangis je bila baca...
i love u abang...mmmuahhhhh
love u forever...
act malu gak nak tepek sini,tapi sebab gembira n terharu yang amat2,saya paste gak kat sini..hehe

Tiada yang terindah selain senyuman mesramu,
Terukir raut wajahmu sinar harapan,
Buat insan yang teristimewa,
Laluan kasih yang abadi.

Amarah mu menjadi penjana,
Keluhan mu menjadi ingatan,
Betapa besarnya pengorbanan mu,
Melalui saat-saat penuh berliku.

Tabahkan hati mu kerna di hadapanmu,
Penuh barakah,berkat ketabahan mu,
Mendidik,mengajar anak-anak tanpa jemu,
Hati penuh kesucian sentiasa menerima,
Dengan hati terbuka melayan kerenah.

Hati ini sentiasa mendambakan kasih sayang mu,
Kemesraan yang diharapakan berkekalan,
Bingkisan rasa tika salah berbicara,
Menjadi bahana luahan pedita.

Terima kasih kerna sudi menjadi pendampingku,
Menjadi teman berbicara,sahabat cinta luhur,
Pujangga dikala malam mendatang,
Bidadari dikala siang menjelma.
Khas Buat Insan Yang Teristimewa.
Maaf kan diri ini,tatkala kesilapan diri,
Kekurangan diri,kehinaan diri ini,
Yang serba kekurangan hanya dengan izin Mu

Ya Allah,berkati la hubungan kami,
Lindungi anak-anak kami,menjadi anak solehah,
Jadikan diri ini bapa yang soleh,
Jadikan Insan ini Isteri yang solehah,
Agar kami menjadi sebuah keluarga yang mendapat barakah,hidayah dan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Amin...amin...Ya Rabbal Alamin...

terharu tak??ke sy yang sensitif...huhu...

Thursday, May 26, 2011

saja2

tak tau nak letak tajuk apa...
heheh...belasah je..
sbb mcm2 hal nak tulis..walaupun tak penting pun...huhu
mulai esok,khamis rasa macam bz je...
shell tart utk order sabtu belum siap lagi..
ada banyak lagi nak kena buat..
untuk makluman,tempahan sabtu saya dah tak ambik ye...
takut tak sempat nak buat..
mula2 ingat nak bagi hubby bawak pi maktab pun,tak sempat dah nak buat...
esok petang kena iron baju hubby(untuk seminggu) siap2.
sabtu dia dah nak pergi..
kena prepare untuk masak rendang jumaat tu..
hubby mintak buat pulut kuning,rendang n kek untuk sambut anniversary ke 7 kami...
ingat nak buat kek marble cheese versi bakar(yg ni tak pernah try lagi...)
tak taula menjadi ke tak..
harap2 menjadilah..
kalau jadi nanti,saya tepek picture kat sini yeah...
jumaat malam kalau jadi nak keluar dating..heheh
itupun kalau sempat.sebab ada tempahan apam dot dot...nak ambik pagi sabtu..
hadiah untuk husb???tak tau nak bagi apa...ada cadangan tak???
saya taknak mintak hadiah...
baru je dia belikan oven baru untuk saya..
so,tak nak mintak apa2
nak mintak kasih sayang yang melimpah ruah je..heheh
to my hubby:good luck 4 your exam ye...
mintak2 sem ni dapat yang terbaik lagi..amin...

Thursday, May 19, 2011

Apam beras Terbaekkkk!!!



nak share resipi apam soda ni..
petang tadi nampak kawan siber saya post gambar
puasa plak harini.terus rasa teringin nak buat..
mauripan xde..tadi pi kedai bakeri lupa nak beli plak...
anak2 plak tengah tidur.apalagi,start moto satla pi beli...
memang tak rugi saya try..
sangattt sedapppp
tak sedar dah sepiring habis saya makan sorang je..
punahlah diet saya harini..heheh
jom kita tengok resipinya ye...

Bahan2:-
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara:

1.masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.

2.gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.

3.blender nasi dengan air sampai betul2 hancur.

4.campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.

5.biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...

6.selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit.

7.PERINGATAN: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

*saya buat separuh adunan je..banyak dapat...
*saya tambah esen ros utk sedapkan lagi bau n letak pewarna

Tuesday, May 17, 2011

kek coklat moist



dah lama tak buat kek ni..(hampir sebulan)
semalam buat..sempena hari guru..heheh
lagipun,dah lama tak buat kek ni.rasa lain plak..macam tak konfiden ja...
kek ni yang paling laku...
Di kesempatan ni,saya nak ucapkan Selamat Hari guru pada semua guru2 terutamanya cikgu2 yang pernah mengajar saya n suami..
selamat hari guru...
jasa kalian akan dikenang sampai bila2...

p/s:sesiapa yang nak order atau nak tanya pasal harga atau nak tempah,boleh hubungi saya ye...

Saturday, May 14, 2011

kereta idaman???

sebenarnya,banyak keta yang saya suka...heheh(tamak kan???)
sampai susah nak pilih,keta paling suka yang mana 1...
antara kereta yang saya suka tu Honda la...Accord,City,stream...
Kia forte kaler putih,alza,Myvi pun suke jugak..tapi tumpang keta abang je lah
nak beli sendiri tak mampu..
yang termampu sekarang ni je la pakai..tu pun dah habis bayar..Alhamdulillah..
kereta suami iswara dah habis bayar 3 tahun lepas.keta kancil yang saya pakai tu pun alhamdulillah awal bulan haritu last payment..
suami cakap,dia nak tukarkan ke nama saya.tapi tak sempat lagi dia nak ke JPJ buat urusan tukar nama..
xpelah,bukan saya mintak pun dia bagi pada saya..saya tumpang naik je..hihi
kalau tak tukar nama pun,saya tetap drive keta tu jugak ke mana saya pergi..
keta iswara suami tu,saya tak pandai bawak(kaki saya tak sampai sbnrnya...hiks)
setakat ni,2 kereta tu lah transport kami untuk ke mana2..alhamdulillah...
bila nak tukar keta??
suami tu teringin sebenarnya nak beli keta lain
tapi biar lah dulu...baru je start potong duit rumah..
tunggu dia naik pangkat dulula...insyaallah,ada rezeki baru boleh tukar
opps!!bukan tukar..tapi tambah..2-2 keta tu sayangla plak nak jual..
sbb dh xde hutan0g..kalau ada hutang tu lainlah kan..
banyak lagi duit nak disalurkan dari beli keta..lainlah kalau belum ada kereta...
oklah..panjang plak saya membebebl..
you all plak,apa keta idaman u all???

Wednesday, May 11, 2011

chocolate chip cookies


Bahan-bahan ( 100 biji )

* 450g tepung gandum
* 1 biji telur
* 250g mentega
* 115g gula halus
* 110g gula perang
* 100g chocolate chips
* 3 sudu besar cocoa powder
* 250g gajus(panggang dan cincang halus)
* 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
2. Masukkan telur dan pukul lagi
3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
4. Masukkan gajus dan kacau lagi
5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

biskut badam cherry

gambar xde sebab belum buat..ingat petang ni or malam ni nak buat
saya makan kat umah jiran,n rasa sedap.saya tukarla resipi ngan dia..heheh
saya pate kat sini resipinya...

bahan A
240g mentega
120g gula kastor
2 biji telur kuning
2 camca teh esen vanila

bahan B
300g tepung naik sendiri
30g tepung kastard

utk hiasan-badam nibs n ceri merah

cara membuatnya:
1.putar A hingga kembang.masukkan B dan sebatikan
2.bulatkan adunan menjadi bola kecil,coat dengan badam nib.letak atas tray n hiaskan dengan ceri merah
bakar pada suhu 170 selama 20-25 minit

selamat mencuba...

Monday, May 9, 2011

kelas biskut

alhamdulillah semalam berpeluang masuk kelas biskut.ada 10 jenis biskut yang diajar n bonus resipi 5 jenis kek
biskut2 yang terbaru n sedap2 belaka
chef yang ajar ialah chef zubaidah(xsempat nak snap pic chef tu..hehe.)
semangat berkobar-kobar ni nak mulakan bisnes biskut ni..hehe
tapi kena cuba buat dulu..
kalau menjadi n xrenyah sangat,bolehlah diteruskan..
kalau renyah sangat,memang tak bolehla sbb saya buat pun hanya suka2...
ada juga bincang ngan hubby untuk beli oven baru...
ni gambar oven nya..
jenama zanussi
harga dalam 1200
kalau guna oven ni,kek sekali bakar dapat 2biji
biskut plak 1 adunan je skali bakar
cepat sikit kalau guna oven ni...
apapun masih dalam perbincangan tentang bajet.kalau beli oven,ada benda yang perli dilepaskan...

layan jelah gambar biskut-biskut yang meletop tu ye..
nak order raya nanti,blhla inbox...

biskut chocolate peanut
avanza bite
semperit susu
mini cheese tart


actually ada lagi biskut yg lain.tapi xleh nak upload..sesaper yang nak tengok,blh tengok kat fb...

Tuesday, May 3, 2011

alhamdulillah...selesai urusan pindah rumah

sabtu lepas,30hb kalau tak silap jadi jugak kami pindah..
mulanya jumaat tu kawan saya cakap tak jadi sebab suami dia demam.pemandu trak segan nak datang kalau suami dia xde
segan katanya sbb suami saya bukan tentera
saya pun ikut suami bermalam di Teratak Afrina batu kurau
sekolah suami ada buat kem motivasi untuk pelajar...
malam tu,kawan saya mesej balik
trak jadi datang..
kelam kabut esok paginya saya balik lepas subuh
terus ke rumah baru untuk basuh rumah
nasib baik khamis tu dah basuh separuh.bahagian dapur n bilik belakang
tinggal bilik depan n hall je saya belum basuh
lepas basuh rumah,berkejar ke rumah sewa plak
packing barang yang belum packing
memang tak boleh lupa hari yang memenatkan tu...
nasib baik trak datang lambat..pukul 1 baru sampai..
jadi,sempatla kami berkemas...
anak2,saya mintak mak tolong jagakan.kebetulan kakak n abang ada balik kampung..
makanan untuk budak angkut barang saya beli je..nasi saya masak..
alhamdulillah selesai sudah
lega sangat rasa
pagi tadi dah siap basuh umah sewa..
tengah cari penyewa baru je sekarang..
semoga rumah baru ni memberi kami sekeluarga kehidupan yang bahagia n diberkati ALLAH S.W.T..Amin....
serba sikit gambar rumah saya...belum dikemas..heheh


Thursday, April 21, 2011

my new kitchen...yehaaa!!!

harini baru siap kitchen kabinet baru saya...
seronok sangat walaupun colour yang saya request tu tak de...
nasib baik lawa jugak yang ni..hehe
yang bestnya siap dapat free rak pinggan ,dapur gas built in n hood sekali..kalau nak beli berbaloi gak nih..hehe
kalau sesaper yang duk perak teringin nak minta quotation dari orang yang buat kitchen kabinet ni,bolehla contact saya ye...
kemas jugak keje dia...
kabinet saya yang haritu,saya buat kabinet pasang siap untuk letak kat dapur kering..blhla jadi tempat membaking nanti..heheh
layannnnn









menyibukje dak husna ni nak enterframe sama..heheh
opps!!! sebelum terlupa,very thank u to my hubby sbb bagi saya conquer dapur ni..
lepas pindah nanti ayang masak sedap2 kat abang tau.cakap je nak makan apa..heheh
sekarang ni,dapur belum bukak lagi ye....

Friday, April 15, 2011

macam2 ada....

geram 1 -dengan kontraktor.rupanya cornies yang kami bayar tu boleh dapat lagi murah..huhu..sakitnya hati...tu la sebab org xmo ambik kontraktor melayu..ginila...so,hubby nk buat lain n guna kontraktor lain..

geram 2-grill ni xsiap2 lagi..esok depa janji nak pasang..wait n see jela...dh la dia janji nk bagi penyidai kain tu tak jadi..kitorang kena tambah plak 100..apa la..cakap tak serupa bikin

gembira:hubby dah dapat TV impian...tunggu pindah nanti baru mintak depa hantar..rasa macam murah je.panasonic LED tu..baru 2999

Sunday, April 10, 2011

sebelum dan selepas

entry basi sebenarnya sebab dah 2 minggu siap dah..tapi di sebabkan tak puas hati ngan kabinet tu,buat saya malas nak tepek pic ni..hehe
act saya nak tunjuk gambar dapur saya yang dah saya pecahkan 1 bilik n buat dapur kering tu..layan....
ni gambar sebelum di pecahkan bilik tu...



gambar selepas di pecah...tapi belum coated lagi dengan cat putih.sbb tu nampak simen tu..


ni la ruangan dapur kering saya nanti
yang akan sarat didisi dengan meja makan,almari 1,peti ais n mesin kelapa jugak...huhu
penuh gakla rasanya...tengok nanti macamana nak susun....kalau ada bajet nanti ingat nak pasang kabinet pasang siap.

Saturday, April 9, 2011

1st class-roti

alhamdulillah,harini dapat juga pergi kelas.kebetulan harini buat roti-sweet bun
asyik terlepas je nak pegi kelas sebab xde orang yang nak tolong jaga anak.harini saya hantar anak ke umah MIL..hehe
minggu yang saya pegi cameron tu ada kelas jugak tapi xdapat pegi la kan..
yang tu kelas cupcake..
rugi betul rasa sebab tak dapat pegi
seronok jugak kelas ni..
dapat jumpa kawan2 baru
ada surirumah yang buat bisnes sambil-sambilan
ada jugak surirumah yang saja belajar untuk masak2 makan sekeluarga
ni gambar roti yang saya belajar tadi...


Thursday, April 7, 2011

sentuhan terakhir

petang ni nak pi beli cat..
esok tukang cat dah boleh mula mengecat
siap cat,boleh pasang tile kat porch
dh siap pasang tile,grill n awning pun siap.dah boleh buat wiring..meter air pun minggu depan dah boleh pasang kata pemaju
lps buat wiring,pasang lampu n paip segala..lps tu basuh rumah
lepas tu bolehla angkut barang...
tak sabarnya...
cadangnya 16hb tu boleh le angkut barang dah kot..
segalanya hanya perancangan..Allah jua menentukan segalanya....
doakan semoga segalanya berjalan lancar...Amin...

Tuesday, April 5, 2011

tukar!!!

akibat tak puas hati sangat2 dengan kabinet tu,husb pun minta kontraktor tu tukar
tukarkan pada kayu solid nyatuh n saya pilih kaler natural
kaler kayu
thanks to all yg bagi pendapat
saya bukan taknak tukar pada yang glasses tu
nakkkk sangattt
tapi mak oiii
mahal giler tau
untuk bawah saja pun mau dekat 2k.atas lagik..
xpela,since memang saya minat yang kayu ni dari dulu lagi,kita wat kayu jela
yang bestnya...hihi....
hubby bagi buat utk wall skali..yeehaaaa
sangat seronok
saaaaayang abang...mmuahhh mmmuaaaaah
tapi kena tunggu 2 minggu le plak sbb kena order dari johor....



lebih kurang macam ni la kaler dia..ok tak???