
Resepi:
Bahan A
180 gram mentega
170 gram gula kaster
3 biji telur
20 gram serbuk koko, diayak
120 gram tepung naik sendiri, diayak (saya guna tepung gandum)
1 sudu teh baking powder, diayak (saya tambah lagi sesudu sebab tak guna tepung naik sendiri)
Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
Cara:
1. Pukul butter and gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Gaul rata. Adunan dibahagikan kpd 2 bahagian. (derhaka, sebab suka hati tambah 100ml susu segar masa memukul adunan & tak bahagi kepada 2 bahagian :P)
2. Dalam bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.
3. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang. Tuangkan baki adunan A. (derhaka lagi, saya selang-selikan adunan ni :P). Perlu diingat bahawa loyang perlu dilengserkan terlebih dahulu. Kalau tak mau, sila letak baking paper.
4. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang. (saya guna kaedah steam bake yang saya suka tu :))
resipi ni saya dapat dari kak Suealeen..kawan dari RH..memang sedap kek ni..rasanya lemak2 gitu..dapat seketul bahagi 3 untuk rumah,anak bawak ke taska n bagi BS sikit..kejap je licin..
p/s:corak marble yang saya dapat ni tak secantik yang kak su buat..kena praktice lagi ni..