Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 28, 2010

interview rupanya....

pagi tadi dengan tak bersedia langsung pegi PPD
sampai je,tegur sorang budak tu "ada apa ye??GSTT kena panggil??"
jawab budak tu:"ada interview"
huh???interview??alamak!!!
cepat2 pi kat keta ambil clear holder lam keta
memang letak lam keta je
check2 balik,sijil asal spm,degree bagai sume xde..
alamak!!cuak la jugak.
dah la xprepare apa2 pun..huhu
slumber je daftar n duk lepak2 ngan bdk2 yg mana kenal...(sambil cilok notes diorang act..hiks!!
ada la sorang je skali gstt pend khas hrtu
pelik gak.kenapa saya ngan dia je???
yang lain???takutttt
rupanya int dah start dr pukul 9 lagi..
peg tu telefon sorang2 n bg jam utk int skali..
skali masuk 3 orang selama setengah jam 1 sesi
ntah apa yang ditanya ntah sampai setengah jam menunggu..
cemuih gakla
dalam kul 11.15 baru tergerak nk pi bgtau kerani tu saya tak bawa sijil
dia suruh balik ambik.sempat lagi katanya...
nak suruh Husb anta pun dia pi skolah bawa anak2...
kelam kabut plak dia nanti
last2 balik jugak dengan kelajuan max..huh!!!
seram sejuk gakla sambil bawak keta
speed semacam je..naseb bek jalan xbrapa sibuk
setengah jam ok jarak dr PPD ke rumah saya....
sampai balik PPD pukul 12...
fuh!!!nasib baik sempat..ada lg 2 group sblm turn group saya..
selesai int pukul 1.15
Alhamdulillah...selesai sudah..
tunggu jelah keputusannya nanti...
kawan2 doakan saya ye....
bergegas pula ke Taman Tasik utk berkelah ngan k.Maz n K.risa..
kesian diorang tunggu atun lambat..
first taim jumpa k.Risa..peramah n cantik orangnya...
thanks k.Risa sudi jumpa saya...
lps ni nk makan kat mana,meh atun bawak.kita pi
roger je...insyaallah atun blh bawak...
menu kami nasi hujan panas,kurma daging,ayam masak merah,jelatah
k.Maz yang sponsor..sedap tau!!siap tapau bawak balik lagi
Husb ngan anak2 tak ikut sebab letih menunggu sy abis int lambat sangat
lgpun dh time tidur diorang..tu yag tapau tu..hehe
thanks ye K.Mazz...saaayang akak!!!

Monday, December 27, 2010

Calling...

petang tadi tengah bersantai2 tetiba dapat call dr PPD
suruh datang taklimat esok pagi..
mungkinkah kontrak akan disambung??
kalau sambung,alhamdulillah..
bolehla tambah2 kan saving utk masuk rumah baru nanti
sebelum berangan lebih2,tunggu esok je untuk tahu jalan ceritanya...heheh
tapi sangat2 berharap dapat sambung..
kesian my Hubby..
nak bantu dia kumpul masuk rumah baru
cakap pasal rumah baru,mungkin bln mac boleh dapat kunci..tunggu jela...
yang tak bestnya,tak boleh join kak maz n k.risa masuk zoo..huwaaaa....sedih bangat!!!
tapi nasib baik dapat join utk makan2 esok..
xkisahla kan??janji dapat jumpa kakak ber2 tu...

Sunday, December 26, 2010

Nasi Tomato


dah lama teringin nk masak nasi tomato.dh lama jugak beli tomato soup tu..
harini baru berkesempatan nak masak
saya tepek resipinya ye:

1kg beras
4sd plnta

bhn2 A
2inci kulit kyu manis**
1kntm bnga lawang*
2bj buah pelaga*
8kntm bnga cengkih*
1nci halia d'ketuk*
setengah tin tomato soup heinz
air secukupnya
1/2 tin susu krimer sejat/susu cair
1/2 labu bwng bsr d'hrs*
garam sckpnye~


cara mnbyat:
pnskn plnta,tumiskn bhn A* smpai naik bau..
mskkn bhn A~ biarkn smpai mnddih
mskkn beras,msk smpai msk

ayam msk merah yg smple

7ktl ayam(gaul knyt n garam-goreng dl)
2labu bwng bsr*
2ulas bwng pth*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*-xde jadi tak letak jugak
3btng serai*(blend bhn *)
3sd cili giling
setengah tin tomato soup heinz(habiskan baki yang guna untuk nasi tadi
panskn myk n
tumis bhn2* n cili giling smpai garing
mskkn ayam,sos,cket air n perasakan dengan garam n gula..msk smpai msk.
angkat n hidang.

nasi tomato+ayam masak merah+jelatah

''slmt mncuba''

Sacrifice....

saya kena berkorban....huhuhu
berkorban apa????
korbankan keinginan nak berjalan saya tu
ingatkan suami dh abis kelas,bolehla jalan2
dapat berita mengejutkan GB suami bertukar sekolah lain kerana kenaikan pangkat
jadi,suami kena pegang tugas memangku semula
huhu...
means???
everyday kena pi skolah
balik pukul 5(office hour)
dhla minggu depan minggu last cuti skolah
banyak perkara suami perlu settlekan
kesian pulak nak ajak berjalan je...
saya pun senyap je la...
menyibukkan diri buat keje rumah n layan anak2
padahal dalam hati..meronta2..
sabar je la
nak buat macamana...dah tanggungjawab dia
berkorban.....
ikutkan plan asal,banyak tempat nak tuju...
takpelah abang...be strong ye..
ikhlaskan hati abang untuk buat kerja...
harap2 GB baru cepat datang...

Friday, December 24, 2010

masak lemak labu + kangkung



tak tahu nak masak labu ni..google2,p.cik google bwk ke http://hanieliza.blogspot.com/.
saya paste kat sini resipinya...

MASAK LEMAK LABU & KANGKUNG

Bahan
500 gm labu kuning berkulit hijau [muda]
500 gm sayur kangkung
1 s/b udang kering
2 tangkai cili merah
2 cawan air
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 labu bawang besar
garam

Cara
1. Labu dibuangkan biji dalamnya. Potong kecil. [Sekiranya labu tua kulitnya hendaklah dibuangkan]
2. Kangkung dibersihkan dan potong pendek.
3. Masukkan labu, bawang, udang kering, air dan garam dalam periuk. Masakkan sehingga mendideh dan labu lembut.
4. Masukkan santan pekat dan cili merah.
5. Masakkan sehingga mendideh sambil mengacau kuahnya perlahan-lahan.
6. Tutup api dan hidangkan dengan nasi.

Thursday, December 23, 2010

Tips atasi anak yang bercakap kotor

kali ni saya nak kongsikan tips untuk atasi anak yang suka bercakap kotor..
Saya sedang menghadapi masalah ni sekarang..
Anak sulong saya sekarang ni makin becok mulut
kalau yang baik tak pe
ni yang tak baik pun ada
tapi nasib baikla belum sampai tahap pandai mencarut lagi
contoh:bila kita tengah sembang2 ngan ahli keluarga(mak n sebagainnya)
tiba2 dia menyampuk "ibu kentut busuk"-contoh la ye
saya sangat tak suka bila dengar anak cakap macam ni(walaupun not too serius)
saya paste kan artikel tersebut:-


Pra sekolah adalah masa perkembangan bahasa kanak-kanak. Mereka mempelajari bunyi dan bahasa dengan mengulang-ulang perkataan yang didengari daripada sekelilingnya. Mereka sama sekali tidak mempedulikan atau mengetahui maksud perkataan atau ayat yang disebut. Walaubagaimanapun, kadangkala ibu bapa pasti terasa malu dan tersinggung dengan perkataan yang tidak sepatutnya yang dikeluarkan oleh kanak-kanak tersebut.

Kata-kata yang keluar dari mulut seseorang hanya akan mempunyai maknanya dan sifatnya apabila kita memberikan makna dan sifat kepada kata-kata tersebut. Kanak-kanak pra sekolah sudah tentu tidak mengetahui dan tidak memahami makna perkataan kotor yang disebutnya sehingga ibu bapa mengajarnya baik atau buruk suatu perkataan itu.

Mengulangi perkataan kotor kemudian tergelak dengan perkataan tersebut hanyalah fasa yang hampir kesemua kanak-kanak pra sekolah atau di tadika alami. Jika ibu bapa tidak kisah dengan sikap ini atau bertindak seperti tiada yang salah, biasanya akan berlalu selama beberapa bulan. Jika ibu bapa bertindak keras dengan perkataan tersebut, maka kanak-kanak akan mendapati perkataan tersebut mempunyai kuasa yang sangat kuat untuk menarik perhatian ibu bapanya. Maka sudah tentu mereka akan menggunakan kuasa itu dengan sebaiknya.

Namun, bagaimana untuk bertindak dengan tindakan yang membina terhadap “perkataak kotor” ini? Cara memarahi anak supaya berhenti mengeluarkan kata-kata tersebut tanpa memberitahu mengapa ia tdak dibenarkan, jarang sekali berhasil. Malah, teknik ini akan memakan diri kita sendiri di mana kanak-kanak ini akan menjadikannya sebagai penarik perhatian orang dewasa. Jadi, ibu bapa perlu memberi perhatian dalam mendidik anak-anak berkata dengan sopan dan berakhlak baik.

Di bawah adalah beberapa teknik efektif yang boleh digunakan bagi menghadapi kanak-kanak yang bercakap kotor…:

- Perkara terpenting sekali adalah tenang. Bertindak dengan bijak, anggap kata-kata itu bukan hal yang besar. Beritahu anak anda dalam nada yang tenang di mana apabila anak menggunakan bahasa tersebut akan membuatkan ramai orang tidak suka kepadanya. Pesan keapdanya yang semua orang sayang kepadanya dan kata-kata itu boleh membuatkan orang tidak selesa dengannya . Kemudian arahkannya untuk teruskan apa yang sedang dilakukannya sebentar tadi.

- Mengubah perkataan kotor menjadi pengajaran kepada anak. Anda boleh mengubah perkataan kotor tersebut dengan perkataan yang lebih tepat. Beritahu anak anda bahawa anak yang baik, menggunakan perkataan ini. Jadi, lebih baiklah fikirkan dari awal apakah perkataan yang anak anda bakal sebut atau sering sebut dan pengganti perkataan tersebut. Apabila anak anda menggunakan perkataan yang anda ajarkan, jangan lupa untuk memujinya.

Bersambung…

Diambil dari Anakkusayang.com
saya harap masalah saya ni akan selesai dan takkan menjadi semakin serius
biasalah kan..bila anak dah mula bergaul...

Monday, December 20, 2010

Yeay!!dapat gaji

Alhamdulillah..cek M2u gaji dah masuk..xsangka plak tu dapat byk tu.rezeki...
nasib baik suami xde,kalau tak,singgah sat jela jawabnya duit2 tu..haha
nak bayar hutang
belanja mak sikit
blanja anak2 ngan suami sikit
simpan yang penting
tak boleh terlalu boros sebab nanti dh xde gaji
huhu
mintakla start lebih awal tahun depan...

Friday, December 17, 2010

dh pandai dah....

ha??
pandai ape???saspen je..
pandai snap picture..
bukan main lagi budak Husna ni kalau biar camera kat dia..
ada je gambar yang nak di snap nye..
tadi saje suruh dia try snap gambar kitorang n hasilnya....




macam2 perangai Husna...

Sunday, December 12, 2010

happy 4th birthday Nur Aqilah Husna




hari ni genap Husna 4 tahun...
alhamdulillah..tercapai hasrat saya nak bagi Husna pandai membaca sblm umur 4 tahun
walaupn 2 sukukata,okla kan...
dah byk surah2 simple yang dia dapat hafal...
Qiraati jugak dh nak masuk jilid 2..
semoga Husna terus sukses dan jadi anak solehah...
amin...

latest update

dah bersawang blog nih xupdate
xde mood sangat
xtau la kenapa...
sekarang ni cuti sekolah kan..macam biasa,Hubby masuk maktab..
saya ngan anak2 je kat rumah
nasib baik ada sang kancil,xde la bosan sangat
kalau rasa boring,balik umah mak.tak pun,petang2 bawak anak pusing2..
act saya baru baik demam
demam sejak khamis..
mulanya sakit tengkuk sbb salah tido
biasala BF mum kan..tido ikut dan je la..
terus urat bengkak n sakit kepala..sebelah kiri je sakitnya..
ingatkan migrain(minta dijauhkanla..)
terus demam akibat bengkak urat tu..
jumaat pagi tak jadi pegi klinik.pegi urut je.alhamdulillah lepas urut n makan ubat urat,lega la sikit.demam je belum kebah..kadang2 sejuk menggigil,kadang2 panas..
sejak petang ahad ni,alhamdulillah..baru keluar peluh..elokla hubby pun dh nak balik semula ke maktab.tak sempat nak jalan2 ke mana pun...
kesian hubby sebab kena jaga anak2 n uruskan rumah time saya sakit
langsung xleh nak bangun..serius!!teruk sangat rasa
anyway,thanks to my hubby n alwayz love u so much!!!

Sunday, November 21, 2010

apam pelangi




Bahan-bahan


2 biji telur
1 sudu teh ovellet
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum
150 gm gula halus - hana cume buh 90g je
125 ml santan kara
1 sudu teh baking powder
garam secubit
pewarna


Cara-cara
Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.

Thursday, November 4, 2010

choco cheese marble cake



Resepi:

Bahan A
180 gram mentega
170 gram gula kaster
3 biji telur
20 gram serbuk koko, diayak
120 gram tepung naik sendiri, diayak (saya guna tepung gandum)
1 sudu teh baking powder, diayak (saya tambah lagi sesudu sebab tak guna tepung naik sendiri)

Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara:

1. Pukul butter and gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Gaul rata. Adunan dibahagikan kpd 2 bahagian. (derhaka, sebab suka hati tambah 100ml susu segar masa memukul adunan & tak bahagi kepada 2 bahagian :P)

2. Dalam bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.

3. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang. Tuangkan baki adunan A. (derhaka lagi, saya selang-selikan adunan ni :P). Perlu diingat bahawa loyang perlu dilengserkan terlebih dahulu. Kalau tak mau, sila letak baking paper.

4. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang. (saya guna kaedah steam bake yang saya suka tu :))


resipi ni saya dapat dari kak Suealeen..kawan dari RH..memang sedap kek ni..rasanya lemak2 gitu..dapat seketul bahagi 3 untuk rumah,anak bawak ke taska n bagi BS sikit..kejap je licin..

p/s:corak marble yang saya dapat ni tak secantik yang kak su buat..kena praktice lagi ni..

award from k.izzah



thanks pada kak izahdaut sebab sudi bagi award ni..yeay!!bertambah lagi koleksi blog saya..yeeha!!!so,saya nak jemput pada blogger2 yang follow blog saya untuk ambil award ni..sudi2 kan ye...

Tuesday, November 2, 2010

handphone baru..yeay!!!

weekend lepas setelah 2-3 kali survey,akhirnya handphone ni jadi milikku jugak..ngeeee

model C6-Nokia

husband punya plak

model Nokia E5

huhu..habis duit kutu aku selama setahun..xpela,next year main lagi untuk beli benda len plak..hehe

Saturday, October 30, 2010

cocoa collagen power plus

saya tengah mencari2 supplement utk cergaskan badan di samping makan MAB.baru ni ada la sembang ngan kawan n dia bgtau yg dia amalkan makan CCPP ni..teringin plak nak try..lepas saya baik demam ni,badan terasa sangat cepat letih n tak bermaya..nanti dah mula skolah balik,takut penat..kat sini saya nak syer tentang kebaikan CCPP ni..kalau ada sesaper penah try,jomla share ngan saya..

Sesuai diminum untuk:
*ibu-ibu selepas bersalin(untuk penyembuhan dalaman-cepat kecut)
*wanita yang sudah berkahwin
*wanita yang belum berkahwin
*wanita yang mementingkan kecantikan dalaman dan luaran
*wanita yang mementingkan kesihatan


P/S dilarang sama sekali untuk wanita yang mengandung dan kaum lelaki.



Kembalikan Keremajaan Wanita
Produk terbaru dan paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman. Koko Pracampuran adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat.

Kandungan Cocoa Collagen Power Plus
1. Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.

2. Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.

3. Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.

4. Krimer Bukan Tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.

5. Dextrose Monohydrate - Melambatkan proses penuaan

6. Oligo Saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.

Kebaikan dan Khasiat
1. Membantu mengimbangi hormon
2. Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
3. Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
4. Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
5. Melambatkan proses penuaan
6. Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
7. Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
8. Mencerahkan kulit secara semulajadi
9. Memberikan tenaga
10. Membantu mengurangkan keguguran rambut
11. Melancarkan peredaran darah dalam badan
12. Mengimbangi berat badan
13. Meningkatkan daya penghadaman
14. Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot

Cara Pengambilan
- Cocoa Collagen hendaklah di sediakan atau di bancuh dengan air panas/air suam supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut.
- Minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam.
- Seeloknya makan malam pada jam 6.30 petang
- Boleh juga diminum 2 kali sehari. Tetapi sudah memadai hanya satu sachet sehari untuk merasai perbezaannya.

Penggunaan
1. Semua wanita berumur dari 20 tahun ke atas (sudah berkahwin/belum berkahwin) boleh mengamalkan pengambilan cocoa collagen ini.
2. Ibu-ibu lepas bersalin (amat digalakkan untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman)
3. Dilarang sama sekali untuk wanita yang mengandung & juga lelaki


Maklumbalas Pengguna Selepas Mencuba CCPP
Minggu Pertama : Badan lebih bertenaga & cergas, kulit muka yang kering menjadi lembab & pengecutan jerawat, tumit kaki yg pecah kembali pulih, denyutan di payudara, susu badan bertambah (bagi ibu yg menyusukan anak).


Minggu Kedua : Kulit muka menjadi kemerahan & berseri, payudara lebih tegang, terletak & bulat, susuk tubuh lebih kemas & tidak menggelebeh


Minggu Ketiga : Berat badan berkurangan (bagi pengguna jenis gemuk air), wajah kelihatan lebih muda & kulit lebih anjal, faraj lebih ketat & rapat.


** Kesan yang diterima adalah berbeza mengikut individu

Thursday, October 28, 2010

Demam Virus

seperti yang telah saya ceritakan sebelum ni,kami 3 beranak demam..balik je dari Ipoh lepas interview,saya pulak yang demam..mula2 ingatkan sebab saya tak makan nasi haritu..cuma makan laksa..kot je la kan..sbb laksa kan tak berapa elok..urat kembang..

keesokan paginya,saya cadangkan pada suami untuk bawak anak buat blood test kat klinik kesihatan..sebab saya pun memang nak ke klinik untuk dapatkan M.C..suami pun setuju untuk bawa n dia terpaksa ambil cuti rehat sbb dh m.c 2 hari..

agak awal kami sampai kat klinik.tapi orang dah ramai dah..3 nombor ambik sebab 3 orang nak jumpa Doktor..2-2 anak saya suruh Dr buat blood test sbb Husna dari isnin lagi demam n Alya sejak selasa..menjerit2 Husna bila M.A ambik darah..sakit agaknya sebab jarum yang diorang gunakan sangat besar..orang tua punyer jarum ok..Alya nangis jugak tapi xsekuat Husnala.walaupun tempat keempat ambil,baru dapat.kesiannya Alya..kuat sungguh dia tahan sakit..agaknya mengada je lebih dak Husna ni..result darah Husna punyer ok..tapi Alya...






kalau anda perasan,dekat platlete darah tu kurang.sepatutnya 150 ke atas..Dr pun buat surat refer untuk masuk wad..tengok suami pun diam je.saya terus bersuara untuk hantar anak ke hospital private..xnak meyesal untuk kali ke 2 masa alya kena jaundice haritu..Dr pun tak kisah n terus cancel panggil ambulance..sempat dulu kami balik rumah n ambil apa barang yang patut..

sampai ke Hospital,Dr ambil keputusan untuk buat lagi skali blood test.Dr cakap klinik buat tadi,tak detail.kami pun ikut je apa yang terbaik..n keputusannya....




tengahari tu juga dapat result..memang detail resultnya.tak macam yang dah ambik kat klinik sebelum ni..Dr sahkan Alya kena virus Influenza A+..tersentap saya mendengar keputusan tu..seterusnya,Dr nak ambil ujian Swab(guna cecair hidung)untk confirmkan samada H1N1 atau pun tidak..esoknya(sabtu)baru dapat result..memang berdebar je jantung nak menunggu keputusan ujian tu..

Sabtu tu,dapat result...sah!!H1N1 positif..rasa macam nak pengsan pun ada bila dengar Dr bagitau..tapi apapun,saya dan suami redha..memang tak sangka langsung Alya boleh dapat jangkitan..entahlah..Blur...

hari tu jugak Dr mulakan ubat untuk H1N1..ubat tu kena makan selama 5 hari..dalam pada jaga alya kat wad,saya pun demam juga..esok nya saya pun ambil juga ubat untuk tu sebab simptom2 memang ada..Husna saya minta suami hantar ke rumah MIL.takut berjangkit(walaupun Dr dah cakap,sbnrnya,1 family saya dah kena)suami saya maintain je sebab dia ada ambil vaksin untuk H1N1..memandangkan Husna dah tak demam,saya biarkan dulu..hari ahad,Alya dah dibenarkan discaj..

Isnin,demam saya bertambah teruk walaupun saya dah mulakan ubat..rasa sangat sakit demam ni..1 badan terasa panas yang amat sangat.panas tu sampai melekat haba pada baju yang kita pakai..nak tidur tak boleh sebab kepala sakit yang amat sangat.time tu plak terfikir.kuat Alya boleh tanggung sakit ni..Dia tidur je..tak banyak merengek..bangun sekejap,makan n tidur balik.Bila tidur plak nak kita peluk n tepuk.baru lena dia tidur..

Isnin petang,Husna demam balik,cepat2 suruh suami bawa jumpa Dr untuk mulakan ubat.Dr check,banyak kahak n buat X-Ray..alhamdulillah xde apa2 pada peparu dia..teruskan ubat je kat umah n kami bertiga kena kuarantin selama seminggu..Harini,khamis Alhamdulillah,kami bertiga dah beransur sihat cuma kepala saya masih ada pening.mungkin kesan demam yang terlalu panas haritu..masih terasa lagi...nasib baik juga dapat M.c seminggu.dapat la rehat..

Alya n Husna pun dah main macam biasa..aktif sangat..Alhamdulillah...fobia rasanya nak bawa anak berjalan ke luar lepas ni..2 minggu Husna cuti skolah..Ahad ni dia ada konvokesyen..esok boleh la dia ke sekolah..kesiannya dia..badan dah makin susut..Alya pulak walaupun sakit,badan dia tak susut sebab lalu makan..suap je apa,semua dia makan..

bila anak2 sakit,rasa sedih sangat tengok mereka terbaring je..sunyi je rumah..lalu kat taman,nangis teringat diorang..kalau sihat,mesti bising suruh berenti nak main..tapi xpelah,saya redha dengan ujian tuhan ni..ada hikmahnya..sayang saya pada anak2 makin kuat..Alhamdulillah....layan gambar Alya





Monday, October 25, 2010

interview

macam saya dah cite kat entry sebelum ni,khamis lepas saya dah menghadiri temmuduga untuk dapatkan KDC..harap2 berjayalah..kalau tak berjaya,bukan rezeki lah namanya kan..so,kena redha walau apa pun keputusannya.yang penting,saya dah berusaha sedaya upaya saya untuk menjawab yang terbaik..

sesi pertama bermula pukul 9 pagi.Soalan Insak.ada 135 soalan dan perlu menjawab dalam masa 30 minit..soalan ni agak susah pada saya sbb selalunya jawapan A dan B hanya setuju n Tidak setuju.tapi yang ni,dia tanya situasi plak..adoiii

contoh soalan:anda terjumpa duit di tepi jalan,apa yang akan anda lakukan??
A)anda menyimpan dulu duit itu
B)anda terus menyerahkan ke rumah kebajikan

haaaa.kan susah tu nak jawab..jawapan anda bagaimana???seingat saya soalan ni memang ambik soalan Mtest mac lepas..saya ingatla sbb saya pun ambik mtest ni haritu..heheh...

sesi ke 2 plak perbincangan berkumpulan.1 kumpulan ada 7 orang.sorang je lelaki.tajuk perbincangan yang kami dapat ialah Guru umpama lilin menerangi dan guru ibarat kasturi yang mengharumi..so,kami semua pakat goreng jela..Alhamdulillah,semua ahli kumpulan dapat bekerjasama dengan baik..sampai terlebih masa kami ambil..haha

sesi ke 3 plak,individu..mula2 masuk dia tanya anak dah brapa org??kawen umur brapa..sempat plak dia membebel sbb saya kawen muda..(dalam hati,suka hati la penemuduga tu nak cakap apapun..haha)so,dia tanya macamana uruskan masa belajar semasa dah berkahwin..n utk english dia tanya what the meaning of pollution,type of pollution,how pollution effect our live..tu je...penat je saya baca pasal bajet,NKRA bagai..tak tanya langsung..

lagi 1,mungkin sebab hari tu hari terakhir temuduga..dia dah malas ke apa...kita tunggu result je nanti ye..tunggu....

banyak nyer nak update...

lama tak update blog ni..sblm ni sibuk study utk interview..sambil sibuk sibuk study tu sambil duk melayan Husna dan Alya yang demam..hari ahad Husna start demam..hari selasa plak Alya plak demam panas..memang dugaan sungguh.mana nak study lagi,nak melayan anak lagi..nasib baik lah suami sangat membantu..terima kasih abang...

hari rabu,anak2 masih demam dan muntah2.saya tak boleh nak cuti sebab baru sangat lagi.so,suami yang ambik cuti utk jaga anak2 n bawa ke klinik..1st time tau suami bawak anak2 pegi klinik tanpa saya..Dr pun tanya,mana ibu??heheh..rasa macam tak percaya pun ada sbb dia boleh bawa anak2 ke klinik tanpa saya..can't imagine...

Hari khamis,awal2 lagi dah anta Husna ngan Alya ke rumah mak pah sbb saya nak ke ipoh untuk interview..walaupun budak2 masih demam..petang baru balik n ambik diorang..balik petang tu plak,saya demam sampai ke malam..jumaat,apalagi M.C la...masa ambik M.c tu,saya bawa anak2 skali utk buat blood test..risau jugak sbb lama sangat diorang demam..sblm ni tak pernah pun lama macam ni..

bedasarkan blood test tu,Husna punya ok..Alya yg ada masalah..so,dr bagi surat utk admitted ke hospital.saya terus bawak alya ke hospital columbia n dr buat blood test skali lagi..memang kpts blood test berbeza dr yg klinik kerajaan buat tadi..

sabtu,berkampung di hospitalla...ahad petang baru balik..ok.dah update secara ringkas..nanti sy detailkan ye..babai...

Friday, October 8, 2010

dah takdir dia jadi pendidik...

entry ni bukan untuk saya tau..tapi untuk encik suami..masa kat sekolah dia tadi,jumpalah dengan bekas guru2 suami dulu..ada la 2-3 orang.ada sorang ni,bila sembang ngan dia,rupanya dialah cikgu yang suatu ketika dulu memujuk suami sampai datang kerumah sebab nak pujuk suami masuk matrik..lps SPM,suami dapat 2 tawaran.ke matrikulasi n maktab perguruan..suami pilih masuk maktab sebabnya bila keluar,dah tentu ada kerja n 1 lagi,memang minat dia n MIL nak sangat dia jadi cikgu..

menurut cikgu tu tadi,dia nak azlan cepat naik gred ke gred 52 katanya..kalau ke matrik,cepatla naik..kalau maktab,memang lambat la naiknya..tapi,dah rezeki dia untuk jadi pendidik..redha je la.....

Thursday, October 7, 2010

Alhamdulillah..berjaya akhirnya

Alhamdulillah..esok dah kena lapor diri kat SMK Simpang..gembira sebab dapat juga keje ngan gomen..tak gembiranya sebab dah tak leh lepak2 macam dulu kat umah dah..huhu..anak pun lepas jugak ke tangan pengasuh...

ingatkan akan dapat SMK redang Panjang sbb area umah saya dekat sini je..lagipun dapat 1 skolah ngan abang sulong..hehe.xpelah,SMK simpang pun ok sbb sek lama suami dulu2..hehe

Rasa bertuah pun ada sebab daerah LMS ni uma 10 orang je yang berjaya..Alhamdulillah...dalam 10 orang tu,sorang je lelaki..tengok betapa kecilnya nisbah kaum lelaki sekarang..

satu cabaran lagi yang kena tempuh Pendidikan Khas kat sekolah ni baru nak wujud,so,everything kena buat baru..harap2 dapatla saya bekerja dengan jayanya..

kawan2 doakan saya ye...

Wednesday, October 6, 2010

sanggup kah aku???

tak tahu nak luahkan macamana..tapi dalam hati kecil,nak sangat kerja ni memandangkan memang cita2 sejak kecil lagi..tapi sanggupkah aku berpisah dengan anak2 ku yang selama ini tak pernah berpisah tidur..terutamanya Alya...tiap kali tidurkan dia,air mata ni mengalir.bagaimana nanti kalau aku tidak disisinya di kala waktu Alya nak tidur..anak yang menyusu ibu ni lain sikit gayanya...Husna dah besar,dah faham..tapi Alya macamana??uwaaaa

walaupun belum tentu dapat..tapi rasa macam akan dapat je..huhuhu..kalau ada rezeki,adala...tapi seandainya tiada rezeki,pasti ada hikmah disebaliknya...

semoga dipermudahkan segalanya..amin...

esok kena panggil lagi..semoga dipermudahkan segalanya..Amin..semoga tercapai cita2 ku selama ini...

Thursday, September 23, 2010

buat hal pulak....

tengok tajuk suspen je....
ingatkan mende la buat hal plak ye..
mesin basuh yang buat hal..baru guna 3 tahun lebih..agaknya ganas sangat kot tangan yang menggunanya..heheh..nak putar ok je tapi tak boleh nak spin.susahla nak basuh CD alya..lambat kering walaupun panas terik.panggil tukang repair,tukang repair cakap getah apa ntah rosak.kena tukar.kalau tukar mahal then akan rosak balik nanti..kesimpulannya,tukar baru jela...

ni la model yang rosak tu..SHARP..

replace dengan yang ni


ambik yang fully auto n 15 kg..puas hati..lepas ni 3 hari skali basuh baju..hiks.nak basuh toto pun xde masalah dah..brand toshiba.brand ni jimat letrik 40%.kalau brand panasonic panggil inverter la.yg ni panggil ape ntah tak ingat dah..harap2 lepas ni xdelah barang rumah yang akan rosak lagi sebab nak simpan duit utk masuk rumah lagi nanti...kalau tak nanti botak kepala encik hubby..hehe

alhamdulillah..dh ok sikit dah..



ni gambar terbaru una..nampak dah ok sikit dah...

Wednesday, September 22, 2010

happy birthday to me n hubby

hari ni genap umur saya 25 tahun...muda lagi..hehe.dah setengah abad dah pun..terima kasih mak kerana melahirkan saya kedunia ini..terima kasih juga pada hubby kerana sudi menjadi sebahagian dari hidup saya..love u so much!!!
Biasanya tak celebrate kat umah.makan2 kat luar je.birthday hubby 18 hb lepas.so,memang blh sambut skalila..kali ni sambut kat umah..beli kek,masak pulut kuning n rendang..

Tuesday, September 21, 2010

kuarantin

lbh kurang 3 hari lepas,husna mengadu gatal2 kat belakang tengkuk.ingatkan gatal2 biasa je..sapu cream.lama kelamaan naik macam ni

Nampak terukkan??tak tahu kenapa.tapi saya rasa sebab buah rantai bila husna tidur,melekap dikulit.bila husna garu,lama2 tu yang jadi macam tu..HUsna ni memang kulit dia sensitif sikit.petang semalam bawak pegi klinik,klinik plak dah tutup.bawak ke farmasi je...dapat ubat ni..

dapat ubat cuci luka,cream sapu plus antibiotik n ubat makan utk tahan sakit.nampaknya harini dah kering n nampak ok sikit dah...

disebabkan tu,saya terpaksa kuarantinkan husna dari kawan2 sekolah dia..bukan apa,takut berjangkit nanti naya plak budak2 lain..HUsna belajar kat umah je la sayang.tunggu baik dulu,baru pegi sekolah semula...

Monday, September 6, 2010

What happen to me????

dah lama tak update blog..tension sebenarnya dengan template blog ni..nyesal sungguh tukar template haritu..bila tengok blog kawan2 rasa saaaangatttt jeles..mcmana nak letak gambar kat atas tu>>tu pun masih tak pandai..dah cuba belajar nak buat tapi tak jadi..itula sebabnya xde mood nak update blog..kalau dulu setiap kali on9 mesti nak bukak blogv..sekarang ni malas sangat dahhhh...anyone can help me to change back my template n backgrond blog tu the new one like yours..huhuhu..cedihnyeeee

Tuesday, August 31, 2010

ke busy an melampau

lama tak update blog yang tak seberapa..sibukkkkk sangat 2-3 hari ni utk siapkan tempahan biskut raya..Alhamdulillah,berjaya juga siapkan akhirnya..sekarang tengah pulun buat biskut raya untuk rumah plak..4 rumah tau nak kena supply..huhu..
next week hubby dah kena masuk maktab.nasib baik 3 hari je..ahad smpai selasa..Insyaallah rabu boleh balik kampung kat ipoh..balik awal ni sempatla kot shopping kali terakhir..hikhik..bukan utk saya ye..utk alya n Husna..kasut Alya belum cari lagi..Utk Una plak nak tambah lagi 2-3 pasang lagi jeans n t shirt..
ok..jumpa lagi ye..actually,banyak nak update sebenarnya tapi tak de masa ma...babai...

Wednesday, August 25, 2010

jom beli minyak wangi

yang terbaru,saya bantu husband plak jual minyak wangi ni...



Terdapat 18 jenis haruman inspirasi dalam botol tunggal 8ML yang boleh dibawa solat.

FOR HIM
M1-INSPIRASI OLEH CALVIN KLEIN-CK ONE
M2-INSPIRASI OLEH CHANEL-ALLURE MEN
...M3-INSPIRASI OLEH DUNHILL-DESIRE RED
M4-INSPIRASI OLEH GIORGIO ARMANI-ACQUA DI GIO
M5-INSPIRASI OLEH HUGO BOSS-ENERGISE

FOR HER
W1-INSPIRASI OLEH BS-MIDNIGHT FANTASY
W2-INSPIRASI OLEH BODY SHOP-APPLE BLOSSOM
W3-INSPIRASI OLEH CALVIN KLEIN-EUPHORIA
W4-INSPIRASI OLEH CHRISTIAN DIOR-MIDNIGHT POISON
W5-INSPIRASI OLEH CHARACEL-AMOR AMOR
W6-INSPIRASI OLEH CHRISTIAN DIOR-JADORE
W7-INSPIRASI OLEH ESTEE LAUDER-PLEASURE
W8-INSPIRASI OLEH HUGO BOSS-WOMEN BOSS
W9-INSPIRASI OLEH JL-LIVE
W10-INSPIRASI OLEH LAMCOME-MIRACLE
W11-INSPIRASI OLEH PH-HEIRES
W12-INSPIRASI OLEH RALPH LAURANCE-ROMANCE

HARGA:
1 KOTAK :RM22

POS LAJU RM6

Disebabkan keterujaan beliau tengok syoknya saya berniaga,dia pun nak jugak..xpe,bagi dia peluang..sambil2 saya promote barang saya,saya promote la barang dia skali..ok tak??heee(kena mintak komisen ni..)

so,pada sesape yang berminat boleh call saya ok..salam ramadhan...

Sunday, August 15, 2010

Premium beautiful

2 minggu lepas saya be li ni
korset premium beautiful

Actually dr 2008 lagi suami dah suruh beli ni tapi saya rasa xperlu kot masa tu sbb saya lebih pentingkan penapis air dari yang ni..sekarang dah ada penapis air,ada rezeki tu yang beli ni plak..kat sini saya share kan sikit pasal korset ni

(FIR) terbukti memberi nafas baru dalam kesihatan, kecantikan dan keanggunan. membentuk kontur keseluruhan bentuk badan yang menarik, langsing dan seimbang.

Membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang.

Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.

Kelebihan kualiti kain Premium Beautiful :-

Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.

Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.

Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.

Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.

Testimonial yang menunjukkan telah memulihkan/ memperbaiki keadaan segugut, gastrik, sakit tulang belakang, dan penyakit perempuan yang lain.

Wanita masa kini telahpun menapak lebih jauh sejajar dengan arus pembangunan. Kalau dulunya surirumah, tetapi kini rata-ratanya bekerja, malah memegang jawatan tinggi setanding dengan kaum lelaki.

Kesibukan kaum wanita terhadap tugasan harian kadangkalanya boleh menyebabkan penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan terabai. Inilah puncanya tubuh nampak tidak bermaya, pucat, lemah, lesu dan sebagainya.

Saya percaya setiap wanita pasti inginkan tubuh badan yang sihat dan menarik. Sememangnya itu adalah sifat dan fitrah kaum wanita. Walaubagaimanapun, bukanlah semua wanita itu cantik dan menarik, tetapi sebaliknya. Ada saja yang tak kena, ada yang langsing, tetapi rupa paras yang penuh jerawat, pucat, kulit kering dan berminyak atau sebagainya. Ada yang cantik rupa parasnya tetapi masalah berat badan berlebihan pula. Ada yang kurus, tetapi aset yang ada tidak menarik. Lebih-lebih lagi yang sudah melahirkan anak. Contohnya, payu dara yang dahulunya montok, kini “jatuh”, pinggul yang dahulunya mengancam, kini “jatuh“, perut yang dahulunya kempis, kini berlapis-lapis, “jatuh“. Adakah kita nak biarkan ianya jatuh...jatuh dan jatuh tanpa diangkat kembali? Sudah pastinya tidak.

Sedarlah wahai kaum wanita, betapa pentingnya penjagaan kesihatan tubuh badan. Bukan sekadar untuk badan yang cantik sahaja, malah penyakit kronik juga harus di cegah sebelum parah. Tahukah anda penyakit barah payu dara adalah pembunuh nombor 1 kaum wanita?

Apa yang ingin saya ketengahkan ialah produk kesihatan dan kecantikan “Premium Beautiful” yang merupakan set pakaian dalam wanita yang boleh mendatangkan seribu satu macam kebaikan. Ianya terdiri dari coli panjang, bengkung pinggang, dan seluar dalam panjang. Set ini juga telah digilai ramai memandangkan keberkesanannya serta harganya yang berpatutan.

Selain itu juga, “Premium Beautiful” diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan berteknologi tinggi sehingga mendapat pengiktirafan daripada badan kesihatan dunia, antaranya The American Chiropractic Association, The Canadian Chiropractic Association dan The Chiropractic Association of Quebec.

Alamilah pembaharuan pembentukan badan dengan pakaian dalam terhebat dan terlaris di Malaysia.

korset ni memang sesuailah dengan saya yang tengah berdiet sekarang..suami pun pakai bengkung..hehehe..memang bestla..gemuk pun xpe,janji ada shape..

p/s:kalau ada sesape yang berminat blh contact saya ye..adik saya buat bisnes ni..hehe.ada diskaun menarik menanti..

Menghilangkan sifat marah

SIFAT pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair “Takdir Allah telah putus dan keputusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata “Barangkali” dan “Kalau”.

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan “Inna lillahi wainna lillahi raji’un”.

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : “Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qais, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.

Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman ” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim”, kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia “tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Di antara langkah-langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
1.Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
2.Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
3.Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
4.Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
5.Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
6.Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
7.Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
8.Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
9.Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk mempertahankan diri dan untuk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dengan fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yang membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yang marah adalah laksana gua batu yang terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpul di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara. Meskipun diusahakan menyiram, maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.

Perbanyakkanlah beristighfar, itulah senjata orang2 mukmin.


so,bulan puasa ni jangan marah2 ok..hiks

Monday, August 9, 2010

Ramadhan

Alhamdulillah kita masih diberi nafas untuk terus merasai nikmat Ramadhan bulan yang mulia pada tahun ini..saya rasa sangat bersyukur kerana pada tahun ini telah habis semua puasa ganti saya..tak macam 2-3 tahun lepas,ada je yang tak sempat ats sebab2 ttertentu..tahun ni takyah kena denda dah..Alhamdulillah..

azam baru

semoga pilihanku ini adalah tepat..Ya Allah..kau berilah aku petunjuk unuk aku memilih jalanku yang benar..Berkatilah apa yang akan kulakukan ini..murahkanlah rezekiku..kuatkanlah imanku..jika ku berjaya berikanlah aku Hidayah dan petunjuk supaya aku tidak lupa diri..permudahkanlah segala urusanku..Amin....

Friday, August 6, 2010

rambutan punya pasal...

nak gelak dulu..hahahahhaa.........
layan gambar ni..jangan tak percaya aaaa

bertungkus lumus mengerat dahan pokok rambutan..

sekarang kan musim buah..balik kampung baru ni,sempatla ambik buahnya..disebabkan pokok agak tinggi,penat nak kait..jadi,saya panjat n kerat dahan..senangkan??dapat banyak..dah lama saya tak panjat pokok..rasanya semenjak ada anak ni,ni la 1st taim saya panjat pokok..tapi lepas panjat je,ketaq lutut..xtau la apsal...takkanla nak suruh asben yang panjat plak..elok pijak dahan,patah abih dahan..hikhik..jangan marah aaa dear..hahha

gambar buahnya tak sempat nak snap sebab dah abis kena ngap..heheh..Alya yang paling suka makan buah ni...

Monday, August 2, 2010

Kamus Bergambar



Akhirnya dapat juga buku yang saya cari2 selama ni untuk Husna..Kamus bergambar..sangat bagus buku ni..dapat mengkayakan lagi kosa kata Husna..layan apa antara yang ada dalam buku ni..








Buku ni ada 4 bahasa.Inggeris,melayu,Arab n jawi..sangat bagus untuk saya juga..hehe..kadang2 Husna slalu tanya apa perkataan dalam bahasa Arab..diakan blaja kat skolah..lepas ni,leh la rujuk buku ni kalau dia tanya..huhu...

Alya pun bukan main suka lagi dengan buku ni..bukak je.."wah...ibat..."(wah..hebat..)huhu..asyik tu jela perkataan yang kuar dari mulut dia..

Sunday, August 1, 2010

no title

kenapa???????????????
sampai bila?????????????
akukah yang bersalah????????
sebab tu lah aku sangat malas nak ***** **** *** ******............
huh!!!!!!!
kenapa tak pernah nampak apa kebaikan yang aku buat????????????????????
semoga Allah memberiku kesabaran yang tinggi..Amin.....

Tuesday, July 27, 2010

jangan jeles....



hehe..jangan jeles ye tengok bil TM saya bulan ni..sangatlah murah..kalau tak,70 ke atas..kali ni 30 je..rasanya bulan ni murah sangat sebab line kitorang dalam proses utk bertukar kepada pakej student..yang saya citer pada entry lepas yang dapat new netbook tu..

Thursday, July 22, 2010

susu naik harga??


tadi saya pegi kedai ubat cina untuk beli susu Alya..terkezut saya tengok harga susu naik..banyak lak tu naik nye..sabor jela..baru ni,minyak petrol,gas,gula naik..kali ni susu plak..adoi..sebelum ni saya biasa beli susu Alya untuk sebulan 1.8kg dengan harga..rm 107..kali ni naik sampai rm 120..banyak giler naik..untuk tin 900 gm sebelum ni 55.50.sekarang naik jadi 66.70..banyak tu..sebulan Alya n Husna perlukan 1 tin yg 1.8 kg..Alya masih BF..FM ni hanya sampingan saja..Husna pun saya campurkan susu ni dengan susu Biolac keluaran Eraedar sebab rasa Biolac xberapa sedap..so,setiap kali bancuhan susu Biolac untuk Husna,saya campurkan 1 scoop pediasure..lagipun,badan Husna dah susut sikit sejak sekolah ni,sebab tu saya ambil keputusan untuk bagi campuran Pediasure untuk dia..nak bagi 2-2 Pediasure,memang tak mampu rasanya..

Mula2 ada juga bincang ngan hubby untuk tukar susu Alya..bagi yang murah skit..Enfagrow ke,Anmum ke,kesian plak raasanya takut tak serasi plak..haritu pernah bagi Alya biolac,tak sesuai sebab poo poo dia keras..campur Biolac ngan Pediasure,sakit perut plak..tapi sebab teringatkan plak pasal susu formula yang dicampur MSG,tak berani plak..biasanya susu yang mengandungi apa jua AA di belakang atau di depan,memang ada campuran MSG,takut plak saya..wallahualam..lastly,hubby cakap xpela..teruskan juga susu ni takut nanti susut balik badan Alya..lagipun bajet untuk pampers dah xde sebab pakai CD...

Wednesday, July 21, 2010



kali ni dapat Award lg..Yeehaaa..thanks k.izwa..saya nak bagi award ni pada 10 orang sahabat saya yang saya sayangi
1)SSulieana
2)nieda
3)Lady
4)ashra
5)Norliza Othman
6)Krsty Pinky
7)izahdaut
8)PinkyLady
9)saSha a.K.a MumYalya
10)yasmin mat nazri

Penang part II

hari ke-2 pagi2 lagi kami jalan kaki ke rumah kakak..saje jalan kaki..bukan jauh pun..dekat sangat..sblm ni my BIL datang ambik..ops..kereta tak bawak ke situ sebab my BIL memang tak sewa lot parking sbb belum tinggal kat situ..rugi plak bayar free je kan??lepas tu,kami pegi makan roti telur yang sangat sedap..sblm ni masa datang penang jan aritu dah try..memang sedap..tu sedap dok terungat..layan...
pada yang puasa tu,ya ampun...tapi memang nampak sedap kan??
bukan main lagi husna..ada orang melayan...


lepas balik makan roti telur terus ke rockwork(xsure betul ke tak ejaan ni..)barang memang murah2 kat sini..sangat best..penat jalan2,balik untuk bg una n alya tido dulu..lebih kurang pukul 3,kami jalan2 ke GAMA..memang rezeki kami sebab tengah sale..terus ke tingkat 3 sebab dekat tingkat 3 hanya baju kanak2 saja..sempat sambar 4 pasang sorang..ingat nak jalan2 kat level lain pulak untuk shopping baju suami,tapi alya dah tak senang duduk dah..terus balik umah n siap2 untuk keluar plak makan nasi briani claypot kapitan..memang wallaaa
nasi briayani claypot kapitan

roti naan dengan ayam tandoori..pun sedap...

amboi una..bukan main lagi kalau ada orang melayan..

Monday, July 19, 2010

penang part 1

jumaat petang lebih kurang jam 3.30 kami bertolak ke Penang..saya dah janji untuk ambil stok MAB sebelum jam 5..jadi,sempatla pukul 5 sampai di sana..semasa perjalanan ke penang,masa kat highway hentian bandar baharu,Alya muntah pulak..mungkin sebab saya suapkan dia n husna dengan cheese kek yang dibuat semalam..sayang nak tinggal,takut nanti dah tak boleh makan bila balik nanti..

lebih kurang pukul 6 selamat sampai di rumah kakak dekat Balai Rakyat Jalan Pattani..suami kakak bekerja dengan MPPP.jadi,terpaksa tinggal di kuarters sampai pencen..malam nanti kami akan ke rumah kakak berhampiran dengan balai rakyat ni untuk tidur..ZZZZZZyang bestnya kat rumah kakak saya ada kucing..kucing nya sangatlah besar dan comel..bukan main sakan lagi alya duk mengejar kucing tu sampai takut kucing tu dengan alya n husna..layan gambar Alya..

dua beradik yang berlainan rupa..
mengejar cat..

malamnya ingat kan nak jalan2 kat Penang Time Square tapi tak jadi lak sebab kakak saya lagi sorang nak datang jumpa kat sini..len kali je pegi ok..
Alya ngan m.long n kak azida..(nak pulak alya kat m.long..)

Thursday, July 15, 2010

Penang or Pangkor??

dah banyak hari xupdate..rasa malas menguasai..idea ke Pangkor tercetus bila budak sekoalh suami ada kem motivasi di sana..sambil menyelam,minum airla..hikhik..tiba2 plak suami cakap,kalau dia tak pegi pun takpe sebab ada guru lain yang pergi..then kalau saje nak jalan bolehla..saya plak terfikir plak,dari pegi Pangkor baik pergi penang..sambil jalan2 boleh shopping baju raya untuk anak-anak..lagipun kalau ke Penang tempat tinggal dah ada.kakak saya ada di sana..dah save utk tempat tinggal..tempat nak jalan pun banyak juga..

Petong esok selepas solat jumaat kami akan bertolak..tengoklah saya boleh tahan duduk sana berapa hari..biasanya plan nak pegi berhari-hari..sudahnya sekejap je sebab teringatkan rumah..tak tahulah kenapa..isnin suami cuti..sekolah ambil cuti peristiwa..

Husna pulak duk sebut2 nak gi pangkor sebab tengok citer Senario the Beach Boy..nak mandi laut katanya..tengokla,kalau sempat,isnin pegi lumut je..kalau tak,bawak dia mandi kat Batu Ferringghi jela kot..

Sunday, July 11, 2010

canon 3100IS

yeay!!!akhirnya dapat juga saya membeli kamera yang baru..kamera saya yang lama(canon A430)dah rosak masa pegi lost world Tambun April lepas..walaupun kamera yang saya beli ni tak mahal mana,tapi sangatlah bermakna..hehehe..thanks to my Hubby sbb sudi top-up untuk saya beli ni..hehehe...lepas ni,senangla nak snap gambar makanan yang saya masak atau nak snap gambar Husna n Alya..kalau tak,guna camera handphone je..

Kamera yang lama tu kalau repair kena hampir 300.baik saya beli yang baru je..lagi puas hati..saya beli kamera ni masa mengandungkan Husna..lebih kurang 4 tahun je pakai..tak pasti mana silapnya sampai boleh rosak..sayang...

ni la camera baru saya..tapi saya punya kaler merah..

Gambar ni plak tauke kedai tlg snap kat kedai..nak wat kenangan..free je tau dia cuci bg..(abaikan budak yang comot tu ye..)

nanti saya upload byk2 ye..tungguuuu

Saturday, July 10, 2010

best muffin blueberry


resipi kali ni lg sedap dari haritu..senang juga nak buat..

Ingredients :

3 cups flour
1 tablespoon baking powder
1/2 teaspoon bicarbonate soda
1/2 teaspoon salt
5 oz butter, softened (lebih kurang 75gm)
1 cup sugar
2 large eggs
1 1/2 cup plain yoghurt
1 teaspoon grated lemon peel (I didn't put)-tak letak jugak
1 1/2 cups frozen blueberries (I used blueberries fruity)

Method :

1. Preheat oven to 175C.
2. Whisk together the flour, baking powder, bicarbonate soda, salt and set aside.
3. In a large mixing bowl, cream butter and sugar together until fluffy. Add eggs one at a time. Mix in grated lemon peel.
4. Into the cream mixture, add the dry ingredients alternately with the yoghurt until just incorporated.
5. Fold in the berries.
6. Bake until muffins are golden brown, about 25 to 30 minutes.
7. Set on wire rack to cool for 5 minutes. Remove muffins from the tin and serve warm.

selamat mencuba...