Sunday, August 15, 2010

Premium beautiful

2 minggu lepas saya be li ni
korset premium beautiful

Actually dr 2008 lagi suami dah suruh beli ni tapi saya rasa xperlu kot masa tu sbb saya lebih pentingkan penapis air dari yang ni..sekarang dah ada penapis air,ada rezeki tu yang beli ni plak..kat sini saya share kan sikit pasal korset ni

(FIR) terbukti memberi nafas baru dalam kesihatan, kecantikan dan keanggunan. membentuk kontur keseluruhan bentuk badan yang menarik, langsing dan seimbang.

Membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang.

Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.

Kelebihan kualiti kain Premium Beautiful :-

Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.

Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.

Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.

Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.

Testimonial yang menunjukkan telah memulihkan/ memperbaiki keadaan segugut, gastrik, sakit tulang belakang, dan penyakit perempuan yang lain.

Wanita masa kini telahpun menapak lebih jauh sejajar dengan arus pembangunan. Kalau dulunya surirumah, tetapi kini rata-ratanya bekerja, malah memegang jawatan tinggi setanding dengan kaum lelaki.

Kesibukan kaum wanita terhadap tugasan harian kadangkalanya boleh menyebabkan penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan terabai. Inilah puncanya tubuh nampak tidak bermaya, pucat, lemah, lesu dan sebagainya.

Saya percaya setiap wanita pasti inginkan tubuh badan yang sihat dan menarik. Sememangnya itu adalah sifat dan fitrah kaum wanita. Walaubagaimanapun, bukanlah semua wanita itu cantik dan menarik, tetapi sebaliknya. Ada saja yang tak kena, ada yang langsing, tetapi rupa paras yang penuh jerawat, pucat, kulit kering dan berminyak atau sebagainya. Ada yang cantik rupa parasnya tetapi masalah berat badan berlebihan pula. Ada yang kurus, tetapi aset yang ada tidak menarik. Lebih-lebih lagi yang sudah melahirkan anak. Contohnya, payu dara yang dahulunya montok, kini “jatuh”, pinggul yang dahulunya mengancam, kini “jatuh“, perut yang dahulunya kempis, kini berlapis-lapis, “jatuh“. Adakah kita nak biarkan ianya jatuh...jatuh dan jatuh tanpa diangkat kembali? Sudah pastinya tidak.

Sedarlah wahai kaum wanita, betapa pentingnya penjagaan kesihatan tubuh badan. Bukan sekadar untuk badan yang cantik sahaja, malah penyakit kronik juga harus di cegah sebelum parah. Tahukah anda penyakit barah payu dara adalah pembunuh nombor 1 kaum wanita?

Apa yang ingin saya ketengahkan ialah produk kesihatan dan kecantikan “Premium Beautiful” yang merupakan set pakaian dalam wanita yang boleh mendatangkan seribu satu macam kebaikan. Ianya terdiri dari coli panjang, bengkung pinggang, dan seluar dalam panjang. Set ini juga telah digilai ramai memandangkan keberkesanannya serta harganya yang berpatutan.

Selain itu juga, “Premium Beautiful” diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan berteknologi tinggi sehingga mendapat pengiktirafan daripada badan kesihatan dunia, antaranya The American Chiropractic Association, The Canadian Chiropractic Association dan The Chiropractic Association of Quebec.

Alamilah pembaharuan pembentukan badan dengan pakaian dalam terhebat dan terlaris di Malaysia.

korset ni memang sesuailah dengan saya yang tengah berdiet sekarang..suami pun pakai bengkung..hehehe..memang bestla..gemuk pun xpe,janji ada shape..

p/s:kalau ada sesape yang berminat blh contact saya ye..adik saya buat bisnes ni..hehe.ada diskaun menarik menanti..

4 comments:

ashra said...

owhh..atun baru try ye.nanti atun bitau ek,testi dr atun.mmg ada dgr gak,bagus korset ni..cuma nak try,masih pk2 lg.hehe..tgk next year la gtu.skang tak le da.

hehe..atun org pertama pasan kita preggy.baru je letak ticker tu mlm td.entrynya pagi ni.alhamdulillah..rezki.
seronok tgk atun pun da anak dua..rasa meriahkan...

halimatun saadiah said...

ye k.Ash..so far atun pakai memang selesa..suami pun kalau keluar je mesti nak pakai..xpe,next year beli leh pakai dalam pantang..bukan je ibu je leh pakai..baby pun blh wat balut ngan bengkung utk hilangkan jaundis..

ye la k.Ash..terkejut gak mula2 bukak blog akak ada ticker ru..best tau ada anak 2 org ni.kalau sorang kesian sebab xdekawan..nanti akak rasala sendiri..memang best tengok kasih sayang antara diorang..anyway congrate..jaga kandungan elok2..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

atun pun guna benda ni jugak ke?
akak ada gak teringin nak beli, tapi tak mampu la atun. harga mahal sgt...kalau akak ni berduit, dah lama akak sambar satu.

halimatun saadiah said...

k.fiza,kalau tak mampu,blh juga bayar sebulan 100..xla terasa sangat kan kalau nak beli cash..harga cash n hutang sama je...