Thursday, December 23, 2010

Tips atasi anak yang bercakap kotor

kali ni saya nak kongsikan tips untuk atasi anak yang suka bercakap kotor..
Saya sedang menghadapi masalah ni sekarang..
Anak sulong saya sekarang ni makin becok mulut
kalau yang baik tak pe
ni yang tak baik pun ada
tapi nasib baikla belum sampai tahap pandai mencarut lagi
contoh:bila kita tengah sembang2 ngan ahli keluarga(mak n sebagainnya)
tiba2 dia menyampuk "ibu kentut busuk"-contoh la ye
saya sangat tak suka bila dengar anak cakap macam ni(walaupun not too serius)
saya paste kan artikel tersebut:-


Pra sekolah adalah masa perkembangan bahasa kanak-kanak. Mereka mempelajari bunyi dan bahasa dengan mengulang-ulang perkataan yang didengari daripada sekelilingnya. Mereka sama sekali tidak mempedulikan atau mengetahui maksud perkataan atau ayat yang disebut. Walaubagaimanapun, kadangkala ibu bapa pasti terasa malu dan tersinggung dengan perkataan yang tidak sepatutnya yang dikeluarkan oleh kanak-kanak tersebut.

Kata-kata yang keluar dari mulut seseorang hanya akan mempunyai maknanya dan sifatnya apabila kita memberikan makna dan sifat kepada kata-kata tersebut. Kanak-kanak pra sekolah sudah tentu tidak mengetahui dan tidak memahami makna perkataan kotor yang disebutnya sehingga ibu bapa mengajarnya baik atau buruk suatu perkataan itu.

Mengulangi perkataan kotor kemudian tergelak dengan perkataan tersebut hanyalah fasa yang hampir kesemua kanak-kanak pra sekolah atau di tadika alami. Jika ibu bapa tidak kisah dengan sikap ini atau bertindak seperti tiada yang salah, biasanya akan berlalu selama beberapa bulan. Jika ibu bapa bertindak keras dengan perkataan tersebut, maka kanak-kanak akan mendapati perkataan tersebut mempunyai kuasa yang sangat kuat untuk menarik perhatian ibu bapanya. Maka sudah tentu mereka akan menggunakan kuasa itu dengan sebaiknya.

Namun, bagaimana untuk bertindak dengan tindakan yang membina terhadap “perkataak kotor” ini? Cara memarahi anak supaya berhenti mengeluarkan kata-kata tersebut tanpa memberitahu mengapa ia tdak dibenarkan, jarang sekali berhasil. Malah, teknik ini akan memakan diri kita sendiri di mana kanak-kanak ini akan menjadikannya sebagai penarik perhatian orang dewasa. Jadi, ibu bapa perlu memberi perhatian dalam mendidik anak-anak berkata dengan sopan dan berakhlak baik.

Di bawah adalah beberapa teknik efektif yang boleh digunakan bagi menghadapi kanak-kanak yang bercakap kotor…:

- Perkara terpenting sekali adalah tenang. Bertindak dengan bijak, anggap kata-kata itu bukan hal yang besar. Beritahu anak anda dalam nada yang tenang di mana apabila anak menggunakan bahasa tersebut akan membuatkan ramai orang tidak suka kepadanya. Pesan keapdanya yang semua orang sayang kepadanya dan kata-kata itu boleh membuatkan orang tidak selesa dengannya . Kemudian arahkannya untuk teruskan apa yang sedang dilakukannya sebentar tadi.

- Mengubah perkataan kotor menjadi pengajaran kepada anak. Anda boleh mengubah perkataan kotor tersebut dengan perkataan yang lebih tepat. Beritahu anak anda bahawa anak yang baik, menggunakan perkataan ini. Jadi, lebih baiklah fikirkan dari awal apakah perkataan yang anak anda bakal sebut atau sering sebut dan pengganti perkataan tersebut. Apabila anak anda menggunakan perkataan yang anda ajarkan, jangan lupa untuk memujinya.

Bersambung…

Diambil dari Anakkusayang.com
saya harap masalah saya ni akan selesai dan takkan menjadi semakin serius
biasalah kan..bila anak dah mula bergaul...

3 comments:

ashra said...

tu la kan atun.budak2 ni kalu da bercampur dgn kawan2,kita pun payah nak pantau apa dorang ni blaja.tak pe,yg penting,kita tunjukkan yg mana perkataan baik tak baik

halimatun said...

betul tu k.ash...risau dibuatnya kadang2 tu..

IDAZS said...

info yang bagus, tanx sbb share.
mmg susah bila anak-anak mudah terpengaruh dengan kawan-kawan.