Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 8, 2011

Mitos Kanak-kanak Stress

saya nak kongsikan 1 artikel

“Tak payah la hantar dia masa kecil ke mana-mana sekolah atau kelas. Kesian dia, nanti dia tertekan, biar la dia main seronok-seronok dulu”

Saya masih ingat ketika ayah dan ibu saya membuat keputusan untuk menghantar adik bongsu daya ke tahfiz ketika umurnya 6 tahun. Itulah ayat yang ramai orang perkatakan. Tertekan atau stress pada bayi atau kanak-kanak sebernarnya bukanlah seperti stressnya seorang dewasa. Ia adalah suatu yang jauh bezanya.

Jika anak anda berumur 4-6 tahun dan anda telah merancang untuk menhantarnya ke kelas-kelas tertentu seperti kelas renang, Mental Arithmetic, taekwondo dan sebagainya, ia sangat bagus dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang diminatinya adalah sangat digalakkan. Bukanlah bermakna anda tidak menyediakan waktu rehat yang secukupnya untuk anda dan anak anda kerana waktu rehat itu sangat penting dan sangat membantu proses perkembangan.

Orang dewasa akan stress ketika terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan, akan tetapi seorang kanak-kanak akan stress ketika tiada aktiviti atau kerja yang hendak dilakukannya. Ibu bapa harus kreatif dalam menghubungkan minat anak dengan aktivitinya.

Kadangkala kanak-kanak stress dengan aktiviti yang banyak. Hal ini kerana aktiviti yang disediakan baginya tiada kesinambungan dengan minat dan kecenderungannya. Atau aktiviti yang dijalankannya dipaksa oleh ibu bapa. Peranan ibu bapa dalam menentukan aktiviti anak sangat memainkan peranan penting kerana perkembangan anak bergantung kepada ibu bapa.

Ibu bapa yang sensitif dengan perkembangan anaknya akan sentiasa memperhatikan setiap tindak balas anaknya samada anaknya bosan, tidak suka atau anaknya berkembang pesat berbanding orang lain. Kerana semua ini sangat terkait dengan aktiviti yang bakal ditentukan oleh ibu bapa.

Aktiviti yang saya maksudkan bukanlah hanya menghantar anak ke kelas-kelas formal, akan tetapi aktiviti bersama-sama dengan anak-anak juga penting. Samada pergi melawat zoo atau bersiar-siar di luar rumah. Malah aktiviti mewarna, melukis dan membaca di dalam rumah juga boleh menjadi sangat menarik jika ibu bapa pandai memanipulasikannya.

Oleh itu, tindakan ibu bapa memenuhkan jadual anak seharian perlu dirancang dengan baik dan teliti. Anak-anak tidak tertekan atau stress dengan aktiviti yang banyak, akan tetapi mereka akan stress sekiranya tiada aktiviti atau menyediakan aktiviti yang tidak diminatinya. Maka, bertindaklah sewajarnya demi perkembangan anak anda.

dulu masa 1st time anta husna ke Taski Abim,ada juga yang bercakap2 pasal tindakan saya tu...tapi saya tengok Husna enjoy pergi sekolah..dia lebih pandai berdikari...
anda pula bagaimana??komen jangan tak komen..heheh

2 comments:

ayukhairy said...

atun, kalau kat sini, seawal 3 tahun pun dah ada diaorg hantar ..tapi , macam akak rasa nak start hantar maybe tengok samada umur hariz 5 tahun nanti..tapi, kalau ada rezeki lebih, umur 4 thn pun ok juga...atun, kat taiping dah ada smart reader tau...^_^
kat kamunting..

halimatun said...

kalau kat sini,yang anta since 3 tahun tu xramai..yela,sbbnya ramai ibu2 kat sini xbekerja..ada yg 6 tahun baru hanta

a'ah..ada baca link yg k.rozy post tu..stakat ni belum mampu kot nak anta smart reader..hehe...ada gak plan nak anta husna gi kelas spoken english je..dekat taman ni je..tp masih dlm perbincangan ngan suami lagi...