Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 14, 2011

kenduri kesyukuran

alhamdulillah,selesai jugak kenduri kesyukuran sempena masuk rumah pada 9 julai lepas...dah lama plan nak buat,tapi asyik tak jadi je atas sebab kesibukan suami saya
bila suami free sikit,kena curi masa jugak untuk buat.
alhamdulillah,sempurna sudah majlis tersebut..
tak banyak gambar yang sempat di snap sebab masing2 sibuk.suami sibuk menguruskan anak2.saya pulak sibuk dengan kerja rumah
majlis dimulakan dengan bacaan Yassin,doa selamat n tahlil untuk arwah ayah n muslimin muslimat
selesai majlis bacaan yassin,jamuan tengahari
nasi putih berlaukkan daging masak merah,gulai nenas ikan masin,masak cuka ikan,ulam kangkung,pucuk ubi,silum n jantung pisang.ikan masin n sambal belacan
last minit ada plak sponsor dari jiran lama kat rumah sewa dulu.diorang sponsor bubur gandum.sangat sedap bubur cikmah buat
terima kasih cik mah n k.syah.sudi sponsor bubur untuk majlis saya
lak saya upah dari rumah lama jugak.saya masak lauk masak cuka,ikan masin n rebus ulam.sambal belacan,cik mah jugak buat...terima kasih....
tak semua adik beradik yang dapat datang
kawan2 pun ada yang tak datang
xpelah,masing masing ada urusan.yang tak datang tu,xde rezeki lah nak merasa lauk pauk kenduri ni.
yang datang tu,terima kasih banyak2 sebab sudi datang...


sekitar majlis bacaan yassin.adalah dalam 20 orang...

cenderamata untuk tetamu yang baca yassin.ada surah Yassin n gula2

selesai sudah majlis..alhamdulillah..semoga keluarga kami akan hidup dengan limpahan kegembiraan dan kebahagiaan serta diberkati Allah S.W.T.semoga murah jugak rezeki saya untuk dapat pekerjaan tetap.kalau tak dapat pun,semoga tuhan permudahkan urusan perniagaan kecil-kecilan saya..amin...

2 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

alhamdulillah, dapat buat kenduri. semoga selamat semuanya. atun masak sendiri ke?

halimatun said...

campur2 kak fiza..ada yg masak.ada yang upah org masak...