Friday, May 27, 2011

terharunya...sob sob...

pagi ni tak on9...sibuk masak pulut kuning ngan ayam rendang..
4kilo beras pult n 3 ekor ayam..
nasib baik mak ada..so,mak tolong masak jugak..hehe
bila on9 je,bukak fb tengok ada private msg dar my hubby...
rasa macam nak nangis je bila baca...
i love u abang...mmmuahhhhh
love u forever...
act malu gak nak tepek sini,tapi sebab gembira n terharu yang amat2,saya paste gak kat sini..hehe

Tiada yang terindah selain senyuman mesramu,
Terukir raut wajahmu sinar harapan,
Buat insan yang teristimewa,
Laluan kasih yang abadi.

Amarah mu menjadi penjana,
Keluhan mu menjadi ingatan,
Betapa besarnya pengorbanan mu,
Melalui saat-saat penuh berliku.

Tabahkan hati mu kerna di hadapanmu,
Penuh barakah,berkat ketabahan mu,
Mendidik,mengajar anak-anak tanpa jemu,
Hati penuh kesucian sentiasa menerima,
Dengan hati terbuka melayan kerenah.

Hati ini sentiasa mendambakan kasih sayang mu,
Kemesraan yang diharapakan berkekalan,
Bingkisan rasa tika salah berbicara,
Menjadi bahana luahan pedita.

Terima kasih kerna sudi menjadi pendampingku,
Menjadi teman berbicara,sahabat cinta luhur,
Pujangga dikala malam mendatang,
Bidadari dikala siang menjelma.
Khas Buat Insan Yang Teristimewa.
Maaf kan diri ini,tatkala kesilapan diri,
Kekurangan diri,kehinaan diri ini,
Yang serba kekurangan hanya dengan izin Mu

Ya Allah,berkati la hubungan kami,
Lindungi anak-anak kami,menjadi anak solehah,
Jadikan diri ini bapa yang soleh,
Jadikan Insan ini Isteri yang solehah,
Agar kami menjadi sebuah keluarga yang mendapat barakah,hidayah dan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Amin...amin...Ya Rabbal Alamin...

terharu tak??ke sy yang sensitif...huhu...

6 comments:

ashra said...

kalu saya dapat tu,leleh air mata daaa...

wah atun.sedapnya pulut kuning.lama seh tak makan...huhu..

Murni Delights said...

wah terharunyer..he..he

pulut kuning sodapnyer.. dh 2 ari berturut2 asyik ada org sedekah pulut ngan rendang konyang mak cik....

halimatun said...

k.ash..saja buat..leh sedekah jiran2 skali...

vill:kan bestmxyah nk masak dah..hehe

sasha @ mumyalya said...

omg!(stail nabil..) mmg siyes terharu la kalau dapat msg camni..romantis nya..best2..

mazz said...

amboi romantiknya pasangan bahagia ni....akak doakan semoga kebahagian ini berpanjangan hingga ke akhir hayat...amin.

halimatun said...

k.sya:hehe...
k.maz..insyaallah..amin...