Wednesday, May 19, 2010

frust....

Dah banyak hari saya tak update blog yg xseberapa ni..Alhamdulillah,hari ni dah baik dari demam sepenuhnya..isnin lepas sampai tak daya nak bangun.nasib baikla anak-anak memahami n tak buat perangai sangat.memasak hanya untuk budak-budak.Kesian Abang,terpaksa beli makanan diluar.Memang perkara yang tidak digemari beliau.hari ini baru saya mula memasak.Badan Alya habis berparut disebabkan chicken pox yang pada mulanya disangkakan dijangkiti HFMD dari kakaknya..Husna pula belum baik.Mulutnya masih bengkak dan kemerahan terutama di waktu pagi.Kalau tak baik juga,terpaksa ke klinik skali lagi kut-kut Dr akan tambah ubat or macamana..nampaknya sepanjang minggu ni husna tak kesekolah..walaupun tak kesekolah,dia tetap belajar membaca buku dan Qira'ati nya dirumah.
Tak de idea sangat sebenarnya nak update tapi bila tengok rumah2 kwn lain semua di update,semangat plak nak merepek..hehehe..sebenarnya nak berkongsi cerita frustratednya my husband yang mana saya pun turut merasa tempias..pada mac lepas suami saya ditawarkan untuk bertukar ke sekolah yang akan dibuka pada 1 jun ini..lBukan main seronok lagi saya dan suami..dah berangan mcm2 pun..last minute,tawaran tersebut ditarik balik atas alasan suami saya sedang memangku jawatan guru besar pd masa sekarang(GB baru berpencen pada 30 April.dan alasan yang diberi,jika husb saya ditarik keluar dari sekolah skrg,keadaan sekolah akan jadi terkontang-kanting??boleh ke my husb terima alasan tu??Buat pengetahuan suami saya mula mengajar pada 2002.pada 2004 dia dah dilantik menjadi Guru Kanan Pentadbira hinggalah sekarang.selama 6 tahun.Alasan semasa dilantik,sebab tiada guru lain yang lebih layak...Selain GK,suami saya turut memegang jawatan Guru Data.sesiapa yang menjadi guru atau suaminya guru,pasti tahu tugas2 GK n guru data....lagipun suami sedang mengikuti kursus PGSR(pensiswazahan guru sekolah rendah).tentunya memerlukan komitmen yang tinggi juga.sekolah suami saya bertugas merupakan sebuah sekolah SKM(sekolah kurang murid).Guru yang ada tak sampai 15 orang..Sebelum ni pernah suami menghantar surat perletakan jawatan kepada Gb dan PPD tapi tak diterima.Suami saya hanya guru Gred 29.Guru yang lain semua gred 32 dan 41.sepatutnya jawatan GK perlu diberi kepada yang lebih layak.Iyelah,guru 29 nak bagi arahan pada guru yg pangkat lbh tinggi.agak susah sebenarnya,dr segi umur pun,dia lbh muda dari yang lain.kalau ada apa-apa mslh,nak ambik tindakan tegas pun serba salah dibuatnya....sy pernah setahun menjadi guru.jadi tahula jugak serba sedikit tentang tugas2 ni..memang kesian ngan husband bila dia bercerita..iyela,sape lagi dia nak bercerita..harap2 GB baru yang akan datang ni akan terima perletakan jawatan suami saya sebagai GK.Berikan pada yang lebih layak..dan harapan saya jugak GB yang datang ni GB yang komited dengan kerja dan bertanggung jawab.GB yang lama dtg kul 10,balik pukul 2..bila suami tegur pasal guru-guru tak masuk kelas,dia backing...abihtu??mcmana nk bekerjasama..??yang paling saya tak boleh lupa,dia berikan suami saya markah prestasi kerja kepada markah yg paling rendah antara guru2 lain.Tak lama lepas tu,suami saya berjaya dapat PGSR yang sememangnya susah orang nak dapat.jadi rezeki dia..itulah,rezeki orang yang teraniaya siapa tahu??kepada suami kalau baca luahan hati isterimu ini,jangan salah anggap plak ye...sorry kalau abg marah ayang syer ngan kwn2 ayang..geram tau!!!(tau abg xmarah..).semoga abang terus mendidik anak bangsa menjadi bangsa yang berjaya!!Sangat besar ganjaran yang akan abang dapat!!pedulikan apa tanggapan orang,janji bekerja dengan ikhlas supaya mendapat rezeki yang berkat.mungkin ada hikmah tersembunyi abang tak dapat tukar.Kuatkan semangat demi anak2 murid..sblm terlambat sekali lagi..Selamat Hari GUru..

7 comments:

ayu said...

atun,husband atun mengajar kat sek mana ye..
n atun duduk kat taiping ke..area mana tu..

halimatun saadiah said...

husband atun ngaja s.k pondok tanjong..tau ke??jalan nk pi selama.k.ayu taiping kat mana??atun org bt kurau.husband simpang.skrg duk tmn kotawira

syayassir said...

huwaaa...
kesiannya isteri kepada seorang guru...
suami saya pun guru juga... kadang2, walaupun saya sendiri juga guru, memang tensen bila tengok dia busy semacam... dan, dia pulak tensen bila tengok saya busy semacam... hehehe..

selamat hari guru untuk halimatun juga.. ibu juga adalah guru... :)

-syayassir.com-

ayu said...

atun,
ya ampun..org taiping rupanya..
rumah mak akak kat kg jambu, dekat belakang masjid taiping..
rumah mentua akak plak kat bukit jana..
so, mmg tahu la sek pondok tanjung tu, kat area2 batu kurau kan..
taman kota wira kat simpang tu mmg akak tau juga..sbb dulu ada membe akak duk kat sana juga..alahai...kalau akak balik tpg, kita jumpa nak tak..^_^

halimatun saadiah said...

ye ke??la..dekat je..boleh je nk jumpa..no hal..aritu akak ada post akak blik kmpg n anak akak msk tmc sbb asthma kan??dekat S.I.akakla orgnye...

ayu said...

ye atun, akak la tu..hehe..alahai..tak sangkanya kita sekampung kan..akak tak tau lg balik tpg bila, sbbnya minggu ni mentua akak dtg kl plak..ada kenduri kat muar..kalau tak, mmg nak je balik tpg..nnt time nak balik tpg akak bgtau atun ye..

halimatun saadiah said...

boleh..no hal punya..