Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 21, 2010

Happy Father's Day....

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat Hari Bapa kepada semua bapa2 especially kepada suami yang tercinta..
satu kisah saya nak kongsikan tentang pemergian arwah bapa saya ke Rahmatullah iaitu pada 8 Mac 2002..seminggu sebelum Arwah dijemput Ilahi,Bapa saudara saya menyahut seruannya dahulu..Untuk pengetahuan semua..Ibu saya adalah isteri ke2 ayah saya..Isteri pertama di Kampung Gajah,perak.Jadi Arwah memang selalu berulang Dari Batu Kurau ke Kampung Gajah(menaiki motosikal ye..)jauh sangat saya rasa...Pada masa bapa saudara saya meninggal,Arwah ayah sempat balik dan mengiringi jenazah ke kubur..petang selepas pengebumian Arwah balik semula ke kampung Gajah..baru pagi balik,petang balik kesana semula..sebelum ni,tak pernah dia balik hari macam tu..Sebabnya satu keesokannya dia akan mengikuti rombongan ke Betong..Duit dah bayar katanya,rugi pulak kalau tak pegi..
Isnin dia balik semula ke Batu kurau dengan membawa sedikit buah tangan yang dibeli di Betong..selasa esoknya Arwah ada mesyuarat di batu Kurau(Arwah suka masuk koperasi n persatuan).Sebelum ke Mesyuarat ada dia berpesan pada mak.."saya tak pasti mesyuarat ni ada ke batal..kalau ada,saya balik semula ke rumah lepas mesyuarat,kalau xde,saya terus balik ke Kampung Gajah.."Tunggu punya tunggu,Arwah tak juga balik.mak menganggap Arwah balik terus ke Kampung Gajah..Pada pagi Jumaat di sekolah,saya terlibat dengan ceramah kerjaya.Waktu tu saya Form 5..Datang Ustazah Aqilah dekat tempat saya duduk..Awak Halimatun saadiah 5SC2??dia meminta kepastian..saya mengiyakan dan tertanya2 kenapa ustazah mencari saya??Ustazah pun menarik tangan saya masuk ke bilik guru.."saya ada berita untuk Halimatun..Ayah tinggal di kampung gajah ke??saya mengiyakan..Ustazah baru dapat panggilan telefon dari Balai Polis mengatakan Ayah Halimatun meninggal..saya memang tak percaya sangat masa tu sebab ayah saya baru je balik..Ustazah cakap,sabar ye...lastly,saya pun terima kenyataan dan air mata gugur tiada hentinya..saya terus ke kelas untuk ambil beg..jumpa guru bertugas(cikgu Rosnan)kebetulan cikgu ni saudara saya..cikgu pun ikut saya balik rumah dan ambil mak untuk ke Kampung Gajah..Kami pun bertolak ke kampung gajah dengan sebuah kereta cikgu dan sebuah van Maklong saya..memandangkan van masih kosong,beberapa orang jiran turut serta..
Kami sampai ke Kampung Gajah jam 3 petang..jenazah pun sudah selamat dikebumikan memandangkan hari itu adalah hari jumaat maka dikebumikan sebelum waktu zuhur.takde rezeki kami untuk menatap jenazah buat kali terakhir..Hanya doa kami sahaja dapat mengiringi..Menurut kata isteri pertama Ayah,selepas Arwah pulang dari surau pagi tadi,Arwah mengadu sakit kepala..kemudian badan Arwah berpeluh seperti orang baru lepas mandi..Arwah sempat beritahu mak cik yang dia dah nak habis umur..Mak cik pun mengajar mengucap dan Arwah menutup mata untuk kali yang terakhir..Betapa mudahnya dia dijemput Ilahi..Semoga Arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman dan diampunkan segala dosanya...Saya berasa sangat terkilan kerana tidak sempat memohon ampun daripadanya..Setiap kali lepas solat,tak jemu saya berdoa umtuknya...Pemergiannya amat mengejutkan kerana Arwah tidak menderita sebarang penyakit...sekian..

No comments: