Saturday, June 26, 2010

ikan masak cuka


Dh banyak hari tak de idea nak update blog..hari ni nak update pasal resipi..resipi kali ni masak cuka ikan..saya dan suami memang suka sangat makan masak cuka ni..kalau kenduri kecik- kecik kat tempat saya memang akan ada masakan ni..Untuk masak cuka ni,banyak jenis ikan kita boleh pakai..antaranya ikan seludu,ikan tenggiri,ikan tongkol,ikan sela,ikan kembong pun boleh..kalau ada jenis ikan yang lain lagi tak tahu pula saya..jom kita tengok resipinya macamana...

Bahan-bahannya
2 biji bawang besar ...
5 batang serai
halia sebesar & sepanjang ibu jari saya
(semua bahan ni dimayang)
6-7 ulas bawang putih (belah 2 je, tak pun takyah langsung pun ok)
1 sudu besar halba campur
1-2 batang cili hijau
Cuka makan..ops,bukan cukagetah tau!!cuka getah tak boleh makan..
4 ekor ikan
Garam dan gula secukup rasa

1. Tumis je semua bahan yang dimayang termasuk bawang putih dan juga halba sampai naik bau.

2. Masukkan cuka secukup masam la. Jangan terlebih masam nanti rasa tengik plak. Boh air. Ikut suka jugak nak boh berapa banyak.

3. Masukkan cili hijau. Patutnya cili hijau ni hiris menegak. Tapi saya taram saja sebab ada sebiji je.

4. Masukkan ikan. Boh garam, boh gula. Saya boh gula 2 sudu besar. Garam satu sudu teh.

5. Balik²kan sat. Biar mendidih. Tutup api.


ok..selamat mencuba...

4 comments:

ashra said...

emm..boleh gak try nanti.kdg2 naik pening nak masak ikan lauk ape.hehe..
kalu wat pedas sket,sure lagi bes.akak mmg suka geget cili padi.

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

akak pun biasa masak cuka guna ikan...sedap kalau lebih pedas. tapi, sebab ada anak2, kena kurangkan pedas...

halimatun saadiah said...

nk pedas,makan je cabai muda tu dengan nasi..lagi sedap...hehe

Me Mrs.Eady said...

aduhaii..jadi lapar terus!!
sedap nyer resepi ni.minta izin nk curi resepi..;)