Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 24, 2010

Apabila strok menyerang..

Pagi semalam,terkejut bila suami beritahu saya yang abang sulong saya diserang strok n tak boleh bercakap..my SIL menghantar sms untuk mengkhabarkan berita tak baik tersebut..bermcm2 andaian bermain di fikiran saya.Pada minggu lepas semasa pulang ke kampung emak memberitahu saya yang abang saya tak sihat.Sakit kepala katanya.nak drive pun tak mampu.anak lelakinya yang sulong yang drive masa balik kampung..memang beberapa tahun kebelakangan ini badan abang saya nampak semakin susut.yang saya tahu dia penghidap kencing manis.
Suami melarang saya beritahu pada emak sbb emak juga ada masalah jantung..berita yang mengejut kena beritahu dia elok-elok.Pada tengahari semalam,saya pun menelefon emak untuk mengajak mak ke hospital.saya cuma bagitau pada mak abang masuk hospital.saya memang xberitahu yang abang kena strok..biar mak tengok sendiri keadaan abang.
Semasa di hospital nampak mak masih cool melihat keadaan abang sehinggalah mak bertanya pada anak abang yang sulong apa DR cakap tentang abang.Saya pun lupa nak pesan pada my niece supaya jangan beritahu penyakit sebenar.Dia cakap pada mak.Mak apalagi,terus nampak resah.sesekali nampak air mata bergenang di kelopak mata..sesekali nampak dia memanggil abang.Risau sangat mak lihat keadaan abang begitu..Saya ajak mak balik,mak xnak balik.lama jugakla duk hospital.dah petang n Alya pun dah merengek,barula mak ajak balik..
Menurut my SIl pada hari kejadian abang hanya tidr sepanjang hari.badannya sungguh lemah.pujuk ke hospital tetap berkeras xnak pegi.sampailah masa maghrib,my SIL kejutkan abang untuk solat maghrib,keadaan badan abang berpeluh bagaikan mandi.My SIL tak puas hati,panggil pula H.A yang terdekat untuk check.H.A cakap xdak apa..my SIL pun berkeras n tawakkal bawak je abang pegi hospital..
Setelah diperiksa n buat scan,didapati terdapat sedikit gumpalan darah beku di otak.masalah tersebut terjadi mungkin disebabkan merokok atau kencing manis.Masa sakit kepala,ada SIL bawak abang ke klinik.Dr dah suruh scan tapi abang xnak.kalau dapat tahu lebih awal,mungkin xkan jadi serumit ini..
Hari ni dapat berita dr my SIL abang dh ok skit.xtaula ok yg mcmana n dah boleh discaj harini.harap2 abang akan dapat sembuh seperti sediakala..Abang adalah tempat bergantung mak yang paling kuat selain saya..hanya saya dan abang yang selalu balik jenguk mak(yg dekat).Anak2 abang pun semuanya 5 masih bersekolah.yg sulong bru thn 2 kat UMP..kesian my SIL..kalau saya berada di tempatnya pun,belum tentu saya akan sekuat dia..
Tadi balik kampung tengok mak,mak tak habis2 sebut pasal abang..semalaman mak tak boleh tidur..mak pun ada buat solat hajat untuk abang..semoga doa mak dimakbulkan Allah S.W.T agar abang sembuh..walaupun abang saya ni berlainan bapa,hubungan kami adik beradik ok..semoga keluarga abang tabah menerima dugaan ini..kami hanya mampu menyokong dari belakang..

3 comments:

ayukhairy said...

atun,
kesiannya abang atun..sedih ayu baca entry ni..
moga atun kuat semangat utk beri sokongan kepada kakak ipar atun dan juga mak atun ye..
moga abang atun cepat sembuh..

ashra said...

sedeyy nye.tak pe.moga atun,dan semua kaum keluarga tabah hadapi ujian dan moga cepat sembuh.insyaallah....

halimatun said...

ye kak ayu n kak ashra..semoga perubahan yg positif akan berlaku..